Showing posts with label people im blessed with. Show all posts
Showing posts with label people im blessed with. Show all posts

Saturday, July 9, 2016

Raya 2016


nothing fancy.

tapi alhamdulillah masih beraya 4 orang.

i think momsy and pops look identical here. hehe.

tak tau lah orang lain, but for me, i don't like the idea of mintak maaf di pagi raya dengan family ni sebab benci lah guys rasa nak nangis. selalunya aku akan cepat-cepat salam mintak maaf dan bammm settle. hihi.

so how many baju rayas you get for yourself this year? me as usual; none. tak sempat lah nak tempah. dan jaranggg sekali dalam hidup beli baju siap kerana luas permukaan badan i kan tak senormal gadis-gadis seantero malaya. *roll eyes* lagi pun banyak baju dah kat rumah, i can just wear whatever i have in my closet. tak kisah sebab baju-baju aku mostly baru juga. jarang pakai sebab dia muat-muat ikut badan jeeee so kena ada kekuatan spiritual yang abadi bila pakai kerana tak boleh makan banyak lololol.

pagi raya lepas dah siap tu terus gerak pergi rumah vio sebab birthday dia. so i think i better be wishing her face to face gituuu. #perksofhavingbestfriendslivebasicallynexttoyourneighbourhood



guys guys ingatkan nak bela rambut panjang tapi a day before raya time buat treatment rambut terpotong rambut guys. aku cakap TRIM. trim k. bukan aku cakap CHOP EVERYTHING OFF MY HEAD. tapi biasalah certain hairdresser memang suka take it a few mile forward. nasib baik kau pondan best. nama daniel tapi suruh panggil girl je. GIRRRL jangan lupa twirl lidah kat R tu. lol.

oh satu lagi nak bagitau,i am now officially hooked dengan snapchat! filters dia the bomb i tell you. dan i make good videos juga sometimes even myself was shocked. gittew keyakinan! tapi serious lah i am sooo in love dengan filter bodoh-bodoh dia dan juga filter dia yang buatkan kulit kau flawless tehrukkk like what how whyyy?!


gittewwww kefelolesan dia tu camera 360 tu nangis tuuuuu. muka mona fandey terus bertukar menjadi jelitawan (yakin sekali lagiiii kahkahkah) tapi harussss bawah cahaya rembang matahari sebab kalau cahaya tak cantik, dia akan jadi grainyyy biasalah ipong5s je guys bukan lah ipong6splus.


haa contoh filter lain kalau amik dekat bilik sendiri jadi gini lah grainy sikit tapi this is by far favourite filter sebab selama ni orang selalu cakap eh kat dalam gambar nampak kurus kat luar... (diorang tak habiskan ayat guys, tapi kita semua tahu apa yang cuba disampaikan. sumpah tak pernah edit badan sendiri jadi kurus k! i am not ABIKYYY! huahuahuaa! angle tu, angleee!)






alaaaa ada video tapi tak boleh nak share kat sini katanya file tak recognize like hellooooo it's time for you to improve bloody blogspot!


nampak macam semua selfie ajeeee tapi sebenarnya tidakkk!

Maisarah Sofia, Mommy's Sweetheart
heyyy ini post pasal raya ke pasal snapchat?!

tapi tu lahhh join je lahhh bandwagon ini. best sebab kat video pun boleh conteng-conteng. lepas tu boleh buat slow motion dan cakap laju dan reverse video! eiii join je lahhh!

by the wayyy, who has started working todayyy?!

MOI. dah start semalam dah pun on the 3rd raya. pfttt.


LOLOLOLOLOL!

selamat hari raya everyone. hope you have a blast one!


as you can see, toh puan sri isn't the lovey dovey touchy feely type guys! tu dia dah nak naik angin dah tu adik kite nak ciyom dia. huahuahuaa.


Monday, June 6, 2016

Abiky


abiky adalah sepupu aku yang kita grew up together with, duduk rumah tokpah, buat banyak benda kelakar bongok dan bijak bersama-sama - sekali dengan kain, tya, pekyan dan ramai lagi sepupu tapi yang aku mention ni kira yang paling rapat lah.

semua orang dalam family panggil dia ikie tapi sebab dia selalu bahasakan diri abang ikie abang ikie, makanya wujudlah nama abiky itu, sama jugak macam kain, nama sebenar ain tapi sebab panggil kak ain kak ain, dia jadi kain. kalau pronounce tu jangan lupa ada sabdu sebelum i. jangan sebut seperti kain jemuran. macam tya, dia kitorang panggil t-rex. dan yan, kita panggil pekyan sebab pek tu asalnya perempuan kan ada tuttt tak tau kenapa dia sorang yang melekat jadi pekyan, kitorang takde pun. kahkahkah. mungkin kerana nama dia je sedap letak pek kat depan kottt. semua salah abikyyy!

abiky ni kalau among kitorang kiranya dia mastermind lah. dari kecik-kecik duluuuu sampai lah sekarang pun. nak pergi makan ke apa ke, mesti dia yang plan. sebab nak arap aku, aku memang jenis tak minat benda gini. iols follower je okay. korang beruban lah pikir, kalau kena dengan jadual i, i follow. gittew. sebab dia pun yang paling tua antara kitorang. hehe.

dia ada 1 kepantangan dalam hidup yang kalau bagi aku, terlalu kelakarrr! okay 2 kepantangan. nak share dedua ke nak share 1 je. hmmm. okay lah aku share dedua. 1) cicak (yang ini sekapal lah sebab iols pun benci cicakkk lebih benci dari lipas!!!) 2) air (hujan, peluh, tak kisah lah asalkan air yang boleh merosakkan rambut dia ahahaha)

untuk kepantangan nombor 1 yakni cicak. aku ada satu contoh. cite dia panjang sikit. ni baru terjadi last year bulan 11 macam tu time kitorang attend kenduri kahwin pekyan kat kelantan. time tu family mentua pekyan sediakan homestay untuk sesiapa from kl yang datang. kebetulan pulak most yang datang tu da pergi book hotel so yang tak book cuma lah aku dan abiky. makanya kitorang lah yang duduk homestay tu. homestay tu dekatttt gila dengan kubur tau! (orang tak kuat iman macam iols tentu lah pentakut sikittt..) dan homestay tu besarrr rumah teres 2 tingkat, 4 bilik 3 bilik air yang memang besar lahhhh senang cerita untuk kitorang dua orang. dah lah dapur dia besar gilaaaa pastu siap ada separate bilik makan pastu ruang tamu tak besar sangat tapi bilik kat atas ada 4! paham takkk takot? dan perangai kitorang sama lah kalau takut kena jenis selidik setiap satu ruang just nak pastikan takde apa-apa.

kitorang sampai siang tu kat homestay sekor-sekor kelam kabut nak pilih bilik mana 1. oleh kerana bilik ada banyak, banyak juga faktor yang harus dititikberatkan. abiky nak bilik yang siap ada bilik air kat dalam, senang nak feeling berak katanya. aku pula prefer bilik yang kecik dan takde banyak katil. bilik air kat luar takpe! yang penting katil ada 1 je! so pilih punya pilih aku dapat bilik kecik 1 katil yang diidamkan. abiky nak ada 1 bilik tu tapi tetiba kensel sebab kitorang nampak kat bilik tu ada 1 tingkap kecik berlubang takde langsir and tingkap ahahaha. so lepas dah pilih tu kitorang lepak lah kat living room borak-borak. sekali abiky cakap "chea, rumah ni okay kan. kira macam okay sangat lahhh dah lah setiap bilik ada aircond itu yang paling penting tuuuu!" aku pun setuju lahhh sebab memang homestay ni okay sangattt. pastuh abiky sambung "yang penting sekaliiii rumah ni bersih, abiky dah check dahhh okay takde cicak! abiky memang firsttt sekali kalau pergi memana pun memang kena check kalau takde cicak, maksudnya lepas lahhh!"

guys guys, nak dijadikan cerita, malam lepas kenduri dan lepak-lepak semua sampai homestay around 11 malam. aku biasalah, pantang letak kepala terus zasssss nak lelap. sekalikkk abiky masuk bilik cubaan mengganggu tidurku dengan memaksa aku bangun tidur. dia kata dia nak mandi tapi awasss lepas mandi dia nak lepak borak-borak so aku tak boleh tidur! lepas dia bising-bising gitu dia keluarrrr je bilik aku terus lelaju kunci pintu. i tak nak diganggu guysss! haha. tak sampai 5 minit abiky keluar bilik air menjerit sambil cuba buka pintu bilik aku..

"chea cheaaaa bukak pintu!"

"chea kau kunci pintuuuuu! bukak lah cepattt!"

aku pun bukaaa dalam keadaan separuh annoyed.

"cheaaaaaaaaaa ada cicak jatuh kat atas kaki abikyyy! besar lembik panasss! sampai sekarang terasa-rasa lagi kat kaki abiky niiii"

"chea kau tengok jap ada shieldtox ke apa tak abiky nak bunuh dia!"

"chea cepat lah cari sama-sama shieldtoxxxx!"

dan selepas jumpa, dari luar bilik air dia sembur nya cicak tu sampai habissss setengah botol. siap dia cakap,

"takpeee, abiky nampak dalam drawer tu ada lagi sebotol ridsect! puas hati aku!"

me: mana cicak nya tak nampak pun?

abiky: tak tau lah dia dah lari ke mana tapi abiky dah spray 1 bilik air, dia dah pening tu kejap lagi mati lah. tak jadi terus nak berak. cheaaa kau teman abiky turun bawah, abiky nak mandi jappp.

-__________-"

itu kes cicak. nampak tak paranoidnya tu? dia memang tak suka cicak tapi pepaham jela cicak ni dia macam tahu tau kalau kita tak suka dia. mesti alih-alih ganggu hidup kita juga,

kes kedua, pasal rambut.

abiky ni jenis kalau nak keluar rumah perkara wajib dia buat adalah set rambut. at leasttt kena blow dan iron baru dia senang hati nak keluar. tapi biasalah kan, rambut berset ni kepantangan utama dia adalah peluh dan hujan, terus nanti rambut flat. ohhh itu tak boleh buat seorang Ahmad Fikri!

case in point:

sabtu lepas diorang ni treat aku birthday dinner memandangkan birthday aku jatuh pada bulan puasa, makanya dorang sambut awal lah sikit. sampai kat BLVD baru lepas hujan so abiky memang dok dalam kereta je tak nak keluar takut kena hujan. haha. pada mulanya BLVD full house so memang takde table dah. kitorang pun macam haa takpe lah Brollys pon boleh tapi brollys kat menara felda so kena lintas park sikit lah dari menara naza. uuuu tak boleh eh. abiky tak suka lalu bawah langit yang baru lepas menangis occay.

kitorang dah jalan ke depan sekalik dia berhenti bawah menara naza tu sibuk tanya hujan tak hujan takkkk. tya cakap lah tak hujannn. dia tak percaya sebab tya pakai tudung so takleh rasa. aku pun cakap lahhh memang tak hujannn tengok ni tengok ni relaxxx je kitorang jalan. sekalik dia cakap:

"kau sure ke tak hujan chea?! abiky boleh dengar bunyi tik tik tik air hujan menitik!"

HAHA.

guys, itu bunyi bekas air hujan dari bumbung menitik je ponnnnnnnnn.

paham takkk?!!!










Monday, May 23, 2016

Good News


guys, in life there will be various kinds of friends or best friends you cross paths with;

some best friends are the closest ones you can't go a day without updating each other about everything and nothing.

some best friends are the ones you don't get to meet and talk to everyday, but each time you see them, it will be like you guys never leave each other in the first place.

some best friends are more of a tough friendship besties where you see or talk to each other maybe once in a month or once in a 6 months but you know when you need them, they will always be around - the ones that keep you grounded, the ones that are hard to come by so if you found them, by all means please hold on to them dearly.

i guess i am just lucky when it comes to friends and friendship. i got the best of both worlds - the clingy type and the tough type and even the in between type. loving them all the same, honestly speaking. ;)

you remember when i said i have a best friend like no other, the one that during her solemnization i wept so hard i looked like a piece of shit?

that very best friend of mine tonight, called me to share her good news. it's a GOOD good news that after we hung up, i feel so happy i almost teared up! i wanted to share with you what the good news is all about, but i guess it should be kept a secret until everything is confirmed. insyaAllah soon! it feels so surreal i can still feel it now, i even turn on my laptop and write about it can you imagine?

her: babe, i time dapat berita tu 2 orang je ada dalam kepala i, i nak bagitau! you dengan naqi. tapi dedua tak angkat call i. babenggg!

me: i baru nak text you suruh call balikkk tadi i atas motor takleh nak angkat phone. (gila ke chu olzzz walaupun selalu menjadi pembonceng berjaya tetapi belum pernah buat perangai rempit selit talipon dalam helmet guys!)

her: *telling me the good news, the details and i think she cried a little*

i'll be sad a bit but it's a good news! this feels like her solemnization all over again, i'm happy but i can't deny i'm a little sad. but i should be happy!!!

i guess after all she is not the only one who is a little clingy. :')

you see, i have lots of close friends from different circles. and with so many friends (that you care about), comes a lot of heartbreaks and headaches - you can't fight me on this one. i always prep myself with probabilities. like when she got married and people said the friendship won't be the same anymore, i prepped myself for that. that you can't be as close as you used to, that the friendship will fade eventually, all that negativity basically. but trust me with her, it always feels the same. she made sure once in a while we talked about things - both big serious ones and the silly petty ones.

i'm glad that she thinks of me (and naqi duh can't beat that!) when she received the good news.

and my prayers will always be with her. may Allah ease the way for her and i hope she will get whatever she wants in life because she surely deserves every bit of it. amin.

good things come to those who wait, indeed!

THIS IS LIFE CHANGING GOOD NEWS ONE, I TELL YOU!




Friday, May 13, 2016

Mengimbau Kenangan


sabtu lepas, seperti yang tertera di tajuk, aku telah mengimbau kenangan dengan si Geb.

1st, aku tengok sekali lagi AADC2. and by now aku syak semua orang pun dah tengok kan cite tu so aku boleh openly share my thoughts on that movie? ke tak boleh? tak boleh pon aku still akan share. huahuahuaa. i liked AADC, itu cerita pertama indonesia yang aku layan. aku suka Rangga sebab dia cold tapi puitis. aku suka genk cinta. aku suka semuaaa lagu-lagu dalam cerita tu. so for AADC2, aku punya expectation opkos tersangat lah tinggi. does the movie meet my expectation? well, not very much. but did i enjoy watching it? YES. Rangga dah tak hensem tetapi dia still macam dulu, jenis tak banyak cakap sangat, jenis bersahaja and i loveeeeeeeee him because of those things. Cinta tentulah makin cantik dan aku suka part bila dia nak jumpa Rangga dan dia contemplated on which lipstick nak dipakai. just like the old times tapi time tu baju. i guess every woman in love can relate to that and that is why aku suka part tu. macam aku nak tunjuk aku casual je dengan kau, takde apa nak di impress lagi benda dah lama but still aku kena nampak cantik tapi tak terlalu over nampak macam aku beria-ia eh tapi tak boleh lah selekeh sangat dah lama tak jumpa i need to look good. gittew. but somehow aku rasa the connection isn't there anymore. macam chemistry Rangga & Cinta dah berkurangan. mungkin sebab masing-masing dah tua dan ada life memasing. i don't know how to explain tapi rasa lain lahhh. BUT I STILL LIKE THEM. paham tak nihhh?

okay mungkin cukup ulasan sampai di situ. takut nampak saiko pulak kang. ahahahaha.

lepas wayang laju-laju gerak pergi shah alam sebab sebelumnya aku ada bagitau Geb aku teringin nak makan ayam penyet padang jawa. sajaaaa. sebab entah lah dah lama tak pergi shah alam. so ke shah alam lah kita dengan kegigihan abadi. nak dijadikan cerita, on the way tu time kat traffic light tetiba ada motor tu lalu sebelah aku berhenti dan macam marah-marah. i was like ehhh apa dosa aku tetiba okayyy! siap dah ke depan, berhenti, pandang aku yang tengah bawak kereta, angkat-angkat tangan dan marah. aku ni kan slow sikit reflexnya, so macam terkerut-kerut kat situ kenapa dia naik angin dengan aku. haih.


ayam penyet dia biasa je guys tapi sebab namanya nak mengimbau kenangan harus lah pergi juga! aku paling suka tempe kering dia. nampak kan ada 2 kat situ? nak balik tu tapau lagi 2. kau rasaaaa?!!! sedappppp lah haihhh. sambil makan sambil nangis kegembiraan. kalau pedas mesti perfect! hakhak. pastuh diulami dengan air extra joss anggur. ya tuhannn! nasi boleh amik sendiri makanya segunung intan permata lah nasi iols. makan sampai puasss kerana tak tau bila nak sampai shah alam lagi. hehe.

seterusnya kitorang cadang nak pergi layan cendol durian kat seksyen 24. nampak cantik nau dalam gambar durian seketul-seketul kuning molek kalah songket sultan! sampai sana dalam pukul 4 lebih nak pukul 5. sekalik selambekkk abang tu kerek cakap "kita bukak pukul 6 ke atas dik. cendol kita malam je ada.." gittewww. kesahhh? iols pergi cari cendol lain occayyy! lalu patah balik ke seksyen 2 dan cakap kat Geb, teringin nak masuk uitm tengok-tengok fakulti lama walaupun semua orang dah pindah seremban 3 skang. sekalik papppp Geb kata jom! wow kemain skang Geb dah baik dengan kitaaa! (akan aku ceritakan kebaikannya yang lain sebentar lagi! teruskan membaca! tiberwww)

guys guys shah alam dah tak best lah sekarang uitm pun dah tak best kerana yang ada cuma lah anak-anak ikan. macam tak bersemangat okay. bulu muka pun jarang-jarang hidup segan mati tak mahu so kurang terangsang i rasa. ada yang badan tough sikit tetapi tengok muka pun tahu baru habis upsr lalu akak tua ini kehampaan. btw, nak cerita pasal nak masuk uitm. aku macam biasalah even dari dulu pun kalau nak ngadap guard ni memang lomah jiwo rago den nak pikir apakah alasan untuk masuk uitm tanpa sebab nih. macam dulu jugak lah nama je suka buat salah tapi sebenarnya pencuak orangnya. aku suka bawak kereta secara illegal kerana aku kan resident, resident tak leh bawak kereta guys! degil dan suka langgar peraturan, tetapi masih terkawal dan takut pak guard. leulz. sebab tu dulu aku suka park kereta rata-rata supaya kereta aku tak kena mark. itu yang tetiba dedulu Lupy akan text aku "woi kau park kete kat gigi (fakulti pergigian..) ke?" dan esoknya "ehhh kenapa kereta kau kat pusat kesihatan?" dan keesokan harinya lagi "hari ni kat mana pulak kau park kete kau?" HAA SAMPAI MACAM TU GUYS. dapat lah disimpulkan disini bahawasanya Lupy memang suka le tour de uitm shah alam time study dulu. ahak ahak.

okay berbalik kepada cerita kita tadi, terkumat kamit mulut aku berpikir macam mana nak cakap ngan pak guard jap lagi kenapa aku nak masuk. haaa berpikir menggunakan mulut, kau hadooo? sekalik Geb perasan dan dia kata "apa yang kau takut, aku ada sticker lahhhh" ya allahhhh chu olzzzz lupa kawan kita masih student, si pakar tahi! sumpah tak tipu. dia memang amik parasitology punya course binatang apetah yang penting dia kaji tahi orang. (LEPAS TU DIA BULI KITA SURUH CHECKKAN PRESENTATION NOTES DAN THESIS DIA!) okay tak buli lahhh. opkos berbayar. kahkahkah. #friendshipgoals

sambung cerita balik.

setelah dapat tahu Geb ada sticker amboi terus bongkak lalu depan pak guard sambil kuak dada, angkat tangan sikit namun muka maintain bongkak. aaaaaaaa seronok lah ada kawan yang masih student! macam hari tu pergi karaoke student price chu olzzz walaupon iols tak bawak student card, hihuuuuu. so kat dalam uitm bawak lah Geb pusing lalu depan fakulti aku yang dulu ceria kini pudar dan suram. kan lepas fac aku, akan melalu fac engineering? Geb kagum dan cakap "wow fac kau dulu sebelah fac engineering pun kau masih kekal single hingga kini?!!!!!" sambil gelak seperti dirasuk jin. babi. dia tak tau ke aku ni pelajar harapan uitm memang jenis 24 jam membanting tulang menimba ilmu? i don't have time for cinta guysss zaman belajar! gittew. padahal selalu pergi library engineering cuci mata. tapi silap besar guys. di sini sedikit tip buat student yang ingin mencari jodoh di library bebudak engine, nasihat aku: JANGAN. kerana budak engine yang betul-betul bijaksana tak study kat library guys! tidak juga study di mcd. pendek kata diorang memang tak study, diorang cuma main dota. haha. tapi ada jugak yang tak main dota namun masih extend sem ahem IM ehem.

keluar dari uitm singgah cari cendol dekat seksyen 2. makan kat situ sekalik nak hujan. laju-laju telan tanpa kunyah dan singgah pula stall sebelah jual pisang goreng cheese. dasar gemuk bukan? tapi pisang goreng tapau untuk makan dalam kereta memandangkan kitorang bercadang untuk pulang ke kl semula for coffee session. nak balik opkos pusing uitm kali ke 2 kahkahkah saja jelaaaa kan dah ada sticker. kasi lah can. zaman aku dulu tak pernah merasa dapat pakai sticker uitm. hmmm.

okay benda kedua yang Geb baik adalah dia belanja kopi sebab selalu tolong dia proofread. ahem. makanya gigih lah ke bukit jalil pula lepak sana punya starbucks. sambil lepak sambil sedut runningman dan segala cerita yang lainnya dari laptop adik dia. laptop adik dia memang memberangsangkan betul ya. jenis yang boleh jadi laptop dan juga ala-ala tab. hebatttt! touch screen segala. kira kalau letak macbook iols kat sebelah tu terbakar dan tercampak lah laptop kiteeee!


poyo kan kalau share gambar air setabak? tapi ini perlu sebab Geb yang belanja dan orang tu salah eja nama kitaaaa hmmmm. ahak ahak. marilah kita immortalise kan gambar ni buat kenangan peribadi. tak sia-sia tetiba terstudy pasal tahi kerana Geb. zoonotic transmission lah, parasite hunter lah, parasite buster lah permanent staining lah polymerase chain reaction lah nasib baik time belajar dulu iols adalah bengap abadi pasal sains. cuba kalau pandai? tetiba geng Geb jadi pakar tahi. sekiyusss miii muka i muka tahi ke? tidak okayyy. muka Geb, mungkin. :DDD

okay tarik baliklah kebiadapan diri kerana kebaikan Geb yang ketiga adalah belikan kita USB sebab usb kitorang lain dan phone aku dah habis battery dan Geb tak sampai hati melihat seorang antisosial macam aku, menjadi tetiba sosial tanpa kehadiran talipon. macehhhhh jasamu dikenang. dan untuk mengenang jasa dia, aku tinggalkan USB itu dalam kereta dia supaya setiap kali keluar dengan dia, tidak perlu resah gelisah dan gusar tentang battery habis. muah! haaaa kalau buat depan Geb tu mungkin patah riuk tulang hidung iols kena terajang.


saja jelahhh share gambar dengan dia sebab dia dah belanja kopi dan juga usb cable. kahkahkah.

setelah dedua ekor kembung tak sempat lapar dah makan balik, terus berazam untuk start diet hari isnin lepas. dan teka siapa yang cuma tinggal azam aje? tentulah aku. hakhak. semalam makan 2 bungkus maggie goreng dengan bahagianya. nampak gayanya macam dah kena terima kenyataan kegemukan itu adalah selamanya buat seorang Fasheeha. hmmm.




Saturday, April 2, 2016

Kuantan


2 bulan lepas aku berjaya menempelkan masa untuk pergi cuti-cuti malaysia. (banyak entri pending because i'm super busy and who reads blog anymore anyway? but i'm still writing for the sake of passion dan memories ecewah) okay basically untuk cuti kali ni memang tentatif program adalah makan semata-mata. yes, makan. we all know i'm soooo damn good at it! rasa macam nak cerita panjang-panjang what did i do in Kuantan tetapi tak payah lahhh who wants to know that bit of a detail anymore nowadays kan? so i think imma share what i always do best in everyday life, makan.

what's best to have when you are in Kuantan, guys? i'm glad i went there dengan Ayu yang memang terel selok belok kuantan because she used to study in Kuala Terengganu and apparently Kuala Terengganu is lack of entertainment (dulu lahhh circa 2010-2012 macam tu) dan untuk menghiburkan diri Ayu jimba-jimba *batuk* dating *batuk* di kuantan dan  bersama juga Baby yang macam aku juga penggila makan. lalu terjadi lah food vacay bersama-sama dengan diorang ni.

long story short! we've been there for 3 days 2 nights dan ini adalah yang sempat kitorang makan. (ada few more places yang kitorang plan nak pergi tapi tak sempatttt!)

1) Kula Cakes

their mango cheesecake is the bomb! the bombest of the bomb i tell you! must try! kalau you guys suka cheese, suka mango, by all means please accommodate your time to try this! this is highly suggested! imagine aku ada 3 hari kat kuantan, 3-3 hari aku pergi kula cakes untuk dapatkan this heavenly mango cheesecake. sedap betul. sampai sekarang masih terasa-rasa lagi kat lidah. tapi dia memang kena makan out of the fridge. jadi sekiranya you guys nak try, i recommend you untuk makan kat sana jangan nak fefeeling makan kat hotel ke bawak ke tepi pantai ke (case in point; me. aku beli untuk makan kat teluk cempedak konon-konon sambil makan kek sambil nyanyi angin bayuuu membawa dirikuuu sepintas laluuu ku terkenangkanmuuu. rupanya membawa kepada derita pabila 1) kek dah jadi lembik 2) diganggu segerombolan kera hyper yang nakal dan kelaparan. bencilahhhh)


telok cempedak (i love cempedak hah tiberwww) dan telok cempedak cantik jugaaaaa sebab ada starbucks, mcd, kfc, chatime dan food court by the beach. so feeling lah angin sepoi-sepoi bahasa sambil kunyah ayam goreng. di atas ni gambar sebelum kejadian di ganggu kera. nampak tak cheesecake aku dah cair? so tak feeling sangat. dan chatime pun tentulah mango juga siap dengan mango pudding.


semua kek dia sedap according to mereka-mereka yang rajin try semua. oleh kerana aku dah cukup berpuas hati dengan mango cheesecake aku, i didn't try anything else. kedai dia kecik je you can always browse their instagram @kulacakes kalau nak tau what is their dessert of the day ke apa ke. no delivery sebab mango cheesecake is sooo fragile hmm hmm diorang tak nak take risk. i know because i asked. biasalah jenis mulut ringan ni kemain borak macam bespghen dengan orang kerja sana. baik-baik semuanya.

2) Akob Patin House

rasanya macam ni tempat femes yang semua orang akan pergi untuk try patin tempoyak diorang, untuk orang luar lah. i find it okay. sedap sebab aku suka tempoyak dan aku suka ikan patin dan yang paling penting tak hanyir, tak rasa lumut. tapi taste wise, i can find something similar in KL. ikan dia seketul adalah RM15. aku makan kat KL seketul RM3.50 je. sama-sama ikan bela bukannya ikan sungai pun. bukan tak sedap, sedappp sangat! cuma it's nothing extraordinary. pergi lah cuba! ramaiii orang, so that must have meant something kan. ;)


3) Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur

haaaa yang ini pun fully recommended! jangan lupa, iols ada darah-darah nasi kerabu dan laksam sikit so i'm more selective dan lebih susah dipuaskan nafsu rasanya. rasanya sedap cukup rasa sambal lada dia pedassss solok lada dia pun best pendek kata pergilah cuba sendiri. pada aku memang kena betul lah dengan taste aku. aku tak makan kerabu dia i mean sayur-sayuran kat situ tapi still sedappp. pastuh dia ada jual nasi dagang jugak, ada kuih muih tradisional. tapi nama tempat dia pun nasi kerabu kemira so you boleh expect lah apa juadah specialnya kat situ. price wise, okay. makanan aku yang seperti tertera di bawah dalam 7 ringgit kalau tak silap. rodok (kuih kat bawah tu, nama komersial adalah kuih krim karamel) seringgit sepotong. murah bukan? okay lahhh. dan pagi-pagi beratur dia haihhh macam nak pergi makan line clear baq anggg!


4) Warung Mee Calong & Keropok Lekor

seumur hidup aku first time aku dengar mee calong so apa lagiii lezgoooo kita try! waktu mula-mula Ayu cakap dia ada homemade fishball aku dah macam hmmmkay i don't like pisbol. tapi bila makan not so bad ey? sebab homemade so rasa dia sedap lahhh boleh makan. mee calong sejujurnya pada aku ok ok sahaja. takde lah nyums wow akan datang sekali lagi semata-mata untuk mee calong, NO. tetapi mee dia lembuttttt wehhh! part tu best. tapi okay lah first time rasa sedap je. macam sup kosong tawar gitu rasanya. tapi sedap. cumanya mungkin hati aku lebih kepada mee bandung mee rebus dan omg omg mi soto? dan selain mee calong aku makan jugak nasi kukus dia haaaa yang ini iols suka sedappp nau. sampai licin kuah aku tabur atas nasi. dapat pulak dengan ayam goreng bahagian thigh slurppppp licinnnn. dah lah aku makan dedua sekali mee calong dan nasi kukus. sekiyus miii habis okay. tak terkejut pun, bukan? dan Baby dengan Ayu pun sorang makan semangkuk mee calong dan sepinggan nasi kukus. kahkahkah. #gemukbersama #gemukselamanya


5) Warung Poksu Moksu

ini pun terkenal sebab bukan sahaja Ayu sibuk promote malahan kawan-kawan yang lain time aku sibuk upload gambar makan ramai yang tanya tak try poksu moksu ke. ada dalam list opkosss. makanya aku try. verdict? hmmm SO SO. yang ini bagi aku menghampakan lah. sebab i have a high expectation on thisssss. aku harapkan rasanya hebat sebab aku suka udang sotong tepung ni semuaaa tetapi pada aku biasa je. biasa sesangat. sebab aku tak suka colek dia kot. (colek = kuah cicah) tapi jangan lah terpedaya dengan aku, lain orang lain taste kan? plus aku baru lepas makan semangkuk mee calong dan sepinggan nasi kukus makanya bila perut tak lapar sangat mungkin ianya menjejaskan deria rasa. tapi seriouslahhhhhhhhh colek dia so not my tasteeee! biasa bebenor. makan ngan cili sos lagi sedap. wahhhh petirrrrrrr bagaimana kalau poksu dan moksu terbacakan ini? tapi Baby cakap laksam dia sedap. (haaa cover balik, nampak permainannya di situ?) tapi BIASA JELAHHHHH!


6) Mustafa Cendol

tiada gambar tapi the usual cendol lahhh. takde lah wow dan memukau sangat. i love cendol though. dan guess siapa yang ada sekali time kitorang makan tu? farid kamil sekeluarga. i went fangirling a little bit sebab duhhh farid kamil kottt. dan wife dia diana danielle tu pakai ala-ala baju tidur jeeee alaaa baju orang beli tepi pantai kain kedut-kedut kat dada tu pastuh dia sarung cardigan nenek-nenek pastuh rambut basah-basah biasa pon cantikkkkkk chu olzzzz. tentulah au naturel tanpa make up segala. (wow kepohnya iols?) anak dia yang Muhammad tu ailaikkk so curious so berani. dan yang penting aku suka sebab farid kamil biar diana danielle makan dulu, dia pegang anak dia yang perempuan tu. lepas wife dia dah makan baru dia makan. that's goal!

7) Sara Thai Kitchen

ini kitorang makan malam itu pun tapau bawak balik hotel sebab semua dah layuuu puas main kat gambang. (puwas kewwww?! ahahaha) so tiada gambar. alaa biasalah makanan siam begitu lahhh ada kerabu mangga ada tomyam ada nasi goreng thai. aku makan nasi goreng je, okay lah sedap juga. tapi jangan dilupa ayah iols orang siam so for me takde lah wow mabeles da bomb sangat. maybe because of the expectation. maybe sebab dah biasa makan bapak sendiri punya air tangan. beza lah kan. tapi tomyam dia sedapppp pedasssssssss yang itu aku suka!


alaaa rupanya itu je yang sempat try (dan ingat!). ada lah few places tak sempat pergi contohnya Ana Ikan Bakar Petai. seronok dengar namanya tapi tak sempat lah nak berkejar ke sana lagipun kat kuantan tak sempat lapar dah makan balik kahkahkah. thanks to Ayu sebab menyenangkan kerja kitorang nak makan. semua tempat dia tau. takde lah sesat ke apa ke sebab perjalanan well-planned. habegitohhhh.

Friday, April 1, 2016

5 weddings in 5 weeks straight


March has been a hectic month for me especially on the weekends.

oleh kerana semua wedding orang terdekat dan kawan rapat, so i attended each of them.

7/3 - Azrul
12/3 - Xeera
18/3 - Jet
19/3 - Nab
27/3 - Nab belah Apiz

crazy schedule but oh so fulfilling!

nanti aku cerita in details okay? sebab banyak benda nak highlight takut kalau cerita dalam 1 entri tak cukuppp.

till then!

Jumaat

pagi ni aku macam terdetik niat dalam hati nak beli karipap. karipap kat rumah aku sedap tauuu. dan selalunya aku memang akan beli lebih sebab suka bagi kat lim and azrul. diorang pun suka karipap tu. lagipun lim baru masuk keje balik this week after 2 weeks training kat jepun.

okay lah sebenarnya i've been wanting to buy karipap kak tini since monday lagi tapi kak tini selalu sesuka hati bukak tutup kedai makanya belum ada rezeki. even this morning pun kak tini tak bukak kedai. so takpelah. aku pun takde lah teringin nau nau. kat opis ada bekalan kerepek ubi sambal dan cheese wafer.

tapi arinie sampai opis atas meja ada ini;


alhamdulillah rezeki di hari jumaat. hehehe. i don't even eat nasi lemak tapi takpe lah makan aje. mungkin dalam nasi lemak itu ada barokahhh. comel je kak imah sedekah untuk 1 opis. tak terpikir pun sebelum ni. tapi bagus lah idea ni.

semoga murah rezeki, kak imahhh!

Thursday, March 10, 2016

Super Daddy


ada banyak benda dalam hidup kita ni yang tuhan bagi tapi kita kadang-kadang terlepas pandang untuk bersyukur. some people are blessed with good health, some with wealth, ada juga yang rezeki dia berkahwin awal, ada pula yang rezeki dia dalam hal ehwal belajar atau pun pekerjaan. - trust me, itu semua rezeki and none is superior than the other. dan jangan kita lupa, di sebalik blessing yang kita dapat tu, itu juga merupakan ujian dari tuhan dan bagaimana kita handle each and every blessing, matters. kadang tu kita belajar tinggi sikit terus kita rasa semua pendapat kita adalah lebih bagus dari orang yang belajarnya mungkin takat diploma atau spm. kadang tu kita kahwin awal, kita perlekeh orang yang kahwin lambat macamkan kita tu banyak benar pengalamannya dalam hal ehwal rumah tangga, orang yang belum kahwin tu tak tau apa-apa langsung. kadang tu kita kerja elok-elok company hebat gaji lebat terusss kita rasa kita adalah insan berjaya, kawan kita tidak. jaga-jaga guys, soal hati ni kita tak boleh buat main. kalau terdetik dalam hati tu sedikit rasa macam tu semoga cepat-cepat lah kita doa mintak dijauhkan. jangan sampai rahmat tuhan kasi menjadi asbab kita jauh dari dia. benda ni kalau nak dikupas panjang bebenar and each point i highlighted above, memang aku ada encounter benda-benda macam ni di luar sana. i will get back to you on that later, i promise.

today aku nak share one of my blessings yang KADANG-KADANG tu terlepas pandang simply sebab sejak dari lahir memang dah dapat, memang dah ada depan mata which is MY PARENTS, specifically my dad. i guess i have told you before kan yang aku dengan ayah aku memang rapat. ayah aku jenis dia susah takpe, jangan anak bini susah. nak kata kitorang rapat sejak aku kecikkk tu tak jugak sebab dulu-dulu ayah aku kerja kat genting makanya nak berjumpa tu seminggu sekali je dan aku pulak dari sekolah memang duduk dengan tok aku jadi rasa hubungan dengan bapa tu takdelah rapat sangat tapi one thing for sure, ayah aku jenis kalah dengan anak-anak.

our little family is not rich, i tell you. kiranya growing up i don't always get whatever i want (sebab aku tak reti mintak) tapi kalau bab makanan memang mewah. i have a lot of things i really really thankful for tentang ayah aku but yesterday guys, yesterday i was so touched and i realized that my dad is my everything. EVERYTHING. and how simple thing like this can be such an eye opener for me.

this was what i wrote on facebook yesterday.




okay lah kita cerita panjang sikit.

for the past few weeks ni aku memang dah start jalan kaki balik rumah (which my dad didn't really approve of) sebab katanya nak fit sikit. dah lama meninggalkan sukan jalan kaki. dulu kan pergi sekolah balik sekolah pergi tuisyen balik tuisyen balik kerja dari petrosains semuaaaa jalan kaki tapi biasalah makin tua makin malas especially bila dah start ada lesen kegunaan kaki telah dilupakan. time study dulu kat shah alam okay lah hari-hari panjat tangga, hari-hari jalan ulang-alik pergi fac, tapi masuk kerja amboi semuanya dimanjakan oleh ayah aku semuanyaaaa dia buat time lunch pun dia hantar makanan (some people think i'm a spoiled brat who knows nothing and doesn't do anything can't drive can't everything kesian kannn) dan 3 tahun buat macam tu, badan pun makin gedempol. unlike those who are fat but damn confident with their own body, i am not! i hate being fat i hate looking sluggish and my confidence menjunam jatuh like crazyyy sampai kadang-kadang tak nak keluar rumah, i swear! there were even few times when i cancelled on going out just because my clothes seem to not fit nicely on me. i hate that feeling! but i loveeeee food. makanya i have no other choices but exercise in which i super hate oso. jogging? urgh. so i opted out to zumba and swimming. my stamina improved, lost weight (sikitttttt je) and the feeling after is addictive so i get a little greedy, i want more! itu yang start jalan kaki pulak tu.

nak dijadikan cerita, semalam as usual i told my dad i want to walk back home. ayah aku dah cakap dah nampak macam nak hujan so kalau hujan call je nanti dia datang amik. on the way tu tetiba hujan rintik-rintik, ingatkan macam eh sempat lagi ni sebab dah tengah jalan. sekalikkk hujan makin lebat baju pun dah tahap basah boleh perah siap melekat-lekat kat badan dah tak de choice lari lah lelaju berteduh bawah jambatan bersama-sama dengan penunggang motor sekalian. haha. i could have just called my dad asking him to fetch me tapi dah dekat nak sampai sangat. dekatttt je less than 1 km so tak payah lah susah-susah. kalau nak amik naik kereta, kena pusing jauh. lepas 10-15 minit berteduh dapat whatsapp notification dari mak aku pulak.



10 minit lepas tu memang betul-betul ayah aku sampai bawak payung. T___T terus hati kewanitaan iols tersentuh.

MY DAD, EVERYONE, MY SUPER DAD!


datang bawak payung 1 je hehehehehe. T________________T

semoga Allah permudahkan urusan ayahku di dunia, semoga ditenangkan hatinya, semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan buat dia, semoga Allah murahkan segala rezeki yang ada di dunia ni untuk dia dan kebahagiaan hati yang tidak berbelah bagi sebagaimana ayah aku telah permudahkan urusanku dan sentiasa cuba untuk membuat orang sekeliling bahagia.

last but not least, semoga Allah kurniakan syurga yang terpaling atas buat ayah for being the greatest, the most selfless dan the best in the world! aminnnn.

takpe lah belum kaya, takpe juga mungkin belum seberjaya orang lain, takpe segalanya asalkan ada my strongest support system ever, my dad. cukup. cukup rasanya. THANK YOU ALLAH!

Wednesday, February 3, 2016

Orang Kahwin


sebenarnya tengah sedih dan frust ni sebab two of my best friends kahwin pada date yang sama. okay tak, bila check balik sorang kahwin 18/3, sorang kahwin 19/3. masalahnya, sorang kat pengkalan chepa, sorang lagi kat batu pahat. -______-"

sedih lahhhhhhhhh.

beza tau perasaan kawan biasa, kawan baik dan kawan terpaling baik kahwin dan kita tak dapat attend majlis dia. kawan biasa selalunya kalau jenis yang invite via fb ni aku memang tak pergi UNLESS dia personally pm. biasalah, iols kan feeling vip kalau aku tak rasa macam ikhlas dijemput aku tak pergi! tu je. ikhlas ni tak nampak, tapi kita boleh rasa. aku tau lah. aku selalu boleh rasa. kawan baik pula kalau kita tak boleh pergi kita memang rasa sorry tapi at the same time kita still okay, kita come up with excuses and reasons untuk sedapkan hati sendiri dan voilaaaa, sekejapan kita rasa okay. tapi kena ada good reason lah. kalau setakat reason BECAUSE I DON'T FEEL LIKE GOING tu bukan reason, itu just you're being an asshole. bezaaaa sangat dengan kawan terpaling baik, bila kau tak dapat pergi tu ralat dia sampai rasa macam tak boleh nak tido malam. overrr tapi itu kebenaran okay? itu yang kena jugak luahkan kat sini. sedih lahhhhh. sedih sampai tak boleh tido padahal mata pedih mengantuk dah.

cite dia skang macam ni, bulan 3 ada 3 weddings dan kesemuanya adalah wedding manusia kesayangan yang tak boleh tak, kena pergi jugak. xeera on 12/3, jet on 18/3 dan nab on 19/3. sorang kat jb, sorang kat pengkalan chepa, sorang kat batu pahat dan semuanya dalam masa tak sampai 2 minggu. flight ticket wedding xeera dah settle, so kira case closed. wedding nab mungkin drive aje sebab kat batu pahat takut naik flight nanti patah kaki pulak nak gerak takde transport. yang dua orang ni sebab diorang dah book aku awal-awal so takde masalah. jet pulak baru confirm date malam ni sebab sepatutnya nikah bulan 2 tapi tukar plan nikah and sanding terus bulan 3.

oleh kerana dari tadi tak sedap hati terus tengok tiket flight ke kb on 17 and 18 kalau boleh dapat. memang lah ada tapi lupa nak tanya timing kat jet tadi pukul berapa nikah and sanding. tak kisah lah kalau kena travel kelantan-johor hari yang sama dari rasa tak sedap perut sebab tak berusaha untuk pergi.

jet ni mungkin lah kebelakangan ni aku jarang cerita pasal dia tapi dahulu kala dia ni macam sebahagian dari kehidupan harian aku time kat kedah. dari sem 1 sampai sem 3 diploma aku 1 class dengan dia, 1 bilik dengan dia, 1 assignment dengan dia. tahap yang kalau orang cakap buruk pasal dia eh rasa nak mara ke hadapan tumbuk orang tu. jenis memang belangkas abis kalau nampak sorang je tak nampak sorang lagi otometik orang akan tanya. belangkas, tapi tak tahap mengendeng ke mana-mana pergi kelas kena tunggu pergi mana-mana WAJIB bersama tu memang tak lah. sebab perangai kitorang lebih kurang sama, suka jenis benda senang. kau siap awal, kau boleh pergi class dulu tak payah nak tunggu-tunggu. rimas k.

ada banyak memori aku dengan jet yang aku simpan kat dalam blog ni dulu, still ada lagi sekarang tapi aku archive kan semua entri-entri lama aku. :D tapi mana boleh lupa jenis kawan susah senang gaduh gaduh jugak tapi sayang sayang jugak. haha.

antara memori dedulu time kat kedah adalah:

1) jet tolong gosokkan baju aku sebab tangan aku bengkak teruk lepas derma darah. aku bab orang gosok baju ni terkesan lebih sikit sebab banyak-banyak chores dalam dunia ni yang aku paling titik beratkan adalah baju bergosok. huahuahuaa.

2) jet ni orang pengemas so dia tak boleh terima perangai aku jenis esok nak balik kampung hari ni beg belum packing lagi so dia akan pack kan luggage aku. (sumpah aku tak suruh okay! so benda bila kita tak sangka orang akan buat tapi dia buat untuk kita ni rasa terkesan dia lebih sikit..)

3) kitorang dedua kuat makan dan suka tido. so everyday kalau class ada gap 2 jam time lunch kompem kitorang yang paling pecut pergi beli makanan, makan laju-laju dan terus tido sebelum class pukul 2. class pukul 2, 1.45 baru bangun. takde cuci-cuci muka, pakai baju terus gerak pergi class.

4) pernah lah sekali bergaduh tapi bukan jenis gaduh mulut ke baling-baling barang ke. tetiba memasing silent treatment sebab paling bodoh sekali which i shall not disclose to you guys bahaha tapi kelakar lahhh sebab lepas tu dalam class tak cakap dalam bilik tak cakap duduk dalam class tak sebelah-sebelah pergi class tak sama lepas class tak balik sama pastuh semua orang perasan 1 class tanya tapi tak berani tanya kitorang sendiri lololol. tak ingat macam mana boleh cakap balik tapi neither of us said sorry rasanya cumanya sebab gaduh tu rasanya seminggu ke 2 minggu jugak lah boyfriend jet dah risau suruh baik-baik balik. kakakaka. yes, boyfriend yang sama bakal jet kahwini march ini.

5) jet memula masuk tak suka aku i mean semua orang rasanya ada impression yang tak best kat aku huahuahuaa kalau cite pasal ni kena buat 1 entri khas tapi aku ada 1 perangai memula masuk tempat baru or pergi memana pun aku kena buat semuaaaa benda sorang-sorang dulu. mesti. sebab aku nak biasakan diri. memang jenis prinsip hidup begitu sebab ada nanti-nanti walaupun lepas dah berkawan kalau lah tetiba aku kena buat sesuatu sendiri, aku tak kekok sebab pernah buat dulu. so waktu memula masuk tu aku macam lone ranger lah pergi class sorang-sorang check jadual sorang-sorang semuaaa benda buat sorang-sorang. dalam bilik aku kan ada 4 orang, sorang budak accounts, lily. 3 orang lagi budak dpa. aku, jet and yana. memula tu jet rapat lah dengan yana. time memulaaaa sekali check jadual bila jet dapat tau dia 1 class dengan aku, bukan dengan yana dia cakap kat yana "abis lah kite lepas ni yana kena berdikari semua benda sorang-sorang lah. fasha tu macam takleh geng je." HAHA.

dan banyakkkk lagi. benci lahhhhh kenapa semua orang kahwin bulan 3 ada apa dengan bulan 3 why kenapa por que kiya huwaaaaaa?!

dan lebih menyedihkan sebab aku dah cakap ngan jet berkemungkinan besar aku takleh pergi sebab clash dengan date nab kahwin pastuh dia cakap takpe dia tak kisah dia paham jauhhh susah nak datang. BUKAN SEBAB JAUH LAHHH. aku tak suka orang cakap tak kisah sebab aku tau deep down dia kisah. boleh rasa lahhh.

bertambah-tambah sedih bila dia bagi gambar dia fitting baju kahwin dengan uzair. rasa macam ishhhh kenot go lah like this. macam hampehnya aku sebagai kawan sebab tak boleh datang time dia kahwin. kau dapat rasa orang yang perlukan kau betul-betul time dia kahwin dengan orang yang invite sekadar invite bagi memeriahkan suasana. dan jet ni jatuh dalam kategori pertama. dia tak beria-ia jemput siap sedih aku cakap tak dapat datang dia cakap tak kisah je tapi aku dah frust gila babi sambil menaip sambil nangis sebab kakak dah tua ni hati tisu lebih sikit haih WEAK GUYS I'M WEAK!

dan kalau ada anda-anda yang diluar sana rasa macam "alahhh kalau dah kononnya sayang sangat kalau dah rasa macam penting sangattt pergi jelaaa wedding kat kelantan tak payah pergi wedding kat batu pahat" mohon pergi terjun jambatan kedua pulau pinang sana jangan cuba-cuba buat iols marah okay sebab nab pun penting dalam hidup kitaaaaa!

kenapa orang penting kena kahwin pada minggu yang sama? kenapa? why? por que? kiya huwa?

haih.

kalau jet ni nikah pagi sanding siang aku syak aku lari kejap kot pergi kelantan. tapi kalau dia nikah petang sanding malam, nampak gayanya bermula dari malam ni sampai ke hari dia kahwin aku akan berterusan rasa tak sedap perut.


Monday, January 4, 2016

2015


sebelum kita beralih kepada tahun baru mari lah aku sum up my 2015. 

started my 2015 with a very heart wrenching moment bila mana nenek kesayangan terpaling sayang sayang sayanggg tak pernah tak sayang meninggal dunia on 17.01.2015. okay sebenarnya bulan 12 tu Paklong aku meninggal, dan sebulan lepas tu Tokpah pulak meninggal. for the past 2-3 months tu memang aku berulang alik hospital je tengok-tengokkan both of them. Paklong aku time tu kat HKL, Tokpah pulak kat Hospital Ampang. aku ni jenis manusia yang tak berapa terkesan sangat dengan berita sedih atau orang meninggal tapi lain betul rasa dia bila Tokpah dah takde. for the first 3 months lepas Tokpah dah takde, adalah begitu payah untuk aku deal with it. time Tokpah meninggal aku nangis memang nangis tapi rasa macam dah bersedia nak let go sebab dia sakit since bulan 10. rupanya tak bersedia chu olzzz. RASA je. tapi sebenarnya betul-betul tak bersedia. siang malam aku nangis. pantang lah orang sebut sikit pasal Tokpah, lajuuu air mata turun. dan aku mimpi Tokpah kerap juga for the first 3 months tu.tapi takpelah yang hidup memang akan mati kan so nak tak nak kita memang kena deal with it. yang penting aku rasa aku dah buat yang sehabis baik time Tokpah masih hidup dan time dia sakit. so there's no regret. did i tell you before i happen to be right next to her when she breathes her last breath? :') 

bulan 3, reception Fah kat penang. iols bridesmaid katewnyewww dan i was among the firsts yang tau Fah pregnant. auw. rasanya dalam bulan yang sama, aku kena denggi. tapi of course tak tau pun aku ada denggi tapi bila buat blood test untuk allergy sekalikkk platelet count bawah 60. doctor pun terkejut dia kata ini kalau ikutkan ni dah kena warded dah ni. lololol. memang lah rasa tak sihat tapi ingatkan demam-demam biasa je. at the same time attended pertunangan Nab.

seterusnya diikuti dengan beribu-ribu lemon wedding invitation - some i attended some i didn't. 

towards the quarter end of 2015, my life gets better, apparently. pergi sekali lagi ke penang for xeera's bachelorette. pergi jb for xeera's solemnization. pergi kota bharu untuk wedding yan the cousin. yep basically weddings. hehe. oh ada pergi afamosa dengan the familiar faces of mine juga to end the 2015.

tu je kot? maybe ada lagi but that's all in between lah.

but in 2015 i truly learned the saying that goes; be careful of what you wish for because you might just get it. 1) aku teringat time Tokpah tengah tenat aku borak-borak dengan cousin aku, Tya. cakap "akak tak pernah lagi tengok orang meninggal depan mata. selalunya mesti time akak takde depan-depan. teringinnn!" siap bagi contoh few orang terdekat yang meninggal. and guess who gets to see her most beloved grandma passing on? moi. sama jugak 2 times in 2015 yang aku kerap cakap aku tak berapa nak lucky when it comes to lucky draw. tup tup time MEF Dinner arituh aku menang, and even christmas lunch kat office pun aku menang lucky draw. ;)))

whatever it is, aku bersyukurrr sangat untuk segala apa yang berlaku dalam hidup ni - baik dan buruk. sebab mungkin aku je rasa buruk tapi Allah dah set cun-cun untuk aku semuanya dan mustahil lah perancangan Allah tu buruk kan? ;)

so, aku tutup 2015 ni dengan alhamdulillah untuk segala-galanya.

insyaAllah, to a wonderful year and many many great things ahead! :D

Monday, March 2, 2015

Percubaan Yang Sungguh Fail


last few days, Xeera turun KL melawat mak uda dia kat pandan indah. keji lah sorang Fasheeha sekiranya tidak berjumpa walhal cochrane dan pandan indah 10 minit cuma. sempat lepak lelaju dengan Tasha n Ira sekali. but that's not what i want to share. the next day tu aku keluar sekali lagi ngan dia bagi memenuhi impian ayam penyet AP dia yang tak berkesudahan tu.

on the way balik, macam biasa di dalam kereta borak kosong sampai keluar topik Timur vs Utara. if you're following me long enough, you will know that i'm not a fan of tutttt people and Xeera on the other hand, not a fan of tuttttt people. hehe.

entah macam mana cerita sekali terkeluar pasal makcik kelantan jiran sebelah rumah nenek dia memuji boyfriend dia, yakni NaqiKudin. dengan penuh semangat siap menambah loghat timur dia bercerita pasal makcik kelantan tersebut.

"babe, you tau tak makcik sebelah rumah Mak cakap Naqi muka macam cina"

'KEKASIHMU, MUKO CHO CINO'

aku tengah drive time tu, tapi aku tau something's wrong dengan ayat dia. aku tanya balik,

"makcik tu cakap apa babe?"

"KEKASIHMU MUKO CHO CINO. dia maksudkan naqi lah tu babe!"

"cho? takde perkataan cho bahasa kelantan babe. mungkin makcik tu cakap kekasihmu muko SUPO cino"

time ni xeera dah tergelak gila babeng. aku apatah lagi. wadefak is CHO chuolzzzz?!

"yelaaa babe, i rasa dia kata SUPO. i nak cakap macam cina sama lah tu CHO cino!"

"babe, macam kalau tetiba nak tukar bahasa kelantan dia takkan jadi MACO CINO babe, dia akan jadi MACE CINO"

xeera gelak sampai hampir melompat keluar dari tingkap kereta.

"itu lah maksud i babe!"

dah habis gelak macam orang gila aku tanya dia balik'

"betul ke makcik tu cakap KEKASIHMU babe? peliknyaaaa kekasihmu. ke dia cakap GEWE?"

time ni xeera dah sambung gelak mengilai semulaaaa.

"haah babe i rasa GEWE lah tu! i macam tak tau exact word dia apa dalam bahasa kelantan tapi i pasti makcik tu tak cakap boyfriend atau pakwe! GEWE lah tu babeeee"

"teruk translation u ni babe. u lupa i makan budu?"

xeera gelak dan gelak sampai tiba di rumah makcik dia. and guess what? aku pun tak tau apa kesudahan cerita pasal naqikudin muka macam cina tu. apa sebenarnya yang makcik tu cuba sampaikan? dan apakah mesej di sebaliknya?

kerana.. muka naqikudin adalah begini;


 celah mana CHO CINO chu olzzz?!

ini adalah contoh CHO CINO occayyy;


Alan PBear, boyfriend Ira Bbear.

kejappp zoom sikit muka naqikudin;


yup, CHO CINO. yup sejibikkk. K.

sebenarnya apakah kesudahan cerita kudin muka macam cina? sekarang aku curious. hmmm.

yang penting,

KEKASIHMU MUKO DOP CHO CINO okay. huahuahuaaaaa!




Saturday, November 29, 2014

This Has Got To Stop


It was all started with one comment i posted on Sue's IG;  


And came the reply shortly after, from Ayu. 

Kelakar sebab this kind of rivalry memang zaman sekolah je orang buat perangai. Aku tau je Ayu bergurau so i think it would be nice to play along. Makanya, lepas Ayu komen tu laju-laju aku pergi ke IG dia dan cari satu gambar yang takde kena mengena dan tinggalkan pulak ayat mesra di situ.


Okay. Habis kat situ. Sepatutnya. Seharusnya lah kan. Tetapi..


Di hari lainnya di ketika semua orang telah pun melupai kejadian Ayu pura-pura cemburu di atas kemesraan aku dengan Sue. Haha. Nak sekeh tak sampai hati, orang tu skang bini kesepian berjauhan dengan laki nanti nak mengadu kat siapa Apis nun jauh di Ipoh. Hakhak. 

Itu takpe, itu takpe. 

Cukup lah di IG sahaja Ayu menagih kasih sayang dan perhatian dari aku yang kebetulannya memang banyakkk kasih dan sayangnya boleh kasi sorang sikit. Kuangkuangkuang. 

Ingatkan dah habis, sekalik semalam..


Hahahaha Ayu pig pig piggy piggg!!! 

Stoppp! Stop right there!

I feel sooo loved i kenot tahan anymore! Too much love is intoxicating! Haha.

YOU SO COMEL AYU SO SO COMEL MALAHAN ANAK ROZITA CHE WAN YANG ORANG KATA COMEL TU PON TAK SECOMEL KAU. KAU LAH YANG TERPALING COMEL DI DALAM DUNIA INI TIADA YANG SETANDING KAU PUWASSS?! 

Saturday, November 22, 2014

Weekend Getaway


i had a tough and dreadful time at work last week, it's ridiculous. what's with everyday desk job piling up and sale approaching on friday, i was busy with capital b! tak cukup dengan itu sahaja, internal audit pulak decided to mess things up even more with never ending report full with numbers and statistics, it's too much to bear! i mean, i am only 2 years old in this working field (not even 2 years old yet i'm a toddler who just got her feet!) please don't give me that big kind of responsibility i'm not goodddddd with give it to someone else pretty pleaseee. i lost my sleep for several nights, i even lost my appetite! (somehow it turns out good because i didn't eat dinner, my a little flatter stomach than before thank me i just knowww it!), i dreaded going to work, i was pretty loaded with selawat and doa on my way to work because my heart felt sooo heavy (good also, i usually busy playing games in my phone when stucked in morning traffic haha) hoihhh come to think of it bagus jugak sebenarnya stress huahuahuaa but i cried few times in a week okay sebab stress sangat - if you know me well, you will know i'm not that sappy selalunya kalau nangis pun like sebulan sekali atau setahun 2 kali macam tu je. me not lying ok!

so i guess weekend getaway is what i needed the mosttt! and that was what we did. :))) it's a very laid back kinda weekend (i love anything lazy and laidback thank you god!) filled with food and surrounded by ohana i love love love. don't get me wrong, the camping wasn't for me sebenarnya (ahak ahak!), i'm not that nizam (baca: cool) yet, it was planned 2 weeks ahead but again thank you god it's perfect timinggg for me! it was actually for Mas Ashriq Shazwan's pre celebration birthday sebab on his birthday dia takde kat malaysia jadi mari lah fefeeling menjadikan Mas 25 sebelum waktunya. lagipun, on the day itself, birthday Aliff Safwan jugak. dan birthday Acap. kira sekali harung lahhh.

Venue: Janda Baik, Pahang

Time: Sabtu pagi hingga Ahad petang

Host: Natasha Azrah lah, kalau iols yang buat dia akan jadi picnic di dalam bilik berpemandangankan laptop melayan tv series. haha.

Invitees: Mas Ashriq Shazwan the boyfriend, Azlan Naif owner tempat , Muhd Nasrullah the bearded babe si pipi sado feminine booty from Kuwait, Athirah Zawidi my Sudanese daughter who thinks i can buy her house just because she asked for it with please please please in the sentence, Asyraf Acister, Edlyn Hussein, Aliff Safwan, Syaril Mansiz the feminine shampoo model, Hamdan Kachak and Me, si pemalu cantik manis tinggi kurus persis nasha aziz.


tiada di dalam gambar; Hanan Bari, Zuhaili Ali, Azlan PBear, Elida Dulbahri dan Diyana Amira kerana mereka memang tiada dalam ini trip huahuahuaa (gelak bukan sebab suka dorang takde, tetapi sebab cubaan membuat kelakar yang sebenarnya sungguh failed sekali) K. by the way, tentu semua orang tertanya-tanya siapakah Hamdan Kachak, bukan? tentu lah yang paling depan sekaliii yang berdagu runcing tidak memakai cermin mata itu. kachak betul, sesuai benar dengan nama insta nya, dankachak (tak reti lah nak eja macam mana sebab dia tak follow kita kat insta!)

so cadangnya pagi sabtu kena sampai rumah tasha sebelum pukul 9, makanya malam tu time tengah update masing-masing punya aktiviti dan persiapan, terusss iols lelaju cakap "okay dahhh bye semua oranggg i nak start baking now!" memandangkan untuk siangnya kitorang akan potluck aje masing-masing bawak makanan and later at night baru kita mulakan aktiviti pemanggangan. cuba teka lepas babai apakah yang seorang Fasheeha buat? ya betulll, tertido sampai pukul 6 pagi. -_______-" bangun je tido terus meloncat sebab jangankan baking, packing barang juga belum. *nangis* bangun je tido lelaju tak basuh muka terus prepare ingredients untuk bake (haaaa bunyi macam tipu bukan sedangkan bake cornflakes madu pun rentung ada hati nak mentipu cakap bake chocolate cake tetapi tak tipu tau! dan tak guna ready mix tau! dan tak guna superfine flour pon tau!) so pagi tu lelaju buat cake, time tengah bakar cake tu lelaju pulak packing. time packing mula lah rasa nak mengamuk sebab cari selipur jepun tak jumpa, seluar tracksuit tak jumpa, ada jeeee benda tak jumpa. bila tanya mak sendiri opkos kena sembur "kau tu benda apa yang kau cari jumpa?! pantat kau kalau boleh tanggal pun kau lupa letak kat mana!" -______- makanya terpaksa lah make do dengan apa yang ada. dan sebenarnya lagi, time discuss nak pakai apa, aku dah janji ngan ira nak pakai tshirt jeeee sebab katanya masuk hutan kannn tak perlu lah beria bagai sekalikkk tasha cakap "girlsss jangan simple sangat kita nak amik-amik gambar tau nanti nak celebrate birthday!" sebab tak boleh simple terus pakai dress, kau dah kenapaaa?! haha.

dipendekkan cerita, aku sempat menyiapkan kek dan sampai rumah tasha before 9.30 (walaupun janji pukul 9. ahem meleis ehem.) dan rupanya tasha pun tengah bergegas-gegas sibuk buat cocok-cocok makanan untuk dibakar malam nanti. phew. dalam tak ingat pukul berapa rasanya 12 camtuh nas and ira pun sampai. ira call dengan suara gengster "babe i dah sampai kat bawah ni panasss u turun kejap bukak pintu" (something like that) di ketika itu aku tengah fefeeling iron rambut amboiii takot benar ira tetiba garang lelaju bangun abis iron jatuh headgear semua jatuh. hakhak. depan pintu rumah sekali lagiiii kena sembur "INI U KATA TSHIRT, INIIIII?!" -_______-" naik atas ira bengang lagi sebab tasha pon pakai dress ahahahaha dan terus dia pon nak tukar baju. i mean tukar cardigan untuk matching dengan tema bunga-bunga yang sebenarnya sungguh tiba-tiba, kitorang.

long story short (ya allahhhh perlu ke sebegini detail nyah kau sanaaa!), kitorang gerak dari rumah tasha pukul 1 rasanya. 1st kereta - Nas, Tasha, Ira and aku. 2nd - Alan Naif dan Ashriq/Mas. oleh kerana ianya adalah seprais makanya Alan cakap kat Mas dia nak bawak Mas ke Janda Baik untuk tenang-tenangkan pikiran (Tasha & Mas time tu tengah perang dingin. bukan gaduh, cuma perang dingin. huahuahuaa). yang 1st kereta ni dengan barang yang banyak (bahan bbq, baju-baju), muatan yang penuh juga (baca: seorang Fasheeha dan 2 bijik pipi Nas) sungguh penuh sampai naik bumper kena fefeeling buat zigzag. laju-laju gerak ke OU sebab nak isi belon untuk Mas sebelum gerak ke Janda Baik.


macam biasalah, tentu sempat vain di mana-mana.


okay settle 1 errand dan terus bergerak sebab nanti nak set up tempat pulak kat sana.


haaaaa misteri tak muka nas tak nampak dan kenapa tasha butang baju jenjenjenggg.


okay long story short sekali lagi, time dah nak sampai kat kawasan ladang Alan tu, kitorang lalu kat banyak rumah-rumah kampung sekalikkk Ira dengan suara penuh harapan "mmy, i nak rumah macam ni satu please please i suka betul rumah kampung macam ni pleaseeee" tak tau nak respond macam mana tetapi gayanya macam mintak cekodok pisang tepi jalan. kalau cekodok tu gigih jugak lah aku ni kira duit dalam purse nak bagi sorang singgit pergi beli cekodok dan pergi main jauh-jauh sanaaa tapi rumah ni nak cekau duit kat mana cuba bagitau?! haha.

so akhirnya sampai walaupon sesat sekejap sebab last time Nas pergi adalah 3 tahun lepas walaupon dia dah survey kat google namun rupanya masih sesat...... hmmm.... ahak ahak! sesampai sahaja di lokasi penempatan apa yang kita patut buat dulu? tentu lah set up khemahhh. pembetulan, bukan kita tetapi mereka. sebagai seorang bekas ahli Puteri Islam dulu, aktiviti persatuan aku lebih kepada mengelim karipap dan aktiviti domestik yang lainnya. huahuahuaa.





so gigih menyiapkan 4 buah khemah untuk11 orang ecewahhh.

settle khemah bergerak pula ke gazebo untuk kemas-kemas apa yang patut and start arranging makanan letak molek-molek atas meja dan bentang tikar and everything. (sepatutnya ada gambar deco yang diorang sibuk pasang tapi gambar tu tiada pula. ahem). beberapa minit kemudian, Alan dan Mas pon sampai. comel lah jugak Alan siap bawak nasi goreng yang mak dia masak (potluck, remember?) sedap pulak tuuu rasanya yang paling kerap menambah tentu lah yours truly. hihihi. walaupun sebenarnya kejutan untuk Mas tetapi sebab perang dingin makanya Mas macam sangsi je nak tegur si Tasha ke tak. dan Tasha pon macam relax-relax jeee tanya surprise takkk ini semua untuk u makan lah. haaa gittew. so not tasha tetapi tak perlulah mereka menunjukkan kasih sayang yang berlebihan kerana ketika entri ini ditulis mereka tengah bercuti menyambut birthday Mas di Boracay. tak tipu. kalau tengok gambar lobster sempena birthday Mas, rasa macam nak kerat perut ni tadah mintak sikit.

sebenarnya fefeeling nak loving nature di akhir tahun ni bukan lah keputusan yang bijak kerana musim hujan kannnn. tetapi kitorang okay je, walaupun hujan takde lah rasa sedih kerana aktiviti tergendala ke apa ke sebab walaupon hujan kitorang masih bergumbira makan dan borak dan amik gambar.




kisah di sebalik Nas bermandi hujan ini adalah;

time tu kitorang tengah makan-makan lepas dah set up tent molek-molek sekalik hujan turun. makin lama makin lebat. atas tent tu kan macam ada tudung nak tutup tapi kitorang tak tutup before tu. so bila dah hujan kelam kabut lah nak pergi pasang penutup dia tu tak nak kasi hujan masuk. yang si Nas ala-ala mr cool man (nak saing nizam kewww tewww) sempat pergi kat kereta dia amik plastic raincoat yang dia bangga-banggakan tu, sempat jugak pakai dengan relax-relax tanpa rasa tergesa-gesa padahal aku memula dah berlari kencang cuba untuk selamatkan khemah dah pasang penutup dan berlari pecut semula ke gazebo, Nas masih terkial-kial nak pakai raincoat. hujan semakin lebat. angin juga begitu kuat meniup, sehinggakan satu antara 4 khemah itu tidak sempat diselamatkan. tengok lah tu si Nas buat perangai. dia nampak macam penjahat di dalam cerita kanak-kanak, bukan? bukan pedophile tetapi penjahat ala-ala dalam cerita home alone gittew. tak pon 3 ninjas.


dan selepas hujan tentu lah tak boleh mandi sungai kerana air deras dan keruh lalu kita terpaksalah selfie! terpaksa.....


dan petang tu budak lelaki start set up bonfire pulak tengah-tengah antara semua khemah. too bad tiada gambar kayu-kayu itu but i always loved the idea of bonfires, marshmallows (though it's never my favourite snack), guitar plays under the stars you knowww banyak tengok cerita budak sekolah omputihhhh. hakhak.

oleh kerana lelaki dah bertanggungjawab, tentu lah wanitanya busy mengambil gambar diri sendiri lagi. kakakaka. because i suck at collaging, maka terima lahhh dengan hati yang bernanah.. gambar yang tiada hentiiii dari kami!






rasa macam ohhh sungguh kampung-kampung, baju bunga-bunga omg sooo jaafar onn! bau rumput lepas hujan, i iz likeeee. dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan my ultimate company, these two sisters of mine. rasa macam dah cukup perfect. you knowww drama-less, very private-y feeling and all. just like whattt i really needed right now (i mean at that time!) hehe. i miss the other sisters though!

jangan ingat kevainan kami berakhir di sini, ada lagiii namun kali ini di pinggiran khemahhh! hehe.





OK FROM NOW ON PLEASE FOCUS KAT MUKA TASHA.

this gotta be my fav sebab u can't see tasha being this crazy elsewhere ok!
HAHAHA i just loveeeee themmm!

yes yes, all XL-sized. ;DDD

you know what i loved the most? the tent talk that followed right after. i've been a bad bad friend for keeping this far too long. but now i felt sooooo relieved you knowww like all the burden in the world is finally lifted up from my shoulder gittewwww. it was an intimate, girly girl kinda talk only three of us - guys tak masuk campur of courseee, masuk khemah kitorang pon tak occayyy you judgy little slyyy.

lepas borak panjang, tau-tau je dah gelap kat luar and others pon sampai. Alep, Hamdan dan Bob. comel gileeee alep bawak mee goreng mak dia masakkan :'))) dan bob bawak dunkin donuts! keluar je dari gua hirak tempat persembunyian tau-tau bonfire dah siap dan lelaki-lelaki dah bersedia untuk bbq. sangat banyak okayyy makanan sampai keesokkan harinya pon boleh sambung bakar lagiii. ada lamb, beef, chicken, sausage, nugget, burgerrrr dan capsicum serta bawang yang mungkin functionnya untuk cantikkan cocok-cocok semata-mata. haha.

sambil bbq sambil bob petik gitarrr. ira lah yang memula paling seksaited sebab lagu peberet dia True by Ryan Cabrerra (kan? tak pastiiiiii!) bob nyanyi. tak tau lah iols tak minat lagu tu. huahuahuaa. lepas tu tau-tau je memasing dah amik tempat semua duduk menghadap satu sama lain sambil hamdan menjadi pemegang setia buku chord bob. dah lah gelappp, gigih ni guna lilin dan lampu talipon. ;))) antara lagu yang bob main adalah; thank you for loving me, always - bon jovi (peberet semua orang tapi iols tak layan sangat apa ke lirik permulaan dia this romeo is bleedinggg, you bleed you play jauh-jauh sanaaa!), romancinta - mojo (eiii iols suka sangat lagu nihhh feeling betul lagi-lagi part jika kamu tak percayakanku belahkan lah dada dan kau intiplah di situuu auww sexaaayyy), hanya kau yang mampu - aizat (sumpahhh i never liked this song before lepas tu macam baru-baru ni je dengar lagu tu dan tersukaaa dan sebenarnya suka part hanya engkau yang mampu taklukkan hati kuuu tu jeee haha), mewangi - akim, matahari - hafiz dan lepas tu tetiba ada suara bertanya "KENAPA KITA LEPAK SINI, BUKAN KAT BONFIRE? APA GUNANYA KITA BUAT BONFIRE?" (sebab kita kan bijaksanaaa, sambil nyanyi sambil letakkan mulut betul-betul tepi pemanggang. senanggg)

so akhirnya semua orang beralih ke bonfire dan berdendang sayang lagiiii. this timeee lagi banyak lagu lagi feeling walaupon suara aku sungguh astaghfirullahalazim tetapi tetap percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnn! antara lagu-lagunya lagi adalah; Relaku Pujuk - Spider/Hamdan. hamdan tu pemalu tau tetapi suara dia sedappp serak-serak basah gituuu. macam langit dengan bumi lah kalau compare dengan suara aku yang ala-ala menghidap batuk kering nih. Dunia Batinku - Spider/Ella yang juga hamdan dan alep berpadu suara. (my personal favourite. favourite ira jugak!), diari seorang lelaki - pretty ugly (fav juga. amboiii semua peberet kiteee), Torn - Natalie Imbruglia ( i leb leb lebbbb kemain terus nyaring kita nyanyi nyaris nak hujan), Teenagers - MCR dan banyakkk lagi sampai tak ingat. vocalist alep, pemain gitar bob pemegang buku chord yang setia sehingga menggigil-gigil tangan tentu lah hamdan dan yang lain-lainnya menjadi pendengar setia dan penyanyi latar. sambil fefeeling tu jangan dilupa marshmallows yang dibakarrr. dan jika pandang ke langit sumpahhh memang banyak gilaaa bintang! soooo cantik!


haaa gambar ni nampak macam students gigih study di bawah lampu minyak tanah kerana rumah tiada api bukan? tak tak, itu bukan bonfire yang dimaksudkan.


haaaa ni baru betul bonfire, berlatarbelakangkan Ibnu Cleopatro dari Kuwait. kahkahkah. panggang sate ke tuuuu bang?

later dalam pukul 12 lebih nak ke 1 macam tu Edel and Acap pon sampai. makanya kitorang punya long overdue aktiviti pon bermulaaaaa. ada 2 game je malam tu yakni pictogram (tak tau lahhh nama game ni tapi game yang kita lukis orang teka tuuu?) dan charades (duhhh jangan lah tipu tak tau charades tu hape)

pictogram tu okay-okay lah sorang-sorang pergi duduk kat kerusi hujung sana dan pilih 1 kertas dan kemudian kena lukis dalam masa 30 saat ahli kumpulan kena teka apakah itu. i don't quite remember apakah yang dorang kena lukis tapi mine was PLATE. so easyyyy untuk seorang yang tangan kejang lukis orang pon tak reti nihhh. ada yang kena lukis desk ke apetah siap ada bedside lamp okayyy. Ira punya cheese, tasha punya adalah BASE. how do you even draw thattt. dan yang paling tak boleh dilupa adalah Hamdan apabila dia kena lukis Snowflake. snowflake tu senang jeeeee kan tapi sebab hamdan macam blur dia pergi lukis orang salji + cornflakes. -________-" terbaikkkk!

masuk pulak game charades yang ini lucuuu. sebab kan kena buat gaya out of apa yang dia tulis. mostly adalah idioms dan orang yang tak dikenali, ada jugak movies. aku punya ok lah senang, EAT MY WORDS dan MIGHTY JOE YOUNG. Edel dapat Bambi. dan yang bestnya part idioms susah-susah seperti LET BYGONES BE BYGONES oleh Alan Naif, something something CHINA oleh hamdan, COLUMBUS oleh acap. how do youuu use body language to express thattt i can't even.... time Alan Naif dapat let bygones be bygones tu dia macam dah gelak gila-gila dan cuba carik dinding untuk meratap hiba. akhirnya selepas percubaan yang mungkin entah ke berapa kali, Alan mengaku tewas. epic lah wehhh yang tu! yang something something china tu kelakar sebab hamdan cuba nak bagitau china dengan menunjuk ke arah sungai dan hutan. memang china kat belakang kitorang, dankacak (nama ig hamdan kalau tak silap). masuk bab orang pon sakit kepala jugakkk sebab tetiba Ben Franklin, John Travolta dan ada pelukis apaketah nama diaaa tu susah gila. itu lah tuuuu pergi amik kat google tak boleh ke yang versi kampung sikit contohnya bagai aur dengan tebing, pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat, menyeluk pekasam biar sampai ke lengan ke. ini sampai ke let bygones be bygones pergi dia. haha! kitorang main sampai pukul 4 pagi lepas tu semua pon masuk ke khemah memasing untuk zzzz. ada lelaki yang tido kat gazebo sebab 1 khemah masuk airrr.

tak tau lah dalam pukul berapa tapi memang sejuk gileeeee okay time tu sejuk yang tahap tak boleh blah gigil-gigil punya. tapi ngantok! lalu bukak mata sikit tengok tasha and ira macam nyenyak je macam eh eh tak sejuk keeee. nak bangun malasss, so tahankannn aje sambil kaki nyorokkan sikit bawah alas selimut tasha. hakhak. itu takpe itu takpe. dalam pukul berapa tah pulakkk tetiba rasa muka panasss yang matahari menyimbah muka tu. terang dan panassss dan akhirnya terpaksa bangun jugak. hmmm.

bangun.
tukar baju.
dan bersedia untuk terjun sungaiii!


sebelum terjun laju-laju masuk khemah amik fon sebab takde group picture lagiii!

dengan bantuan kuasa tangan monopod
YEAYYY!
gambar kat air terjun tak banyakkk sebab mana ada orang bawak fon pergi mandiii. tapi ada lah sikit sebab rupanya ada jugak orang yang bawak fon pergi mandi. ;/// hehe.

air deras okayyy bayangkan badan empangan macam aku pon boleh fefeeling nyaris hanyut bayangkan badan tak berapa nak empangan seperti tasha ira dan edel dan alan naifff?! yang tak boleh belahhh percubaan nak selamatkan iols oleh alan naif yang akhirnya aku pula selamatkan dia daripada dibawa air sungai. *inserts emoticon whatsapp pandang tepi* ada adegan panas seperti saling menshampoo rambut oleh aku dan ira tapi rasa suam-suam kuku sebab 2 orang jeeee hehehe. time tu tasha n edel dah naik. yang lemaknya lebih tentu lah lebih mampu bertahan ahem ehem (baca: myols),

you know there is a saying that goes;

whatever you give a woman, she will multiply. you give her groceries, she will give you meals. you give her sperm she will give you a baby bla bla bla.

and give us shampoo.... you will get..


inspirasi daripada rambut erra fazira ketika bertunang by Athirah Z.buat Bob.

just in case korang lupa macam mana rambut erra time tunang/nikah. hakhak.
auwww bob faziraaaa!
dan..
dah paling comel kewww tewww dua orang tewwww
inspirasi? tiada inspirasi cumanya diharap hairstyle begini akan menjadi hit untuk tahun 2015. huahuahuaa. hairstyle by Fasheeha A.

apeeeeeee tak nampak jelasssssssss?!

wakakakakaka!
dan gambar-gambar vain percubaan untuk menjadi model shampoo oleh kami..


credit: alep and tasha for the pictures.





sebenarnya nas dengan bob dedua pegang botol shampoo but what to dooo Bob je yang sentiasa ingat role diaaa, Nas was so busyyy trying to look sexxayyy he forgot everything as soon as he up! hehehehe. setan lahhh memang tidak dapat disangkal lagi berat naik 5kg yang arituh tu bukan salah penimbang. i iz zoooo gemuk seperti blue hyppo i iz zadddd.

ALL EYES ON NASSO'S BOOTYYYYY YAWWW!
THE FEMININE SIDE OF BOB WITH HAND GESTURE AND ALL. HAHA!
Sejurus selepas keluar dari air tentu lah lapar tentu lah pulang ke gazebo dengan perut yang vibrate minta diisi tetapi...

YUK GAMBAR DULUK DONG AHHH.




tahukah anda selepas semua deco dan seprais yang tasha buat untuk mas apa yang mas balas?


yups, petai sebab tasha adalah penggemar petai yang sejati mana ada orang makan grilled chicken dengan petai, tasha soranggg je buat perangaiii.


sekali lagi, bob dan sifat feminin tersembunyinya yang kini tidak lagi tersembunyi.
selesai makan dan bersiap, akhirnya bersantai mesra dengan ohana sekalian.





semua sepatutnya posing buat-buat tido tapi biasalah si sudan dan si kuwait buat-buat tak paham dan bergembira buka mata jangan ingat iols tak nampak disebalik shades wahai kuwaitttt! HAHA! muka mas macam muka adik-adik sangat. :O

aaaaaaaaa penatnya tulis panjang-panjang malas nak tulis dahhhhh!

all in all, i hadddddd fun! love the simplicity of it, love the company even more! weekend well-spent, indeed.

who says we need hundred dollars and glamorous kinda place to have fun?

a good company is all we need,

and i have found mine!

hope you guys find yours too! ;)))




you know you love me,
XOXO.
hehehehe.