Monday, June 6, 2016
Abiky
abiky adalah sepupu aku yang kita grew up together with, duduk rumah tokpah, buat banyak benda kelakar bongok dan bijak bersama-sama - sekali dengan kain, tya, pekyan dan ramai lagi sepupu tapi yang aku mention ni kira yang paling rapat lah.
semua orang dalam family panggil dia ikie tapi sebab dia selalu bahasakan diri abang ikie abang ikie, makanya wujudlah nama abiky itu, sama jugak macam kain, nama sebenar ain tapi sebab panggil kak ain kak ain, dia jadi kain. kalau pronounce tu jangan lupa ada sabdu sebelum i. jangan sebut seperti kain jemuran. macam tya, dia kitorang panggil t-rex. dan yan, kita panggil pekyan sebab pek tu asalnya perempuan kan ada tuttt tak tau kenapa dia sorang yang melekat jadi pekyan, kitorang takde pun. kahkahkah. mungkin kerana nama dia je sedap letak pek kat depan kottt. semua salah abikyyy!
abiky ni kalau among kitorang kiranya dia mastermind lah. dari kecik-kecik duluuuu sampai lah sekarang pun. nak pergi makan ke apa ke, mesti dia yang plan. sebab nak arap aku, aku memang jenis tak minat benda gini. iols follower je okay. korang beruban lah pikir, kalau kena dengan jadual i, i follow. gittew. sebab dia pun yang paling tua antara kitorang. hehe.
dia ada 1 kepantangan dalam hidup yang kalau bagi aku, terlalu kelakarrr! okay 2 kepantangan. nak share dedua ke nak share 1 je. hmmm. okay lah aku share dedua. 1) cicak (yang ini sekapal lah sebab iols pun benci cicakkk lebih benci dari lipas!!!) 2) air (hujan, peluh, tak kisah lah asalkan air yang boleh merosakkan rambut dia ahahaha)
untuk kepantangan nombor 1 yakni cicak. aku ada satu contoh. cite dia panjang sikit. ni baru terjadi last year bulan 11 macam tu time kitorang attend kenduri kahwin pekyan kat kelantan. time tu family mentua pekyan sediakan homestay untuk sesiapa from kl yang datang. kebetulan pulak most yang datang tu da pergi book hotel so yang tak book cuma lah aku dan abiky. makanya kitorang lah yang duduk homestay tu. homestay tu dekatttt gila dengan kubur tau! (orang tak kuat iman macam iols tentu lah pentakut sikittt..) dan homestay tu besarrr rumah teres 2 tingkat, 4 bilik 3 bilik air yang memang besar lahhhh senang cerita untuk kitorang dua orang. dah lah dapur dia besar gilaaaa pastu siap ada separate bilik makan pastu ruang tamu tak besar sangat tapi bilik kat atas ada 4! paham takkk takot? dan perangai kitorang sama lah kalau takut kena jenis selidik setiap satu ruang just nak pastikan takde apa-apa.
kitorang sampai siang tu kat homestay sekor-sekor kelam kabut nak pilih bilik mana 1. oleh kerana bilik ada banyak, banyak juga faktor yang harus dititikberatkan. abiky nak bilik yang siap ada bilik air kat dalam, senang nak feeling berak katanya. aku pula prefer bilik yang kecik dan takde banyak katil. bilik air kat luar takpe! yang penting katil ada 1 je! so pilih punya pilih aku dapat bilik kecik 1 katil yang diidamkan. abiky nak ada 1 bilik tu tapi tetiba kensel sebab kitorang nampak kat bilik tu ada 1 tingkap kecik berlubang takde langsir and tingkap ahahaha. so lepas dah pilih tu kitorang lepak lah kat living room borak-borak. sekali abiky cakap "chea, rumah ni okay kan. kira macam okay sangat lahhh dah lah setiap bilik ada aircond itu yang paling penting tuuuu!" aku pun setuju lahhh sebab memang homestay ni okay sangattt. pastuh abiky sambung "yang penting sekaliiii rumah ni bersih, abiky dah check dahhh okay takde cicak! abiky memang firsttt sekali kalau pergi memana pun memang kena check kalau takde cicak, maksudnya lepas lahhh!"
guys guys, nak dijadikan cerita, malam lepas kenduri dan lepak-lepak semua sampai homestay around 11 malam. aku biasalah, pantang letak kepala terus zasssss nak lelap. sekalikkk abiky masuk bilik cubaan mengganggu tidurku dengan memaksa aku bangun tidur. dia kata dia nak mandi tapi awasss lepas mandi dia nak lepak borak-borak so aku tak boleh tidur! lepas dia bising-bising gitu dia keluarrrr je bilik aku terus lelaju kunci pintu. i tak nak diganggu guysss! haha. tak sampai 5 minit abiky keluar bilik air menjerit sambil cuba buka pintu bilik aku..
"chea cheaaaa bukak pintu!"
"chea kau kunci pintuuuuu! bukak lah cepattt!"
aku pun bukaaa dalam keadaan separuh annoyed.
"cheaaaaaaaaaa ada cicak jatuh kat atas kaki abikyyy! besar lembik panasss! sampai sekarang terasa-rasa lagi kat kaki abiky niiii"
"chea kau tengok jap ada shieldtox ke apa tak abiky nak bunuh dia!"
"chea cepat lah cari sama-sama shieldtoxxxx!"
dan selepas jumpa, dari luar bilik air dia sembur nya cicak tu sampai habissss setengah botol. siap dia cakap,
"takpeee, abiky nampak dalam drawer tu ada lagi sebotol ridsect! puas hati aku!"
me: mana cicak nya tak nampak pun?
abiky: tak tau lah dia dah lari ke mana tapi abiky dah spray 1 bilik air, dia dah pening tu kejap lagi mati lah. tak jadi terus nak berak. cheaaa kau teman abiky turun bawah, abiky nak mandi jappp.
-__________-"
itu kes cicak. nampak tak paranoidnya tu? dia memang tak suka cicak tapi pepaham jela cicak ni dia macam tahu tau kalau kita tak suka dia. mesti alih-alih ganggu hidup kita juga,
kes kedua, pasal rambut.
abiky ni jenis kalau nak keluar rumah perkara wajib dia buat adalah set rambut. at leasttt kena blow dan iron baru dia senang hati nak keluar. tapi biasalah kan, rambut berset ni kepantangan utama dia adalah peluh dan hujan, terus nanti rambut flat. ohhh itu tak boleh buat seorang Ahmad Fikri!
case in point:
sabtu lepas diorang ni treat aku birthday dinner memandangkan birthday aku jatuh pada bulan puasa, makanya dorang sambut awal lah sikit. sampai kat BLVD baru lepas hujan so abiky memang dok dalam kereta je tak nak keluar takut kena hujan. haha. pada mulanya BLVD full house so memang takde table dah. kitorang pun macam haa takpe lah Brollys pon boleh tapi brollys kat menara felda so kena lintas park sikit lah dari menara naza. uuuu tak boleh eh. abiky tak suka lalu bawah langit yang baru lepas menangis occay.
kitorang dah jalan ke depan sekalik dia berhenti bawah menara naza tu sibuk tanya hujan tak hujan takkkk. tya cakap lah tak hujannn. dia tak percaya sebab tya pakai tudung so takleh rasa. aku pun cakap lahhh memang tak hujannn tengok ni tengok ni relaxxx je kitorang jalan. sekalik dia cakap:
"kau sure ke tak hujan chea?! abiky boleh dengar bunyi tik tik tik air hujan menitik!"
HAHA.
guys, itu bunyi bekas air hujan dari bumbung menitik je ponnnnnnnnn.
paham takkk?!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment