Showing posts with label weddings and wailings. Show all posts
Showing posts with label weddings and wailings. Show all posts

Friday, April 1, 2016

5 weddings in 5 weeks straight


March has been a hectic month for me especially on the weekends.

oleh kerana semua wedding orang terdekat dan kawan rapat, so i attended each of them.

7/3 - Azrul
12/3 - Xeera
18/3 - Jet
19/3 - Nab
27/3 - Nab belah Apiz

crazy schedule but oh so fulfilling!

nanti aku cerita in details okay? sebab banyak benda nak highlight takut kalau cerita dalam 1 entri tak cukuppp.

till then!

Wednesday, February 3, 2016

Orang Kahwin


sebenarnya tengah sedih dan frust ni sebab two of my best friends kahwin pada date yang sama. okay tak, bila check balik sorang kahwin 18/3, sorang kahwin 19/3. masalahnya, sorang kat pengkalan chepa, sorang lagi kat batu pahat. -______-"

sedih lahhhhhhhhh.

beza tau perasaan kawan biasa, kawan baik dan kawan terpaling baik kahwin dan kita tak dapat attend majlis dia. kawan biasa selalunya kalau jenis yang invite via fb ni aku memang tak pergi UNLESS dia personally pm. biasalah, iols kan feeling vip kalau aku tak rasa macam ikhlas dijemput aku tak pergi! tu je. ikhlas ni tak nampak, tapi kita boleh rasa. aku tau lah. aku selalu boleh rasa. kawan baik pula kalau kita tak boleh pergi kita memang rasa sorry tapi at the same time kita still okay, kita come up with excuses and reasons untuk sedapkan hati sendiri dan voilaaaa, sekejapan kita rasa okay. tapi kena ada good reason lah. kalau setakat reason BECAUSE I DON'T FEEL LIKE GOING tu bukan reason, itu just you're being an asshole. bezaaaa sangat dengan kawan terpaling baik, bila kau tak dapat pergi tu ralat dia sampai rasa macam tak boleh nak tido malam. overrr tapi itu kebenaran okay? itu yang kena jugak luahkan kat sini. sedih lahhhhh. sedih sampai tak boleh tido padahal mata pedih mengantuk dah.

cite dia skang macam ni, bulan 3 ada 3 weddings dan kesemuanya adalah wedding manusia kesayangan yang tak boleh tak, kena pergi jugak. xeera on 12/3, jet on 18/3 dan nab on 19/3. sorang kat jb, sorang kat pengkalan chepa, sorang kat batu pahat dan semuanya dalam masa tak sampai 2 minggu. flight ticket wedding xeera dah settle, so kira case closed. wedding nab mungkin drive aje sebab kat batu pahat takut naik flight nanti patah kaki pulak nak gerak takde transport. yang dua orang ni sebab diorang dah book aku awal-awal so takde masalah. jet pulak baru confirm date malam ni sebab sepatutnya nikah bulan 2 tapi tukar plan nikah and sanding terus bulan 3.

oleh kerana dari tadi tak sedap hati terus tengok tiket flight ke kb on 17 and 18 kalau boleh dapat. memang lah ada tapi lupa nak tanya timing kat jet tadi pukul berapa nikah and sanding. tak kisah lah kalau kena travel kelantan-johor hari yang sama dari rasa tak sedap perut sebab tak berusaha untuk pergi.

jet ni mungkin lah kebelakangan ni aku jarang cerita pasal dia tapi dahulu kala dia ni macam sebahagian dari kehidupan harian aku time kat kedah. dari sem 1 sampai sem 3 diploma aku 1 class dengan dia, 1 bilik dengan dia, 1 assignment dengan dia. tahap yang kalau orang cakap buruk pasal dia eh rasa nak mara ke hadapan tumbuk orang tu. jenis memang belangkas abis kalau nampak sorang je tak nampak sorang lagi otometik orang akan tanya. belangkas, tapi tak tahap mengendeng ke mana-mana pergi kelas kena tunggu pergi mana-mana WAJIB bersama tu memang tak lah. sebab perangai kitorang lebih kurang sama, suka jenis benda senang. kau siap awal, kau boleh pergi class dulu tak payah nak tunggu-tunggu. rimas k.

ada banyak memori aku dengan jet yang aku simpan kat dalam blog ni dulu, still ada lagi sekarang tapi aku archive kan semua entri-entri lama aku. :D tapi mana boleh lupa jenis kawan susah senang gaduh gaduh jugak tapi sayang sayang jugak. haha.

antara memori dedulu time kat kedah adalah:

1) jet tolong gosokkan baju aku sebab tangan aku bengkak teruk lepas derma darah. aku bab orang gosok baju ni terkesan lebih sikit sebab banyak-banyak chores dalam dunia ni yang aku paling titik beratkan adalah baju bergosok. huahuahuaa.

2) jet ni orang pengemas so dia tak boleh terima perangai aku jenis esok nak balik kampung hari ni beg belum packing lagi so dia akan pack kan luggage aku. (sumpah aku tak suruh okay! so benda bila kita tak sangka orang akan buat tapi dia buat untuk kita ni rasa terkesan dia lebih sikit..)

3) kitorang dedua kuat makan dan suka tido. so everyday kalau class ada gap 2 jam time lunch kompem kitorang yang paling pecut pergi beli makanan, makan laju-laju dan terus tido sebelum class pukul 2. class pukul 2, 1.45 baru bangun. takde cuci-cuci muka, pakai baju terus gerak pergi class.

4) pernah lah sekali bergaduh tapi bukan jenis gaduh mulut ke baling-baling barang ke. tetiba memasing silent treatment sebab paling bodoh sekali which i shall not disclose to you guys bahaha tapi kelakar lahhh sebab lepas tu dalam class tak cakap dalam bilik tak cakap duduk dalam class tak sebelah-sebelah pergi class tak sama lepas class tak balik sama pastuh semua orang perasan 1 class tanya tapi tak berani tanya kitorang sendiri lololol. tak ingat macam mana boleh cakap balik tapi neither of us said sorry rasanya cumanya sebab gaduh tu rasanya seminggu ke 2 minggu jugak lah boyfriend jet dah risau suruh baik-baik balik. kakakaka. yes, boyfriend yang sama bakal jet kahwini march ini.

5) jet memula masuk tak suka aku i mean semua orang rasanya ada impression yang tak best kat aku huahuahuaa kalau cite pasal ni kena buat 1 entri khas tapi aku ada 1 perangai memula masuk tempat baru or pergi memana pun aku kena buat semuaaaa benda sorang-sorang dulu. mesti. sebab aku nak biasakan diri. memang jenis prinsip hidup begitu sebab ada nanti-nanti walaupun lepas dah berkawan kalau lah tetiba aku kena buat sesuatu sendiri, aku tak kekok sebab pernah buat dulu. so waktu memula masuk tu aku macam lone ranger lah pergi class sorang-sorang check jadual sorang-sorang semuaaa benda buat sorang-sorang. dalam bilik aku kan ada 4 orang, sorang budak accounts, lily. 3 orang lagi budak dpa. aku, jet and yana. memula tu jet rapat lah dengan yana. time memulaaaa sekali check jadual bila jet dapat tau dia 1 class dengan aku, bukan dengan yana dia cakap kat yana "abis lah kite lepas ni yana kena berdikari semua benda sorang-sorang lah. fasha tu macam takleh geng je." HAHA.

dan banyakkkk lagi. benci lahhhhh kenapa semua orang kahwin bulan 3 ada apa dengan bulan 3 why kenapa por que kiya huwaaaaaa?!

dan lebih menyedihkan sebab aku dah cakap ngan jet berkemungkinan besar aku takleh pergi sebab clash dengan date nab kahwin pastuh dia cakap takpe dia tak kisah dia paham jauhhh susah nak datang. BUKAN SEBAB JAUH LAHHH. aku tak suka orang cakap tak kisah sebab aku tau deep down dia kisah. boleh rasa lahhh.

bertambah-tambah sedih bila dia bagi gambar dia fitting baju kahwin dengan uzair. rasa macam ishhhh kenot go lah like this. macam hampehnya aku sebagai kawan sebab tak boleh datang time dia kahwin. kau dapat rasa orang yang perlukan kau betul-betul time dia kahwin dengan orang yang invite sekadar invite bagi memeriahkan suasana. dan jet ni jatuh dalam kategori pertama. dia tak beria-ia jemput siap sedih aku cakap tak dapat datang dia cakap tak kisah je tapi aku dah frust gila babi sambil menaip sambil nangis sebab kakak dah tua ni hati tisu lebih sikit haih WEAK GUYS I'M WEAK!

dan kalau ada anda-anda yang diluar sana rasa macam "alahhh kalau dah kononnya sayang sangat kalau dah rasa macam penting sangattt pergi jelaaa wedding kat kelantan tak payah pergi wedding kat batu pahat" mohon pergi terjun jambatan kedua pulau pinang sana jangan cuba-cuba buat iols marah okay sebab nab pun penting dalam hidup kitaaaaa!

kenapa orang penting kena kahwin pada minggu yang sama? kenapa? why? por que? kiya huwa?

haih.

kalau jet ni nikah pagi sanding siang aku syak aku lari kejap kot pergi kelantan. tapi kalau dia nikah petang sanding malam, nampak gayanya bermula dari malam ni sampai ke hari dia kahwin aku akan berterusan rasa tak sedap perut.


Saturday, March 29, 2014

Roller Coaster March


this month has been a hell of roller coaster for me.

busy with capital B and U and S and Y, i kid you not!

almost everyday ada je plan after work and my weekends are well - everyone's weekend. i'm a very home person (if there is such a term hehehe) i like staying at home doing absolutely nothing just chill with myself. of course, i'm the most self-conceited slash obsessed slah fish (selfish btw, you DO get it kan?) person in the world i've ever known.

wish i could blog more, there are so many things i wanted to share but had no time to, no laptop oso. you prolly wouldn't believe me sebab i played this busy-no-time card way too often tetapi i have a proof okayyy and here it is;



7 unpublished entries. i don't totally neglect you, blog. i may be busy but i love pouring my heart out here. amboi, poyo.

so ijinin kak bedah laju-laju update bulan march punya aktiviti which if i had more time later, i'll blog about it in details. don't put your hope too high, kak bedah is busyyy dan by the time kak bedah sudah tidak sibuk lagi, cerita pun sudah basi. hmm. hehe.

1) my two sisters who decide to pop out in March, how convenient *rollseyes*

Xeera and Ira. celebrated both birthdays. Ira's with all the clans and Xeera's with only me and her.



a very quick one. distance what? pftttt johor and kl were just next to each other kan? it's funny how during our uni years i hated wearing anything black and white while she's the one with 239 black cardigans and now it's the opposite. she was wearing something bright (who the hell was she?!! i screamed to myself at that time), it's orange blouse omg that's not xeera that's just not her! and me, wearing something dull *coughs* lawyer-like *coughs* kind of kurung. seriously, what happened to both of us? missing each other so much that we literally switched souls ke macam mana ni?! btw, her birthday was on 13 March, it's not too late to wish her GO NOW. i need to write something about her. this one definitely needs a longggg post with a lot of pictures in it! later, insyaallah.



Ira's birthday was another whole lot different story that deserves one long post which i don't have time yet to write kakakaka. there was a surprise party for her it's sweet it's meaningful yada yada too bad i can't find the pictures in my phone (must have forgotten to save it from whatsapp group MY BAD!) so up above was the intimate dinner she had with her 8 years 8 months boyfriend, Alan on her birthday. they had lobsters whatever so pissed off why was i not even there pfttt whatever really whatever. oh dan rupanya ada sesuatu yang come. did you know time celebrate birthday ira tu tetiba ali datang dan cakap "kau tak tulis pon pasal birthday aku kat blog kau. hari-hari aku check tapi takde. birthday anan pon takde!" olololo comel walaupun part HARI-HARI AKU CHECK tu sounds a lil bit exaggerated tetapi i'd love to think he checks my blog daily. kuang kuang kuanggg bye.

2) weddings.

Anis Amira the primary school classmate.


hmmmm the problem with standing next to a beaut, you look so ugly duckling. haha.

Ieda and EG - both are my friends from different circles.



i have a picture of me standing in between the bride and groom just to piss them off tetapi they are good people they think it's completely okay omg whyyy?! tak jadi nak letak sebab tak memarahkan pon hmm. EG ni kawan time sekolah menengah. used to tease him a lot back in form 1 tapi dia memang jenis cool, sengih-sengih aje tetapi telinga merah. telinga merah tu tanda malu lettewwww. ieda pulak kawan time kat uitm sarawak - laptop mu laptop ku jua, bilik mu bilik ku jua. i installed games in her laptop pizza frenzy cake mania semuaaa tu and i got bored shortly after makanya ieda ni lah yang main sampai menang pftt. dan time tu kegilaan aku adalah lagu-lagu indon melly goeslow semua tuh makanya aku transfer semua lagu tu dalam laptop dia dan dia pon kebetulan suka juga makanya jadi lah laptop bersama tau tak time dia kahwin dia bukak lagu-lagu tu? they make a good sweet nice couple, so glad they end up together!

3) occasional casual dine outs

fiqsgastronomy with le close cousin, tya.



with my hommies, pishang-pishang sekalian.


 with the girlfriends, Vio and D.


look who decided to pay me a visit at work on friday (oh yesterday)


another outing with the same Mademoiselle.


oops busy fasheeha with the sloppiest ever eyebrows! haha.

Lola came for a visit all the way from setia city mall - no pictures of us pfttt vhatttt izzz dizzz nonzenzeee. of course when guest came to your place you gotta treat her something she likes. caramel macchiato. okay.




dinnerina with ballerinas.


the blue flowers decided to make an appearance to every picture of us. sigh that attention whore haih.


4) quick catchups


ha ha ha RUNNING EVENT. she must had knocked her head or something. nice try! BUT NO.



the brave bitch that dares to not text me first who does she think she is why do i have to text her first omg why is she trying to be invisible this bitch so pfttt.






aaaaa so a lot moreeee malas nak carik dalam phone!

5) sad news everywhere

apart of MH370 and the death sentence of ikhwanul muslimin, i have quite a rough month also.


Mr. Daddy was admitted due to early symptoms of stroke and a sky high blood pressure. nothing to worry here, Daddy is a lot better now. well, not actually but as long as he's not hospitalized and he's taking his medicine religiously, i'm more than happy already! was so glad i'm surrounded by concerned people who called and texted me but i was too busy to even properly reply. sorry! talked to xeera about this auwww man does she knowww how to comfort me! :') but i cried a lot that particular weekend it has been quite some time i didn't cry that much couldn't even remember if i ever cried that much before haha all is well now, i'm back at being the chirpy me.


my uncle was also admitted and warded due to breathing problem something that has to do with oxygen in but carbon dioxide can't out i dunno. my uncle was big before but stroke eats him up he's now half of his size (or maybe even quarter). so sadddd because i am close to him okayyy i spent most of my teenage years with my acu and paksu! babysit their twin sons, followed them everywhere (bowling, karaoke, snooker centre yes they're cool people), slept at their house.

6) the goodbyes


cherryn resigned last monday. one of the closest ones to me in the office. check out the huge bum of mine! god, those extra fleshes or fats whatever need to just poof and gone!



introducing you my ex boss (haha EX okayyy), the ever so fierce Noni! doesn't look so fierce here but wait until you hear she screams calling your name! cold feet. shivers. heart pumping so fast. face turning blue. the boss that once made me lose my sleep at night. haha. but also the same person who offered me to work in Jakarta.

aaaaaaa wish i can update more but i'm in the middle of something.

hope your month is much more fulfilling than mine!

till then.

:)

Monday, February 24, 2014

Stuck for Life


so.. another friend has tied the knot yesterday. apparently, she's not just another friend, she's my ex-roommate uh oh but this one is special because she's one of my first roommates ever! you know, i remember my firsts of everything better, though the firsts don't always mean the best, and by now you should already well aware that my favourite roommates were Ipan and Jet!  ;)

i still remember very clearly my first time meeting Tsu Fie. we're both barely 18, young and fresh, clueless too. dia adalah orang pertama yang masuk bilik, i think i remember my room number, it's 2B0109 kalau tak silap. sesiapa yang datang awal ada privilege untuk dapat bilik ground floor dan pilih katil, perabot etc. nak dijadikan cerita, tsu fie adalah orang pertama masuk bilik kitorang, satu bilik 4 orang btw. dan waktu mula-mula aku masuk bilik tu dengan Yana (another first roommate of mine), kitorang dikejutkan dengan nama Sufilah Tsu Fie terlekat di katil, almari dan study desk. bahaha. dalam hati "amboiiii, kemain dia siap cop-cop bagai macam lah hilang katil tuuu" ingatkan culture shock tu sampai kat situ aje, sekalikkk bila nampak dia bertambah-tambah lagi terkejut.

kalau aku, sampai-sampai bilik mak kemaskan luggage, susunkan setiap baju kasut stokin everything ikut tempat then bagitau kat mana dia letak, itu pon orang rasa aku macam dah spoilt brat sangat dahhh hahaha sekalikkk tengok tsu fie, haaa pitams. ibu dia siap belikan shoe rack warna pink, kasut dia bersusun dekat dalam bilik ok (padahal kat luar ada aje shoe rack tau), kasut dia semua glitter pitams lepas tu most of her things warna pink, gold and glittery. first time tengokkk, rasa macam WOW this girl! hehe. sebelum kenal rasa macam sheesh budak ni tak boleh buat geng ni lembik semacammm aje muka tonyok macam jenis yang bakal menangis berhari-hari homesick lepas tu call ibu nangis-nangis. euw. well, tuhan itu maha kaya rupa-rupanya yang berhari-hari homesick adalah seorang Fasheeha. nak makan, nangis. nak tido, nangis. kaki melecet, nangis. ayah call, nangis. kahkahkah. yang paling best, aku nangisss sekalik pandang atas, yana nangis jugak. toleh kiri, tsu fie pun mata merah-merah. sebab? sebab aku nangis. -______-" those were the days haih. kasi can lah umur baru 18 kemain jauh kena campak sampai ke sarawak. huahuahuaa.

lepas dah kenal tsu fie ni, kira okay lah. lembik memang lembik tapi satu kepala. jenis barang ku barang mu jua makanya i learned to love all those shiny glittery goldish kind of accessories from her. ahak ahak. laptop dia dulu cerita dia macam laptop aku sebabnya aku yang lagi banyak pakai. habis segala games aku install dalam tu, segala lagu aku masukkan. first time belajar tengok porn secara marathon juga dari laptop itu shhh okbai ini rahsia kita-kita aje bye. oh belajar hide files pon dari laptop tsu fie jua bye lagi. Dell, kamu banyak berjasa di dalam melingkupkan pelajaran aku di sana. how are you?

tsu fie ni jenis suara high pitched tau jenis yang macam kalau aku tak kenal dia rapat, very most likely aku akan tak suka dia sebab suara dia bila bercakap. you know that kind of manja nyenyenyenye tetapi kuattt punya suara tuh? nasib baik as a person dia memang very nice lady jenis tak banyak kepala apa pon jenis tak kisah aje (sampai orang pijak kepala haih) ayat favourite dia dalam bilik "eiii bosan" "bosannyaaa" "korang tak bosannn ke? tsu fie bosan nieeeee" "eh jom lah pergi mana-mana bosan lahhh dalam bilik aje" "bosan bosan bosan" dengan suara manja nyenyenyenye dan sedikit terjerit di dalam bilik. kalau kitorang memang jenis tak rapat, aku syak pasti dalam 1 sem tu akan timbul satu kejadian tergempar seorang Fasheeha mengamuk di dalam bilik mencekik roommate nya sambil menjerit "KAU DIAM KAU DIAM SUARA KAU ANNOYING DIAMMMM!" wakakakaka. nasib baik rapat.

yeah that was a brief idea tentang tsu fie.

fast forward to 7 years later,

here she is more composed suara masih nyenyenyenye tetapi tidak sebingit dulu bahahaha masih kawan yang comel yang tetiba bila kau sedih dia buat kejutan ajak dinner dan sambut birthday kau (of course bukan birthday aku, it's another close friend but i was there planning the surprise too ahem *indirectly hinting that i oso cute kena bagitau takut orang tak dapat tangkap my subtle hint bye*)

Sufilah Tsu Fie Mohd Salleh and her gorgeous friends bye.
so semalam dia nikah, hari nie dia sanding too bad i'm working now (blogging, it seems) makanya kelam kabut balik kerja terus siap-siap then bergegas ke putrajaya. tak kisah lah bergegas bagaimana pun, dia kahwin lepas asar dan aku habis kerja pukul 6 petang, memang tak sempat tengok dia. tetapi awal-awal dah pesan "cupieee jangan bukak baju dulu pelisss pesan kat amad jangan bukak baju dulu nak tengokkkk!" i even broke the record from kl-putrajaya in 15 minutes sampai hujung kaki melecet lahhh terseret jalan tar sebab tekan minyak kuat sangat huahuahuaa 15 minit tu sampai betul-betul tol masuk putrajaya aje. nak pergi ke kuarters Nab tambah lagi another 11 minutes mengikut perkiraan waze. ahak ahak.

sampai rumah tsu fie, tengok-tengok dia tengah amik-amik gambar ngan laki dia kat pelamin. lelaju bergomol dan ajak tsu fie makan sekali sambil tidak menghiraukan amad. tapi okay lah amad is a good guy sangat warm, he was a public prosecutor kat jabatan peguam negara tetapi now dah resign and jadi consultant. pernah berjumpa dan lepak sekali sebelum ni tetapi time tu mati-mati tsu fie cakap "kawannnn jeeeeeeee" euw pentipu. kenapa seorang kawan kena panggil kawan dia B? kecuali kalau nama kawan dia Adabi ke, Robbie ke. kan? tapi 1st time jumpa amad dah boleh borak-borak macam dah biasa sangat macam kawan laga-laga dada gittew. semalam pun sibuk amad suruh datang jugak reception diorang today kat putrajaya and lusa kat lenggeng. memang tak dapat chu olzzzz, my weekend is packed!



boleh tahan gigih jugak tsu fie ni dia and husband dia prepare everything from scratch okay. bercinta tak sampai setahun pun it was july last year lepas tu amad cakap dia tak nak bercinta lama-lama buang masa so kalau sayang jom kahwin terus dan wow rupanya semalam kahwin. takde merisik takde bertunang. relax.

the dais

Gold. because it's her favourite colour. *sighs*




tsu fie ni sebenarnya biadab okay dia kahwin tapi dia tak jemput pon kawan-kawan lama i  bet dia tak jemput pun yana semua tu, classmates dia pun takkkk! selambek. dia tak tau ke kalau-kalau ada orang berkecil hati? ini nak upload gambar pun cuak okayyy. semalam bila sound dia cakap "ha ah lahhh tsu fie pon tak sempat nak jemput semua korang jemput kan lahhhh" BOLEYYY? pitams lah dengan this girl! pfttt hehe.



no, you won't find a single picture of amad in this entry. i'm still mad at him for stealing my cupilah cupie and claiming his right on her. brrrrr. did you know that amad's real name is not amad or Ahmad? it's Ghazali. but i'm not calling him Ghaz or Ali (as he requested) BECAUSE WELL, I CAN. he's amad and forever will be amad. pfttt haha.


and i decided that tsu fie must love me more than she loves amad. yes, i get to decide. because well, chicks before dicks. ;ppp


don't mind her, she was just getting herself in the mood. SHE'S NEXT IN LINE, i presume. ;)

rasanya sampai rumah tsu fie pukul 8 lebih macam tu and we stayed until 12 kot? padahal esok tu dia ada reception, muka dah penat siap batuk tak berhenti namun jangan harap kitorang nak buat-buat paham dan pulang awal. wedding night, what? your wedding night is with us okay.


the bride looking half zombie bahahaha. time ni semua orang dah berbaring-baring lepas tu tsu fie dengan suara nyenyenye dia menjerit "kejap kejappp tsu fie pun nak baring jugakkk!" sambil bukak tudung dan selendang lelaju. pfttt. oh tapi baik hati lah sebelum baring bawakkan air siap feeling cocktail glass lepas tu we did a toast yang kononnya congratulations on your new Mrs status tetapi dalam hati you're doomed bitch good luck *smirks*! muehehehe.

Nab kebebeh

puas ke hati chu olzzzzz tu mencuba sehabis daya kelihatan comel? kakakaka. eh macam mana lah nak hilangkan eyebag? (selain dari tido awal? iols kenot tido awal nanti tengah malam terjaga dan tak boleh tido sampai pagi lepas tu jadi hulk kat opis)

sebenarnya ada sorang lagi yang takde, kiranya tak lengkap lah tanpa dia yakni Pa. Pa kan skang dah round the world jad stewardess latest pergi Milan meletops berair mata iols kecemburuan. yang kita ni bila lagi nak merantau?

WE MISS YOU, PA. but yeah whatever life goes on and i'm still pissed off at Amad!

anyway, congratulations tsu fie you're finally a Mrs. who would have thought you're gonna be the first kannnn? you look happy, your face glows. though i think it's mainly because of the make up, whatever. sorry couldn't make it to your receptions both in putrajaya and lenggeng, made up to you i stayed for your solemnization till midnight yes you're most welcome no need to do the same on my wedding night nanti ok because your attendance is obligatoryyyy from engagement to solemnization even to reception me dun careee! do not bring amad, don't say i didn't warn you!




yeah yeah no matter what we love you, Cupilah Cupie nyenyenye. both, Nab and I. have a great marriage life ahead, go make lots of cute babies, cherish your now halal boyfriend moment sheeshhh they're so gonna annoy us with their PDA. pfttt. amad is a good guy,  i can tell. but whatever i'm still mad at him.

hehehe.

just in case if you're wondering, no, i really didn't crash their wedding night. Amad's not in the picture because after dinner he rushed back to his house, he didn't stay the night at tsu fie's. :) and no, i don't hate amad, he's so friendly and warm one can never hate him.

not hate, just mad. ;ppp

off the market this one you guysssss!