Wednesday, February 3, 2016

Orang Kahwin


sebenarnya tengah sedih dan frust ni sebab two of my best friends kahwin pada date yang sama. okay tak, bila check balik sorang kahwin 18/3, sorang kahwin 19/3. masalahnya, sorang kat pengkalan chepa, sorang lagi kat batu pahat. -______-"

sedih lahhhhhhhhh.

beza tau perasaan kawan biasa, kawan baik dan kawan terpaling baik kahwin dan kita tak dapat attend majlis dia. kawan biasa selalunya kalau jenis yang invite via fb ni aku memang tak pergi UNLESS dia personally pm. biasalah, iols kan feeling vip kalau aku tak rasa macam ikhlas dijemput aku tak pergi! tu je. ikhlas ni tak nampak, tapi kita boleh rasa. aku tau lah. aku selalu boleh rasa. kawan baik pula kalau kita tak boleh pergi kita memang rasa sorry tapi at the same time kita still okay, kita come up with excuses and reasons untuk sedapkan hati sendiri dan voilaaaa, sekejapan kita rasa okay. tapi kena ada good reason lah. kalau setakat reason BECAUSE I DON'T FEEL LIKE GOING tu bukan reason, itu just you're being an asshole. bezaaaa sangat dengan kawan terpaling baik, bila kau tak dapat pergi tu ralat dia sampai rasa macam tak boleh nak tido malam. overrr tapi itu kebenaran okay? itu yang kena jugak luahkan kat sini. sedih lahhhhh. sedih sampai tak boleh tido padahal mata pedih mengantuk dah.

cite dia skang macam ni, bulan 3 ada 3 weddings dan kesemuanya adalah wedding manusia kesayangan yang tak boleh tak, kena pergi jugak. xeera on 12/3, jet on 18/3 dan nab on 19/3. sorang kat jb, sorang kat pengkalan chepa, sorang kat batu pahat dan semuanya dalam masa tak sampai 2 minggu. flight ticket wedding xeera dah settle, so kira case closed. wedding nab mungkin drive aje sebab kat batu pahat takut naik flight nanti patah kaki pulak nak gerak takde transport. yang dua orang ni sebab diorang dah book aku awal-awal so takde masalah. jet pulak baru confirm date malam ni sebab sepatutnya nikah bulan 2 tapi tukar plan nikah and sanding terus bulan 3.

oleh kerana dari tadi tak sedap hati terus tengok tiket flight ke kb on 17 and 18 kalau boleh dapat. memang lah ada tapi lupa nak tanya timing kat jet tadi pukul berapa nikah and sanding. tak kisah lah kalau kena travel kelantan-johor hari yang sama dari rasa tak sedap perut sebab tak berusaha untuk pergi.

jet ni mungkin lah kebelakangan ni aku jarang cerita pasal dia tapi dahulu kala dia ni macam sebahagian dari kehidupan harian aku time kat kedah. dari sem 1 sampai sem 3 diploma aku 1 class dengan dia, 1 bilik dengan dia, 1 assignment dengan dia. tahap yang kalau orang cakap buruk pasal dia eh rasa nak mara ke hadapan tumbuk orang tu. jenis memang belangkas abis kalau nampak sorang je tak nampak sorang lagi otometik orang akan tanya. belangkas, tapi tak tahap mengendeng ke mana-mana pergi kelas kena tunggu pergi mana-mana WAJIB bersama tu memang tak lah. sebab perangai kitorang lebih kurang sama, suka jenis benda senang. kau siap awal, kau boleh pergi class dulu tak payah nak tunggu-tunggu. rimas k.

ada banyak memori aku dengan jet yang aku simpan kat dalam blog ni dulu, still ada lagi sekarang tapi aku archive kan semua entri-entri lama aku. :D tapi mana boleh lupa jenis kawan susah senang gaduh gaduh jugak tapi sayang sayang jugak. haha.

antara memori dedulu time kat kedah adalah:

1) jet tolong gosokkan baju aku sebab tangan aku bengkak teruk lepas derma darah. aku bab orang gosok baju ni terkesan lebih sikit sebab banyak-banyak chores dalam dunia ni yang aku paling titik beratkan adalah baju bergosok. huahuahuaa.

2) jet ni orang pengemas so dia tak boleh terima perangai aku jenis esok nak balik kampung hari ni beg belum packing lagi so dia akan pack kan luggage aku. (sumpah aku tak suruh okay! so benda bila kita tak sangka orang akan buat tapi dia buat untuk kita ni rasa terkesan dia lebih sikit..)

3) kitorang dedua kuat makan dan suka tido. so everyday kalau class ada gap 2 jam time lunch kompem kitorang yang paling pecut pergi beli makanan, makan laju-laju dan terus tido sebelum class pukul 2. class pukul 2, 1.45 baru bangun. takde cuci-cuci muka, pakai baju terus gerak pergi class.

4) pernah lah sekali bergaduh tapi bukan jenis gaduh mulut ke baling-baling barang ke. tetiba memasing silent treatment sebab paling bodoh sekali which i shall not disclose to you guys bahaha tapi kelakar lahhh sebab lepas tu dalam class tak cakap dalam bilik tak cakap duduk dalam class tak sebelah-sebelah pergi class tak sama lepas class tak balik sama pastuh semua orang perasan 1 class tanya tapi tak berani tanya kitorang sendiri lololol. tak ingat macam mana boleh cakap balik tapi neither of us said sorry rasanya cumanya sebab gaduh tu rasanya seminggu ke 2 minggu jugak lah boyfriend jet dah risau suruh baik-baik balik. kakakaka. yes, boyfriend yang sama bakal jet kahwini march ini.

5) jet memula masuk tak suka aku i mean semua orang rasanya ada impression yang tak best kat aku huahuahuaa kalau cite pasal ni kena buat 1 entri khas tapi aku ada 1 perangai memula masuk tempat baru or pergi memana pun aku kena buat semuaaaa benda sorang-sorang dulu. mesti. sebab aku nak biasakan diri. memang jenis prinsip hidup begitu sebab ada nanti-nanti walaupun lepas dah berkawan kalau lah tetiba aku kena buat sesuatu sendiri, aku tak kekok sebab pernah buat dulu. so waktu memula masuk tu aku macam lone ranger lah pergi class sorang-sorang check jadual sorang-sorang semuaaa benda buat sorang-sorang. dalam bilik aku kan ada 4 orang, sorang budak accounts, lily. 3 orang lagi budak dpa. aku, jet and yana. memula tu jet rapat lah dengan yana. time memulaaaa sekali check jadual bila jet dapat tau dia 1 class dengan aku, bukan dengan yana dia cakap kat yana "abis lah kite lepas ni yana kena berdikari semua benda sorang-sorang lah. fasha tu macam takleh geng je." HAHA.

dan banyakkkk lagi. benci lahhhhh kenapa semua orang kahwin bulan 3 ada apa dengan bulan 3 why kenapa por que kiya huwaaaaaa?!

dan lebih menyedihkan sebab aku dah cakap ngan jet berkemungkinan besar aku takleh pergi sebab clash dengan date nab kahwin pastuh dia cakap takpe dia tak kisah dia paham jauhhh susah nak datang. BUKAN SEBAB JAUH LAHHH. aku tak suka orang cakap tak kisah sebab aku tau deep down dia kisah. boleh rasa lahhh.

bertambah-tambah sedih bila dia bagi gambar dia fitting baju kahwin dengan uzair. rasa macam ishhhh kenot go lah like this. macam hampehnya aku sebagai kawan sebab tak boleh datang time dia kahwin. kau dapat rasa orang yang perlukan kau betul-betul time dia kahwin dengan orang yang invite sekadar invite bagi memeriahkan suasana. dan jet ni jatuh dalam kategori pertama. dia tak beria-ia jemput siap sedih aku cakap tak dapat datang dia cakap tak kisah je tapi aku dah frust gila babi sambil menaip sambil nangis sebab kakak dah tua ni hati tisu lebih sikit haih WEAK GUYS I'M WEAK!

dan kalau ada anda-anda yang diluar sana rasa macam "alahhh kalau dah kononnya sayang sangat kalau dah rasa macam penting sangattt pergi jelaaa wedding kat kelantan tak payah pergi wedding kat batu pahat" mohon pergi terjun jambatan kedua pulau pinang sana jangan cuba-cuba buat iols marah okay sebab nab pun penting dalam hidup kitaaaaa!

kenapa orang penting kena kahwin pada minggu yang sama? kenapa? why? por que? kiya huwa?

haih.

kalau jet ni nikah pagi sanding siang aku syak aku lari kejap kot pergi kelantan. tapi kalau dia nikah petang sanding malam, nampak gayanya bermula dari malam ni sampai ke hari dia kahwin aku akan berterusan rasa tak sedap perut.


No comments: