sebenarnya nak buat collage campak banyak-banyak gambar dalam satu post dan upload kat insta namun rupa-rupanya semua gambar ada ceritanya yang tersendiri dan apabila cuba digabungkan dia jadi takde cerita atau senang kata tak tau nak pilih gambar yang mana satu kerana hanya dalam tempoh masa lebih kurang setengah jam, 203 gambar berjaya di snap (dan satu pon tiada gambar makanan, SAY WHATTT?!)
makanya terpaksa laju-laju upload kat sini aje. ahak ahak!
oh btw, oleh kerana semua adalah menteri-menteri belaka kena rsvp awal sebab masing-masing ada aje plan untuk iftar, pantas athirah telah mengecop sedari awal bulan 5 -_______-' nak ajak bukak puasa sama (kalau Alan PBear tidak boleh ikut serta untuk setiap lepak-lepak, apa kata kita sertakan dia sekali secara tidak langsung untuk buka puasa kali ni. Alan sebenarnya manager kat holiday villa helloooo kita kawan manager-manager aje occayyy? hence, the venue for berbuka puasa hehehe )
makanan kat holiday villa serius ok-ok belaka. sup huru-hara (staff situ kasi nama ok bukan aku memandai-mandai) dia sedap, ice-cream dia walaupun cair tapi bila campur ngan abc tetiba abc jadi sedap, nasi tomato dia ok, ayam masak lemak dia sedap, stew daging mangga dia best (walaupon keras sikit dan liat tapi takpe masing-masing ada gigi bukan?), pudding mangga dia ok, bread butter pudding dia surprisingly sedap gilaaa (sebenarnya aku tak makan puding roti helloooo puding puding lah roti roti lah kenapa nak kena campor tak pahammm! first time rasa erh marh gerd sedappp semalam makan sikit je sebab dah full tapi arinie rasa macam nak senyap-senyap whatsapp alan suruh tapaukan sikit takpeeeee aku sanggup turun pj semata-mata nak amik puding roti shhhh jangan bagitau yang lain), asam pedas pari dia sedap kata tasha i dunno tak sempat nak makan, kuah rojak dia sedap, kambing kari dia (euwww tak makan kari) tapi ok lembut selepas di lap-lap kan kari itu, otometik kambing dia jadi sedap. ada cendol yang rasa dia biasa-biasa aje tapi terus jadi best sebab boleh tambah 16 kali tiada siapa yang melarang, ada abc yang lagi sedap bila kita improvise letak aiskrim secukup rasa.
baiklah cerita panjang-panjang pasal makanan pon tak guna memandangkan gambar sebagai bukti takde. kahkahkah. ampunkan dinda, dinda lapar sangat kalau amik gambar dulu sebelum makan takut makanan dihinggap bakteria kerana dibiarkan terlalu lama di hadapan muka.
seusai makan (vahhh ayat dewan bahasa dan pustaka my vocabulary is greatttt), duduk-duduk sembang-sembang lalu bermula lah upacara rasmi kumpulan feminin dan kru bergabung ini, iaitu camwhoring. -_____-"
anda sudah bersediaaaaaaaaaaaa?
diambil oleh tasha (jangan disangka tangan yang
oopsss! tentulah bukan cuma satu gambar. *gambar tangan telunjuk kat whatsapp*
kemudiannya, oleh boyfriend tasha (sorry, he's taken!) Mas Ashriq Shazwan, my favourite menantu so far yang sejurus selepas mengsnap gambar mengalami kekejangan sendi ketiak hmmm.
dan selepas itu, oleh nizam.
oops tadi anan tido bukan? makanya retake!
ok group picture selesai. tinggal lah cuma si tegar yang tidak pernah kenal erti jemu mengambil gambar, dipersembahkan.... (ke mempersembahkan?)
| THE FURIOUS FIVE! |
jika anda rasa gambar anan yang di atas menjijikkan, bagaimana pula dengan yang di bawah?
najis, bukan?
eiii sudahhh! jangan lah buli anan!
buli sikit, takpe.
percubaan untuk memuatkan pipi di celah-celah timbunan orang ramai. K.
terkawal.
ototototototoooo gambar yang last tuuu. malas nak layan. dah paling penuh kasih sayang lettew?
bagaimana pula dengan yang ini?
ini antara dua; sama ada anan disayangi ataupun dibuli. MALAS NAK LAYAN. eh kenapa tetiba the furious five jadi the supernovaliciousness six?
dan tiba-tiba pertukaran posisi pon berlaku.
sudah jelak? sudah mula rasa nak meludah?
jangan dulu. simpan air liur anda.
anda lagi gambar-gambarnya.
kahkahkah.
wow. itu anak rambut kewww atau pun bunga-bunga cinta layu di pusara tewwww *nangis*
as normal as we can;
apa lah ertinya camwhoring tanpa the signature duckface;
dan a little improvise of our usual duckface, the reverse inverted duckface;
"okay semua buat muka burukkkkk!" ujar (mampuuu ujar?!) salah seorang dari kami yang tidak diingati siapakah itu gerangannya.
tak cukup buruk?
okay..
OKAYYY.
okay bye! tetapi sebelum tu..
ada lagi chu olzzzz!
dan lagi..
oh lagi......
hmmm ok last.
serius last!
si muka pinggan berambut debunga cinta dan anak-anaknya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan bagi tahun 2014! KAN DAH CAKAP TAK NAK JADI TUKANG AMIK GAMBAR NANTI MUKA YANG BUJUR SIRIH TETIBA JADI DULANG NASI ARAB HERGH.
jangan ingat ini iftar yang pertama dan terakhir dengan mereka kerana sebelum balik tetiba ada yang memberi cadangan;
"jom kita buat sahur bersama pulak macam last year nak takkkk?"
dan tetiba ada orang keluarkan planner dia dan pen siap tanya "okay berapa hari bulan i nak block date now" bahahaha. serius!
while everybody else out there is busy planning their iftar with family and friends, these people wanna meet up for sahur instead. they are cool liddat yaw!
we'll see how lah kannnn.
2 comments:
Anan tu hensem la :)
Kalau ini bukan Anan; iya, anan hensem.
Kalau ini adalah Anan; ya allah nan ko mcm pengkidddd are you sure you were born a boy?!
Siapakah anda sebenarnya? ;)
Post a Comment