Friday, May 13, 2016
Mengimbau Kenangan
sabtu lepas, seperti yang tertera di tajuk, aku telah mengimbau kenangan dengan si Geb.
1st, aku tengok sekali lagi AADC2. and by now aku syak semua orang pun dah tengok kan cite tu so aku boleh openly share my thoughts on that movie? ke tak boleh? tak boleh pon aku still akan share. huahuahuaa. i liked AADC, itu cerita pertama indonesia yang aku layan. aku suka Rangga sebab dia cold tapi puitis. aku suka genk cinta. aku suka semuaaa lagu-lagu dalam cerita tu. so for AADC2, aku punya expectation opkos tersangat lah tinggi. does the movie meet my expectation? well, not very much. but did i enjoy watching it? YES. Rangga dah tak hensem tetapi dia still macam dulu, jenis tak banyak cakap sangat, jenis bersahaja and i loveeeeeeeee him because of those things. Cinta tentulah makin cantik dan aku suka part bila dia nak jumpa Rangga dan dia contemplated on which lipstick nak dipakai. just like the old times tapi time tu baju. i guess every woman in love can relate to that and that is why aku suka part tu. macam aku nak tunjuk aku casual je dengan kau, takde apa nak di impress lagi benda dah lama but still aku kena nampak cantik tapi tak terlalu over nampak macam aku beria-ia eh tapi tak boleh lah selekeh sangat dah lama tak jumpa i need to look good. gittew. but somehow aku rasa the connection isn't there anymore. macam chemistry Rangga & Cinta dah berkurangan. mungkin sebab masing-masing dah tua dan ada life memasing. i don't know how to explain tapi rasa lain lahhh. BUT I STILL LIKE THEM. paham tak nihhh?
okay mungkin cukup ulasan sampai di situ. takut nampak saiko pulak kang. ahahahaha.
lepas wayang laju-laju gerak pergi shah alam sebab sebelumnya aku ada bagitau Geb aku teringin nak makan ayam penyet padang jawa. sajaaaa. sebab entah lah dah lama tak pergi shah alam. so ke shah alam lah kita dengan kegigihan abadi. nak dijadikan cerita, on the way tu time kat traffic light tetiba ada motor tu lalu sebelah aku berhenti dan macam marah-marah. i was like ehhh apa dosa aku tetiba okayyy! siap dah ke depan, berhenti, pandang aku yang tengah bawak kereta, angkat-angkat tangan dan marah. aku ni kan slow sikit reflexnya, so macam terkerut-kerut kat situ kenapa dia naik angin dengan aku. haih.
ayam penyet dia biasa je guys tapi sebab namanya nak mengimbau kenangan harus lah pergi juga! aku paling suka tempe kering dia. nampak kan ada 2 kat situ? nak balik tu tapau lagi 2. kau rasaaaa?!!! sedappppp lah haihhh. sambil makan sambil nangis kegembiraan. kalau pedas mesti perfect! hakhak. pastuh diulami dengan air extra joss anggur. ya tuhannn! nasi boleh amik sendiri makanya segunung intan permata lah nasi iols. makan sampai puasss kerana tak tau bila nak sampai shah alam lagi. hehe.
seterusnya kitorang cadang nak pergi layan cendol durian kat seksyen 24. nampak cantik nau dalam gambar durian seketul-seketul kuning molek kalah songket sultan! sampai sana dalam pukul 4 lebih nak pukul 5. sekalik selambekkk abang tu kerek cakap "kita bukak pukul 6 ke atas dik. cendol kita malam je ada.." gittewww. kesahhh? iols pergi cari cendol lain occayyy! lalu patah balik ke seksyen 2 dan cakap kat Geb, teringin nak masuk uitm tengok-tengok fakulti lama walaupun semua orang dah pindah seremban 3 skang. sekalik papppp Geb kata jom! wow kemain skang Geb dah baik dengan kitaaa! (akan aku ceritakan kebaikannya yang lain sebentar lagi! teruskan membaca! tiberwww)
guys guys shah alam dah tak best lah sekarang uitm pun dah tak best kerana yang ada cuma lah anak-anak ikan. macam tak bersemangat okay. bulu muka pun jarang-jarang hidup segan mati tak mahu so kurang terangsang i rasa. ada yang badan tough sikit tetapi tengok muka pun tahu baru habis upsr lalu akak tua ini kehampaan. btw, nak cerita pasal nak masuk uitm. aku macam biasalah even dari dulu pun kalau nak ngadap guard ni memang lomah jiwo rago den nak pikir apakah alasan untuk masuk uitm tanpa sebab nih. macam dulu jugak lah nama je suka buat salah tapi sebenarnya pencuak orangnya. aku suka bawak kereta secara illegal kerana aku kan resident, resident tak leh bawak kereta guys! degil dan suka langgar peraturan, tetapi masih terkawal dan takut pak guard. leulz. sebab tu dulu aku suka park kereta rata-rata supaya kereta aku tak kena mark. itu yang tetiba dedulu Lupy akan text aku "woi kau park kete kat gigi (fakulti pergigian..) ke?" dan esoknya "ehhh kenapa kereta kau kat pusat kesihatan?" dan keesokan harinya lagi "hari ni kat mana pulak kau park kete kau?" HAA SAMPAI MACAM TU GUYS. dapat lah disimpulkan disini bahawasanya Lupy memang suka le tour de uitm shah alam time study dulu. ahak ahak.
okay berbalik kepada cerita kita tadi, terkumat kamit mulut aku berpikir macam mana nak cakap ngan pak guard jap lagi kenapa aku nak masuk. haaa berpikir menggunakan mulut, kau hadooo? sekalik Geb perasan dan dia kata "apa yang kau takut, aku ada sticker lahhhh" ya allahhhh chu olzzzz lupa kawan kita masih student, si pakar tahi! sumpah tak tipu. dia memang amik parasitology punya course binatang apetah yang penting dia kaji tahi orang. (LEPAS TU DIA BULI KITA SURUH CHECKKAN PRESENTATION NOTES DAN THESIS DIA!) okay tak buli lahhh. opkos berbayar. kahkahkah. #friendshipgoals
sambung cerita balik.
setelah dapat tahu Geb ada sticker amboi terus bongkak lalu depan pak guard sambil kuak dada, angkat tangan sikit namun muka maintain bongkak. aaaaaaaa seronok lah ada kawan yang masih student! macam hari tu pergi karaoke student price chu olzzz walaupon iols tak bawak student card, hihuuuuu. so kat dalam uitm bawak lah Geb pusing lalu depan fakulti aku yang dulu ceria kini pudar dan suram. kan lepas fac aku, akan melalu fac engineering? Geb kagum dan cakap "wow fac kau dulu sebelah fac engineering pun kau masih kekal single hingga kini?!!!!!" sambil gelak seperti dirasuk jin. babi. dia tak tau ke aku ni pelajar harapan uitm memang jenis 24 jam membanting tulang menimba ilmu? i don't have time for cinta guysss zaman belajar! gittew. padahal selalu pergi library engineering cuci mata. tapi silap besar guys. di sini sedikit tip buat student yang ingin mencari jodoh di library bebudak engine, nasihat aku: JANGAN. kerana budak engine yang betul-betul bijaksana tak study kat library guys! tidak juga study di mcd. pendek kata diorang memang tak study, diorang cuma main dota. haha. tapi ada jugak yang tak main dota namun masih extend sem ahem IM ehem.
keluar dari uitm singgah cari cendol dekat seksyen 2. makan kat situ sekalik nak hujan. laju-laju telan tanpa kunyah dan singgah pula stall sebelah jual pisang goreng cheese. dasar gemuk bukan? tapi pisang goreng tapau untuk makan dalam kereta memandangkan kitorang bercadang untuk pulang ke kl semula for coffee session. nak balik opkos pusing uitm kali ke 2 kahkahkah saja jelaaaa kan dah ada sticker. kasi lah can. zaman aku dulu tak pernah merasa dapat pakai sticker uitm. hmmm.
okay benda kedua yang Geb baik adalah dia belanja kopi sebab selalu tolong dia proofread. ahem. makanya gigih lah ke bukit jalil pula lepak sana punya starbucks. sambil lepak sambil sedut runningman dan segala cerita yang lainnya dari laptop adik dia. laptop adik dia memang memberangsangkan betul ya. jenis yang boleh jadi laptop dan juga ala-ala tab. hebatttt! touch screen segala. kira kalau letak macbook iols kat sebelah tu terbakar dan tercampak lah laptop kiteeee!
poyo kan kalau share gambar air setabak? tapi ini perlu sebab Geb yang belanja dan orang tu salah eja nama kitaaaa hmmmm. ahak ahak. marilah kita immortalise kan gambar ni buat kenangan peribadi. tak sia-sia tetiba terstudy pasal tahi kerana Geb. zoonotic transmission lah, parasite hunter lah, parasite buster lah permanent staining lah polymerase chain reaction lah nasib baik time belajar dulu iols adalah bengap abadi pasal sains. cuba kalau pandai? tetiba geng Geb jadi pakar tahi. sekiyusss miii muka i muka tahi ke? tidak okayyy. muka Geb, mungkin. :DDD
okay tarik baliklah kebiadapan diri kerana kebaikan Geb yang ketiga adalah belikan kita USB sebab usb kitorang lain dan phone aku dah habis battery dan Geb tak sampai hati melihat seorang antisosial macam aku, menjadi tetiba sosial tanpa kehadiran talipon. macehhhhh jasamu dikenang. dan untuk mengenang jasa dia, aku tinggalkan USB itu dalam kereta dia supaya setiap kali keluar dengan dia, tidak perlu resah gelisah dan gusar tentang battery habis. muah! haaaa kalau buat depan Geb tu mungkin patah riuk tulang hidung iols kena terajang.
saja jelahhh share gambar dengan dia sebab dia dah belanja kopi dan juga usb cable. kahkahkah.
setelah dedua ekor kembung tak sempat lapar dah makan balik, terus berazam untuk start diet hari isnin lepas. dan teka siapa yang cuma tinggal azam aje? tentulah aku. hakhak. semalam makan 2 bungkus maggie goreng dengan bahagianya. nampak gayanya macam dah kena terima kenyataan kegemukan itu adalah selamanya buat seorang Fasheeha. hmmm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment