Showing posts with label friends and foes. Show all posts
Showing posts with label friends and foes. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Protective


i hate to admit this, but i think i kinda have this uneasy not so good feeling of protectiveness when it comes to people i love and treasure.

there are 3 types (or more, i don't know) of it; clingy, jealous or just plain protective. (it's just my theory don't take it seriously LOL)

clingy is when you wanted a full attention from the people you love, you love being with them 24/7 doing everything and nothing, whenever you are apart, it is a must for you to always keep each other updated of what's happening and for the record you hate hate hate being apart and not seeing each other, you super love the PDA basically everything is revolving around you and your partner/friends.

jealous is when you wanted a full attention from the people you love AND you get a tad bit (or maybe very much so..) mad when the attention is not fully yours, you love being with them 24/7 doing everything and nothing AND just the two of you, no one else. you two don't necessarily update each other of your everyday life BUT it is going to be a world war 3 if you found out that the other one is texting other people. ahhh basically for this type, it involves the third person/external force whatever.

protective on the other hand my dear, is what i think i am feeling right about now.

izinkan saya berbahasa melayu pula sekarang. (and you know shit is about to happen when i write in malay LOL)

aku namakan ini penyakit hati. penyakit hati yang kalau boleh aku tak nak ada pun tapi i can't help it okay? i am human and as much as i hate to admit it, i care. i do. i give a flying fuck care about almost everything that involves people i love. eh aku nak cakap bahasa melayu lah!

adakah ianya sesuatu yang normal bila kau tak suka ada orang lain dalam group circle kau? contoh: group kau yang ini ada A, B, C dan D. pada suatu hari D bawak E sekali lepak dan kemudiannya secara tetiba next time dia ada lagi. dan kemudiannya the next next time pun dia ada jugak. bukan tiap-tiap kali, tapi macam kalau 10 kali lepak, 5 kali dia ada. is it normal untuk aku rasa ianya menyebalkan? PLEASE TELL ME IT'S NORMAL.

because i have that kinda feeling every now and then. macam kita sepatutnya lepak 3 orang tapi nanti jadi 4 orang sebab sorang lagi bawak kawan yang kita tak kenal pun. i gotta be straightforward about this, seriously I DON'T LIKE IT. dan bila aku annoyed selalunya aku akan tak banyak cakap dan terus main phone like 3/4 of the time. dan akan lebih annoyed lepas tu bila orang macam "get a life, put down your phone. kalau setakat lepak tapi main phone baik dok umah dendiam weh" what the fuck don't get me started okay. just don't get me started. sebab banyak benda yang aku diamkan untuk menjaga persahabatan, kalau aku cakap sumpah boleh bawak kepada kesentapan berhari-hari dan selalunya orang sentap akan dibalas dengan unfriendshipness (LOL!) oleh aku yang bakal membawa kepada bertahun-tahun (aku tak suka manusia sentap dan ini adalah kisah benar. nak sentap dengan aku boleh, tapi lepas tu makan tahun lah nak bercakap balik, you can try tapi kita semua tahu ianya takkan berhasil LEULZ)

aku boleh tolerate kalau kawan aku nak bawak kawan lain provided dia bagitau awal-awal like time mula-mula sekali plan everything. contoh: "weh jom lepak lagi 3 minggu ahad tau dalam lepas zohor macam tu. kita bertiga macam biasa. tapi aku bawak boyfriend aku lah, nak kenalkan kat korang" ini takpe. this is perfectly fine. jangan jadi macam ni, time plan kononnya bertiga tapi esok nak jumpa malam ni baru bagitau "esok aku bawak boyfriend aku eh, dia drive kan aku. sekali lah boleh kenal-kenal" ini, boleh buat aku bengang. depends lah pada mood aku time tu. mungkin excited nak jumpa bestfriend's boyfriend so tak kisah but ada masanya aku memang nak lepak 3 orang je so aku akan terus rasa macam hmmm boleh tak tak pergi esok. i am a lil bit biatch at heart and i'm not sorry. ;) dan lagi tak boleh blah adalah apabila dalam mindset aku memang akan lepak 3 orang je tetiba ada plus 1 yang tetiba ada eh tetiba iols rasa takde mood eh jangan lah tanya k?

kenapa you nak squeeze in untuk jumpa semua kawan you on the same day at the same time? ini bukan open house raya rumah you.

sama lah jugak jenis yang plan berminggu-minggu lepas tu on that day dia kata the whole morning dia untuk kita tapi kena balik cepat sebab dah ada janji dengan orang lain. bitch please, if i can block my calendar for you why can't you do the same?! sorry but that's not how friendship works.

i think i am protective in a way that "kawan aku, kawan aku. masa yang dia spend dengan aku adalah masa kitorang, you go find sometime dengan kawan aku tanpa aku. gitchewww." bukan tak boleh k, silakan nak beramah mesra dengan sesiapa pun takde siapa larang, tapi bukan masa yang sepatutnya kau spend dengan aku. paham eh. bukan jeles eh. bukan clingy jugak sebab iols takde masa nak clingy berlebihan dengan kawan sendiri. protective je. okay lah okay lah. protective and a lil bit selfish. huahuahuaa.

i can be a bitch and tell you all about this because;

1) i prioritize.

kalau aku dah ada janji dengan kau dulu, i won't make any other janji dengan kawan yang lain. i respect. walaupun dengan kau aku janji nak lepak minum je. dengan kawan lagi satu dia ajak buat something more fun, something i would loveee to join, tapi dia bagitau lambat. I PRIORITIZE.

2) i seldom make two plans in one day because i know i rarely make time for my friends so when i do, i do it all the way.

i know exclusiveness is a lot to ask, but at least i demand to be respected the way i respect you.

benda ni dah lama aku diam sebab sedar diri kengkadang aku pun ala-ala third wheel yang tetiba masuk group orang takde salam kaut ke hape. contoh: Ayu, Baby dan Sue. diorang ni 3 kawan baik sejak sekolah menengah. Ayu best friend aku tapi different circle, Baby kawan sekolah rendah aku dan Sue aku tak pernah kenal pun sebelum ni. tetiba aku masuk lepak makan semua sama. Ayu of course tak kisah sebab dia yang tengah-tengah. Baby aku tak tau tapi okay je lah kot sebab kitorang memang kenal sebelum ni. tapi Sue? kalau aku jadi Sue aku tak selesa dan tak suka. heck, kalau aku kat tempat Baby pun aku ada sikit rasa kurang selesa. sebab bagi aku Ayu tu best friend aku, circle aku. orang tak boleh kacau. ahak ahak. shit. sebab tu selama ni aku diam je. sebab sedar diri. kadang-kadang tanpa sedar aku pun kawan yang macam tu. ;'(

kau suka ke kalau each time keluar dengan aku, aku bawak kawan lain sekali? macam sekali lepak boleh kenal-kenal dan mungkin lepas tu group circle menjadi semakin besar? suka ke? aku tak suka. :'( aku suka small circle tapi ada banyak circleeee like so banyak bulat kecil bulat kecil tak nak bulat yang besar sebab aku selfish protective terhadap orang yang aku sayang leulz. lagi pun aku tak suka benda ada tertinggal belakang macam nanti yang ini mengata yang itu, yang itu mengata yang ini herghhh tak suka. aku boleh bengang dengan kawan aku, korang tak boleh sebab korang baru  jumpa sekali je korang belum berkawan lagi. paham eh.



Friday, July 4, 2014

1st Iftar for Ramadhan 2014


sebenarnya nak buat collage campak banyak-banyak gambar dalam satu post dan upload kat insta namun rupa-rupanya semua gambar ada ceritanya yang tersendiri dan apabila cuba digabungkan dia jadi takde cerita atau senang kata tak tau nak pilih gambar yang mana satu kerana hanya dalam tempoh masa lebih kurang setengah jam, 203 gambar berjaya di snap (dan satu pon tiada gambar makanan, SAY WHATTT?!)

makanya terpaksa laju-laju upload kat sini aje. ahak ahak!

oh btw, oleh kerana semua adalah menteri-menteri belaka kena rsvp awal sebab masing-masing ada aje plan untuk iftar, pantas athirah telah mengecop sedari awal bulan 5 -_______-' nak ajak bukak puasa sama (kalau Alan PBear tidak boleh ikut serta untuk setiap lepak-lepak, apa kata kita sertakan dia sekali secara tidak langsung untuk buka puasa kali ni. Alan sebenarnya manager kat holiday villa helloooo kita kawan manager-manager aje occayyy? hence, the venue for berbuka puasa hehehe )

makanan kat holiday villa serius ok-ok belaka. sup huru-hara (staff situ kasi nama ok bukan aku memandai-mandai) dia sedap, ice-cream dia walaupun cair tapi bila campur ngan abc tetiba abc jadi sedap, nasi tomato dia ok, ayam masak lemak dia sedap, stew daging mangga dia best (walaupon keras sikit dan liat tapi takpe masing-masing ada gigi bukan?), pudding mangga dia ok, bread butter pudding dia surprisingly sedap gilaaa (sebenarnya aku tak makan puding roti helloooo puding puding lah roti roti lah kenapa nak kena campor tak pahammm! first time rasa erh marh gerd sedappp semalam makan sikit je sebab dah full tapi arinie rasa macam nak senyap-senyap whatsapp alan suruh tapaukan sikit takpeeeee aku sanggup turun pj semata-mata nak amik puding roti shhhh jangan bagitau yang lain), asam pedas pari dia sedap kata tasha i dunno tak sempat nak makan, kuah rojak dia sedap, kambing kari dia (euwww tak makan kari) tapi ok lembut selepas di lap-lap kan kari itu, otometik kambing dia jadi sedap. ada cendol yang rasa dia biasa-biasa aje tapi terus jadi best sebab boleh tambah 16 kali tiada siapa yang melarang, ada abc yang lagi sedap bila kita improvise letak aiskrim secukup rasa.

baiklah cerita panjang-panjang pasal makanan pon tak guna memandangkan gambar sebagai bukti takde. kahkahkah. ampunkan dinda, dinda lapar sangat kalau amik gambar dulu sebelum makan takut makanan dihinggap bakteria kerana dibiarkan terlalu lama di hadapan muka.

seusai makan (vahhh ayat dewan bahasa dan pustaka my vocabulary is greatttt), duduk-duduk sembang-sembang lalu bermula lah upacara rasmi kumpulan feminin dan kru bergabung ini, iaitu camwhoring. -_____-"

anda sudah bersediaaaaaaaaaaaa?



diambil oleh tasha (jangan disangka tangan yang pendek tidak terlalu panjang tidak mampu mengambil gambar penuh 10 orang kesemuanya. who needs monopod anyway we have tashaaaa!)

oopsss! tentulah bukan cuma satu gambar. *gambar tangan telunjuk kat whatsapp*


kemudiannya, oleh boyfriend tasha (sorry, he's taken!) Mas Ashriq Shazwan, my favourite menantu so far yang sejurus selepas mengsnap gambar mengalami kekejangan sendi ketiak hmmm.


dan selepas itu, oleh nizam.


oops tadi anan tido bukan? makanya retake!

ok group picture selesai. tinggal lah cuma si tegar yang tidak pernah kenal erti jemu mengambil gambar, dipersembahkan.... (ke mempersembahkan?)

THE FURIOUS FIVE!
nak jugekkk ada nama timangan kumpulan tewwww.


jika anda rasa gambar anan yang di atas menjijikkan, bagaimana pula dengan yang di bawah?


najis, bukan?

eiii sudahhh! jangan lah buli anan!


buli sikit, takpe.


percubaan untuk memuatkan pipi di celah-celah timbunan orang ramai. K.


terkawal.





ototototototoooo gambar yang last tuuu. malas nak layan. dah paling penuh kasih sayang lettew?

bagaimana pula dengan yang ini?


ini antara dua; sama ada anan disayangi ataupun dibuli. MALAS NAK LAYAN. eh kenapa tetiba the furious five jadi the supernovaliciousness six?



dan tiba-tiba pertukaran posisi pon berlaku.




sudah jelak? sudah mula rasa nak meludah?

jangan dulu. simpan air liur anda.

anda lagi gambar-gambarnya.

kahkahkah.


wow. itu anak rambut kewww atau pun bunga-bunga cinta layu di pusara tewwww *nangis*

as normal as we can;


apa lah ertinya camwhoring tanpa the signature duckface;


dan a little improvise of our usual duckface, the reverse inverted duckface;


"okay semua buat muka burukkkkk!" ujar (mampuuu ujar?!) salah seorang dari kami yang tidak diingati siapakah itu gerangannya.


tak cukup buruk?

okay..


OKAYYY.

okay bye! tetapi sebelum tu..

ada lagi chu olzzzz!


dan lagi..


oh lagi......


hmmm ok last.

serius last!


si muka pinggan berambut debunga cinta dan anak-anaknya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan bagi tahun 2014! KAN DAH CAKAP TAK NAK JADI TUKANG AMIK GAMBAR NANTI MUKA YANG BUJUR SIRIH TETIBA JADI DULANG NASI ARAB HERGH.

jangan ingat ini iftar yang pertama dan terakhir dengan mereka kerana sebelum balik tetiba ada yang memberi cadangan;

"jom kita buat sahur bersama pulak macam last year nak takkkk?"

dan tetiba ada orang keluarkan planner dia dan pen siap tanya "okay berapa hari bulan i nak block date now" bahahaha. serius!

while everybody else out there is busy planning their iftar with family and friends, these people wanna meet up for sahur instead. they are cool liddat yaw!

we'll see how lah kannnn.

Saturday, May 3, 2014

Once, My Favourite


aku ni bukan jenis kaki layan band punya orang tau. dulu time aku sekolah, gadis-gadis yang layan band ni boleh lah dianggap gadis-gadis cool stok buat girlfriend. malahan, lelaki yang main guitar dianggap seperti dewa kayangan digilai ramai anak gadis. (time tu aku rasa lelaki main drum lagi sexy hehehe) aku pula, lebih suka pada lagu daripada band. macam kalau lagu tu best, aku suka lah tak kisah lah kalau band tu tak cool pon.

the other day aku pegi karok ngan budak-budak ni, dan salah satu lagu yang dorang pilih buat aku macam erh marh gerddddd sungguh menggamit memori ini adalah kegilaan zaman dahulu kala. hekhek. aku syak taste manusia bersilih ganti seiring dengan usia. kalau sekarang, semua orang tahu aku suka lelaki jenis muka macam mana bulu banyak mana tinggi bagaimana tetapi dahulu kala taste aku adalah pada 3 orang lelaki ini;

1) Radhi OAG (ini gila babs punya suka!)
2) Noh Hujan
3) Giring Nidji

dan apakah persamaan ketiga-tiga mereka?

rambut dorang best dan panjang. huahuahuaa. (rambut Giring cantik okayyy, jangan kutuk!)

aku suka lelaki rambut yang tak panjang sangat dan tak pendek sangat. (sampai sekarang pun suka hihi) dan diorang ni semua rambut cantik tehrukkk. mungkin kerana rambut aku adalah sungguh hazabnirrojim makanya salah satu ciri-ciri lelaki idaman zaman dahulu kala adalah lelaki berambut cantik. shhh, rahsia kita-kita aje.

selain itu, persamaan diorang adalah lincah. aku pon tak tau kenapa tetapi kalau dedulu asal lelaki tu jenis tak duduk diam atas pentas, otometik aku suka. Radhi terutamanya. you have no ideaaaa! aku punya suka tu tahap satu kelas tau siap kalau Radhi keluar tv berpusu-pusu mesej masuk bagitau "fasha, bukak tv3 skang" "radhi kat wanita hari ini" "hoi boipren kau masuk melodi" itu belum lagi aku buli budak down syndrome (tak tau lah down syndrome atau jenis yang macam lambat pick up ke apa), suruh dia cakap "Fasheeha love Radhi OAG" banyak-banyak kali. serius! budak tu chinese tau, nama dia Chong Wai Kitt tukar dari kelas peralihan masuk kelas biasa. memula dia masuk kelas last kot, tetapi kena buli yang tahap lebam-lebam badan kena pukul so cikgu pindahkan masuk kelas palingggg atas sekali yakni kelas aku tetapi rupanya lagi teruk kena buli secara psikologi. aku suka paksa dia cakap benda-benda bongok seperti "Fasheeha cantik" atau "Hadzrin hitam" atau "Hilmi boroi" dan yang paling popular "Fasheeha love Radhi OAG" kakakaka. dia cakap macam pelat so bila part Radhi OAG tu otometik memang bunyi dia comel. Chong Wai Kitt ni suka korek hidung tau lepas tu suka calit kat meja. oleh sebab dia pengotor kadang-kadang aku akan paksa dia calit taik hidung kat baju sendiri. dan pernah sampai satu tahap aku paksa dia cakap "Fasheeha love Radhi OAG" tapi time tu dia takde mood tapi aku paksa jugak siap ugut nak cubit dia terus lagi keluar kelas sambil tangan goyang-goyang kat kepala dan jerit "saya tak nak cakapppp aaaaaaaaa"

dan walaupon aku suka buli dia, rupanya dia suka kat aku. bukan suka yang cinta betul-betul tu. tak tau lah apa yang dia suka, mungkin dia suka sebab aku selalu layan dia berborak makanya pada suatu hari dia bagitau cikgu sains kitorang "saya cintakan Fasheeha" kuangkuangkuang. bagi aku benda tu main-main aje sebab budak-budak laki dalam class aku pun suka paksa dia cakap "saya cintakan Fasheeha", tetapi cikgu aku amik berat sebab Chong Wai Kitt kan tak berapa betul, so cikgu panggil aku dan siap pesan jangan layan Chong Wai Kitt lagi dan elakkan berdua-duaan dalam kelas time takde orang. huahuahuaa.

okay sebenarnya tengah cerita pasal Radhi OAG kan?

oh ya, aku punya tahap suka tu aku bukan main emosi lagi time Radhi kahwin. mohtippppp! siap sedih bila lagu Permysuri Radhi dedicate untuk bini dia kakaka tetapi ini kisah benar. dan aku punya suka tu, aku siap dah hafal time bila lagu Beautifool keluar kat Hitz.tv channel 16. bukan itu sahaja, malahan kalau aku tengah tidur dan tetiba keluar lagu Radhi kat radio, aku boleh mejik bangun. (and you know Fasheeha is a one heavy sleeper!) dan.. lagu Konspirasi Bising Internasional buatkan aku teringat kenangan pagi-pagi naik bus sekolah time form 4. ;)

ok Noh ni aku suka dedulu ajeeee time dia rambut panjang dan dia baru-baru nak popular. time kat sarawak siap pergi gig dia bahahaha padahal aku langsung bukan minah gig! ticket gig tu pun aku still simpan lagiii okay. dan dulu time kerja part time kat petrosains aku tengah gilakan lagu Dugaannya dan hari-hari aku nasyidkan di telinga semua orang "bapanya mahukannya jadi seorang askar bukan cita-citanya bukan impiannya" siap dengan gaya penuh mintak penerajang.

dan Giring pula. dia ni aku suka suara dia dan lagu-lagu Nidji kan cool? macam bila dengar rasa terimbau memori zaman muda-mudi ecewah. dan perasan tak dia pun jenis aktiffff on stage? aaaaaa sukaaaa! hari tu budak-budak ni karok lagu Nidji, itu yang tetiba hormon belasan tahun kembali semula tu. ahak ahak. dah lah dorang nyanyi best! hehe.

haih i swear i am soooooo over zaman lelaki-lelaki rambut panjang kuat meloncat dan peloh-peloh sexy nih! but they were my definition of cool guys lah back then. hehehehe.

oh ada lagi jenis-jenis lelaki idaman selain rambut panjang, hiperaktif dan suara sedap aku juga suka;

1) lelaki pakai jam tangan kanan
2) kidal
3) pandai melukis

huahuahuaa!

dan cuba teka siapa yang ada ketiga-tiga ciri lelaki idaman seorang Fasheeha ketika sekolah menengah?




MY ONE AND ONLY APONDS! HAHAHAHAHA!

okay minus yang no 1. anep pakai jam tangan kiri phew legaaaa! tetapi dia memang suka melukis ianya sungguh menyakitkan hati okay. dulu dalam class tetiba lukis muka aku lah, lukis muka Ira lah ada je benda dia nak lukis. kadang-kadang takde benda nak lukis dia tulis pantun pulak. atau mereka-mereka peribahasa baru dan peribahasa yang paling tak boleh dilupai adalah;

"eiii fasheeha ang duduk diam-diam lahhh ang ni seperti tikus mendapat keju!"

sebab aku teruja menang buah limau time Q&A session subjek apatah dulu.

-________-"





Saturday, March 29, 2014

Roller Coaster March


this month has been a hell of roller coaster for me.

busy with capital B and U and S and Y, i kid you not!

almost everyday ada je plan after work and my weekends are well - everyone's weekend. i'm a very home person (if there is such a term hehehe) i like staying at home doing absolutely nothing just chill with myself. of course, i'm the most self-conceited slash obsessed slah fish (selfish btw, you DO get it kan?) person in the world i've ever known.

wish i could blog more, there are so many things i wanted to share but had no time to, no laptop oso. you prolly wouldn't believe me sebab i played this busy-no-time card way too often tetapi i have a proof okayyy and here it is;



7 unpublished entries. i don't totally neglect you, blog. i may be busy but i love pouring my heart out here. amboi, poyo.

so ijinin kak bedah laju-laju update bulan march punya aktiviti which if i had more time later, i'll blog about it in details. don't put your hope too high, kak bedah is busyyy dan by the time kak bedah sudah tidak sibuk lagi, cerita pun sudah basi. hmm. hehe.

1) my two sisters who decide to pop out in March, how convenient *rollseyes*

Xeera and Ira. celebrated both birthdays. Ira's with all the clans and Xeera's with only me and her.



a very quick one. distance what? pftttt johor and kl were just next to each other kan? it's funny how during our uni years i hated wearing anything black and white while she's the one with 239 black cardigans and now it's the opposite. she was wearing something bright (who the hell was she?!! i screamed to myself at that time), it's orange blouse omg that's not xeera that's just not her! and me, wearing something dull *coughs* lawyer-like *coughs* kind of kurung. seriously, what happened to both of us? missing each other so much that we literally switched souls ke macam mana ni?! btw, her birthday was on 13 March, it's not too late to wish her GO NOW. i need to write something about her. this one definitely needs a longggg post with a lot of pictures in it! later, insyaallah.



Ira's birthday was another whole lot different story that deserves one long post which i don't have time yet to write kakakaka. there was a surprise party for her it's sweet it's meaningful yada yada too bad i can't find the pictures in my phone (must have forgotten to save it from whatsapp group MY BAD!) so up above was the intimate dinner she had with her 8 years 8 months boyfriend, Alan on her birthday. they had lobsters whatever so pissed off why was i not even there pfttt whatever really whatever. oh dan rupanya ada sesuatu yang come. did you know time celebrate birthday ira tu tetiba ali datang dan cakap "kau tak tulis pon pasal birthday aku kat blog kau. hari-hari aku check tapi takde. birthday anan pon takde!" olololo comel walaupun part HARI-HARI AKU CHECK tu sounds a lil bit exaggerated tetapi i'd love to think he checks my blog daily. kuang kuang kuanggg bye.

2) weddings.

Anis Amira the primary school classmate.


hmmmm the problem with standing next to a beaut, you look so ugly duckling. haha.

Ieda and EG - both are my friends from different circles.



i have a picture of me standing in between the bride and groom just to piss them off tetapi they are good people they think it's completely okay omg whyyy?! tak jadi nak letak sebab tak memarahkan pon hmm. EG ni kawan time sekolah menengah. used to tease him a lot back in form 1 tapi dia memang jenis cool, sengih-sengih aje tetapi telinga merah. telinga merah tu tanda malu lettewwww. ieda pulak kawan time kat uitm sarawak - laptop mu laptop ku jua, bilik mu bilik ku jua. i installed games in her laptop pizza frenzy cake mania semuaaa tu and i got bored shortly after makanya ieda ni lah yang main sampai menang pftt. dan time tu kegilaan aku adalah lagu-lagu indon melly goeslow semua tuh makanya aku transfer semua lagu tu dalam laptop dia dan dia pon kebetulan suka juga makanya jadi lah laptop bersama tau tak time dia kahwin dia bukak lagu-lagu tu? they make a good sweet nice couple, so glad they end up together!

3) occasional casual dine outs

fiqsgastronomy with le close cousin, tya.



with my hommies, pishang-pishang sekalian.


 with the girlfriends, Vio and D.


look who decided to pay me a visit at work on friday (oh yesterday)


another outing with the same Mademoiselle.


oops busy fasheeha with the sloppiest ever eyebrows! haha.

Lola came for a visit all the way from setia city mall - no pictures of us pfttt vhatttt izzz dizzz nonzenzeee. of course when guest came to your place you gotta treat her something she likes. caramel macchiato. okay.




dinnerina with ballerinas.


the blue flowers decided to make an appearance to every picture of us. sigh that attention whore haih.


4) quick catchups


ha ha ha RUNNING EVENT. she must had knocked her head or something. nice try! BUT NO.



the brave bitch that dares to not text me first who does she think she is why do i have to text her first omg why is she trying to be invisible this bitch so pfttt.






aaaaa so a lot moreeee malas nak carik dalam phone!

5) sad news everywhere

apart of MH370 and the death sentence of ikhwanul muslimin, i have quite a rough month also.


Mr. Daddy was admitted due to early symptoms of stroke and a sky high blood pressure. nothing to worry here, Daddy is a lot better now. well, not actually but as long as he's not hospitalized and he's taking his medicine religiously, i'm more than happy already! was so glad i'm surrounded by concerned people who called and texted me but i was too busy to even properly reply. sorry! talked to xeera about this auwww man does she knowww how to comfort me! :') but i cried a lot that particular weekend it has been quite some time i didn't cry that much couldn't even remember if i ever cried that much before haha all is well now, i'm back at being the chirpy me.


my uncle was also admitted and warded due to breathing problem something that has to do with oxygen in but carbon dioxide can't out i dunno. my uncle was big before but stroke eats him up he's now half of his size (or maybe even quarter). so sadddd because i am close to him okayyy i spent most of my teenage years with my acu and paksu! babysit their twin sons, followed them everywhere (bowling, karaoke, snooker centre yes they're cool people), slept at their house.

6) the goodbyes


cherryn resigned last monday. one of the closest ones to me in the office. check out the huge bum of mine! god, those extra fleshes or fats whatever need to just poof and gone!



introducing you my ex boss (haha EX okayyy), the ever so fierce Noni! doesn't look so fierce here but wait until you hear she screams calling your name! cold feet. shivers. heart pumping so fast. face turning blue. the boss that once made me lose my sleep at night. haha. but also the same person who offered me to work in Jakarta.

aaaaaaa wish i can update more but i'm in the middle of something.

hope your month is much more fulfilling than mine!

till then.

:)