Saturday, April 2, 2016
Kuantan
2 bulan lepas aku berjaya menempelkan masa untuk pergi cuti-cuti malaysia. (banyak entri pending because i'm super busy and who reads blog anymore anyway? but i'm still writing for the sake of passion dan memories ecewah) okay basically untuk cuti kali ni memang tentatif program adalah makan semata-mata. yes, makan. we all know i'm soooo damn good at it! rasa macam nak cerita panjang-panjang what did i do in Kuantan tetapi tak payah lahhh who wants to know that bit of a detail anymore nowadays kan? so i think imma share what i always do best in everyday life, makan.
what's best to have when you are in Kuantan, guys? i'm glad i went there dengan Ayu yang memang terel selok belok kuantan because she used to study in Kuala Terengganu and apparently Kuala Terengganu is lack of entertainment (dulu lahhh circa 2010-2012 macam tu) dan untuk menghiburkan diri Ayu jimba-jimba *batuk* dating *batuk* di kuantan dan bersama juga Baby yang macam aku juga penggila makan. lalu terjadi lah food vacay bersama-sama dengan diorang ni.
long story short! we've been there for 3 days 2 nights dan ini adalah yang sempat kitorang makan. (ada few more places yang kitorang plan nak pergi tapi tak sempatttt!)
1) Kula Cakes
their mango cheesecake is the bomb! the bombest of the bomb i tell you! must try! kalau you guys suka cheese, suka mango, by all means please accommodate your time to try this! this is highly suggested! imagine aku ada 3 hari kat kuantan, 3-3 hari aku pergi kula cakes untuk dapatkan this heavenly mango cheesecake. sedap betul. sampai sekarang masih terasa-rasa lagi kat lidah. tapi dia memang kena makan out of the fridge. jadi sekiranya you guys nak try, i recommend you untuk makan kat sana jangan nak fefeeling makan kat hotel ke bawak ke tepi pantai ke (case in point; me. aku beli untuk makan kat teluk cempedak konon-konon sambil makan kek sambil nyanyi angin bayuuu membawa dirikuuu sepintas laluuu ku terkenangkanmuuu. rupanya membawa kepada derita pabila 1) kek dah jadi lembik 2) diganggu segerombolan kera hyper yang nakal dan kelaparan. bencilahhhh)
telok cempedak (i love cempedak hah tiberwww) dan telok cempedak cantik jugaaaaa sebab ada starbucks, mcd, kfc, chatime dan food court by the beach. so feeling lah angin sepoi-sepoi bahasa sambil kunyah ayam goreng. di atas ni gambar sebelum kejadian di ganggu kera. nampak tak cheesecake aku dah cair? so tak feeling sangat. dan chatime pun tentulah mango juga siap dengan mango pudding.
semua kek dia sedap according to mereka-mereka yang rajin try semua. oleh kerana aku dah cukup berpuas hati dengan mango cheesecake aku, i didn't try anything else. kedai dia kecik je you can always browse their instagram @kulacakes kalau nak tau what is their dessert of the day ke apa ke. no delivery sebab mango cheesecake is sooo fragile hmm hmm diorang tak nak take risk. i know because i asked. biasalah jenis mulut ringan ni kemain borak macam bespghen dengan orang kerja sana. baik-baik semuanya.
2) Akob Patin House
rasanya macam ni tempat femes yang semua orang akan pergi untuk try patin tempoyak diorang, untuk orang luar lah. i find it okay. sedap sebab aku suka tempoyak dan aku suka ikan patin dan yang paling penting tak hanyir, tak rasa lumut. tapi taste wise, i can find something similar in KL. ikan dia seketul adalah RM15. aku makan kat KL seketul RM3.50 je. sama-sama ikan bela bukannya ikan sungai pun. bukan tak sedap, sedappp sangat! cuma it's nothing extraordinary. pergi lah cuba! ramaiii orang, so that must have meant something kan. ;)
3) Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur
haaaa yang ini pun fully recommended! jangan lupa, iols ada darah-darah nasi kerabu dan laksam sikit so i'm more selective dan lebih susah dipuaskan nafsu rasanya. rasanya sedap cukup rasa sambal lada dia pedassss solok lada dia pun best pendek kata pergilah cuba sendiri. pada aku memang kena betul lah dengan taste aku. aku tak makan kerabu dia i mean sayur-sayuran kat situ tapi still sedappp. pastuh dia ada jual nasi dagang jugak, ada kuih muih tradisional. tapi nama tempat dia pun nasi kerabu kemira so you boleh expect lah apa juadah specialnya kat situ. price wise, okay. makanan aku yang seperti tertera di bawah dalam 7 ringgit kalau tak silap. rodok (kuih kat bawah tu, nama komersial adalah kuih krim karamel) seringgit sepotong. murah bukan? okay lahhh. dan pagi-pagi beratur dia haihhh macam nak pergi makan line clear baq anggg!
4) Warung Mee Calong & Keropok Lekor
seumur hidup aku first time aku dengar mee calong so apa lagiii lezgoooo kita try! waktu mula-mula Ayu cakap dia ada homemade fishball aku dah macam hmmmkay i don't like pisbol. tapi bila makan not so bad ey? sebab homemade so rasa dia sedap lahhh boleh makan. mee calong sejujurnya pada aku ok ok sahaja. takde lah nyums wow akan datang sekali lagi semata-mata untuk mee calong, NO. tetapi mee dia lembuttttt wehhh! part tu best. tapi okay lah first time rasa sedap je. macam sup kosong tawar gitu rasanya. tapi sedap. cumanya mungkin hati aku lebih kepada mee bandung mee rebus dan omg omg mi soto? dan selain mee calong aku makan jugak nasi kukus dia haaaa yang ini iols suka sedappp nau. sampai licin kuah aku tabur atas nasi. dapat pulak dengan ayam goreng bahagian thigh slurppppp licinnnn. dah lah aku makan dedua sekali mee calong dan nasi kukus. sekiyus miii habis okay. tak terkejut pun, bukan? dan Baby dengan Ayu pun sorang makan semangkuk mee calong dan sepinggan nasi kukus. kahkahkah. #gemukbersama #gemukselamanya
5) Warung Poksu Moksu
ini pun terkenal sebab bukan sahaja Ayu sibuk promote malahan kawan-kawan yang lain time aku sibuk upload gambar makan ramai yang tanya tak try poksu moksu ke. ada dalam list opkosss. makanya aku try. verdict? hmmm SO SO. yang ini bagi aku menghampakan lah. sebab i have a high expectation on thisssss. aku harapkan rasanya hebat sebab aku suka udang sotong tepung ni semuaaa tetapi pada aku biasa je. biasa sesangat. sebab aku tak suka colek dia kot. (colek = kuah cicah) tapi jangan lah terpedaya dengan aku, lain orang lain taste kan? plus aku baru lepas makan semangkuk mee calong dan sepinggan nasi kukus makanya bila perut tak lapar sangat mungkin ianya menjejaskan deria rasa. tapi seriouslahhhhhhhhh colek dia so not my tasteeee! biasa bebenor. makan ngan cili sos lagi sedap. wahhhh petirrrrrrr bagaimana kalau poksu dan moksu terbacakan ini? tapi Baby cakap laksam dia sedap. (haaa cover balik, nampak permainannya di situ?) tapi BIASA JELAHHHHH!
6) Mustafa Cendol
tiada gambar tapi the usual cendol lahhh. takde lah wow dan memukau sangat. i love cendol though. dan guess siapa yang ada sekali time kitorang makan tu? farid kamil sekeluarga. i went fangirling a little bit sebab duhhh farid kamil kottt. dan wife dia diana danielle tu pakai ala-ala baju tidur jeeee alaaa baju orang beli tepi pantai kain kedut-kedut kat dada tu pastuh dia sarung cardigan nenek-nenek pastuh rambut basah-basah biasa pon cantikkkkkk chu olzzzz. tentulah au naturel tanpa make up segala. (wow kepohnya iols?) anak dia yang Muhammad tu ailaikkk so curious so berani. dan yang penting aku suka sebab farid kamil biar diana danielle makan dulu, dia pegang anak dia yang perempuan tu. lepas wife dia dah makan baru dia makan. that's goal!
7) Sara Thai Kitchen
ini kitorang makan malam itu pun tapau bawak balik hotel sebab semua dah layuuu puas main kat gambang. (puwas kewwww?! ahahaha) so tiada gambar. alaa biasalah makanan siam begitu lahhh ada kerabu mangga ada tomyam ada nasi goreng thai. aku makan nasi goreng je, okay lah sedap juga. tapi jangan dilupa ayah iols orang siam so for me takde lah wow mabeles da bomb sangat. maybe because of the expectation. maybe sebab dah biasa makan bapak sendiri punya air tangan. beza lah kan. tapi tomyam dia sedapppp pedasssssssss yang itu aku suka!
alaaa rupanya itu je yang sempat try (dan ingat!). ada lah few places tak sempat pergi contohnya Ana Ikan Bakar Petai. seronok dengar namanya tapi tak sempat lah nak berkejar ke sana lagipun kat kuantan tak sempat lapar dah makan balik kahkahkah. thanks to Ayu sebab menyenangkan kerja kitorang nak makan. semua tempat dia tau. takde lah sesat ke apa ke sebab perjalanan well-planned. habegitohhhh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment