Friday, June 3, 2016
Moisturiser
kan dah pernah bagitau sebelum ni aku tak pernah ada proper skincare routine cleanser-toner-moisturiser. by proper aku maksudkan sedari zaman remaja semua tu lah simply sebab aku tak suka benda leceh dan i don't see the significance putting all those on my skin (nak kata kulit muka flawless memang jauh panggang dari api guysss tapi tak tau lah keyakinan tahap dewata raya tuuu). bukan tak pernah cuba, ada lah dulu feeling beli semua siap from one same brand tauuu tapi macam aku cakap, tak nampak hasil. biasalah, ahkak jenis cepat fed up guys! lambat sikit kesannya terus malas dahhh. tapi nak kulit cantik. tapi tak penyabar. dan pemalas. mengada kan?
namun semenjak dah tua ni rasa macam makin keji pula kulit muka. jerawat bertimpa-timpa, pores besar-besar penumbuk, kalau raba muka tu rasa bijik-bijik whitehead, dan kalau muka tak tampal bedak astaghfirullahalazimmm tiada beza dengan tahanan penjara guys! setiap kali tengok muka kat cermin terus beristighfar sebab macam takde nurrr gitu. sedih lah kannn. kenapa wanita lain semakin berusia semakin cantik menawan glowing kulitnya serta indah peribadinya tapi aku lebih kepada seperti buruh binaan? i iz dung understeng, guys!
sehinggalah akhirnya rasa macam hati ini sudah tidak tertahan lagi terus bertaubat dan berazam akan menjaga kulit dengan baik. jadi slow-slow beli skincare. tapi aku tak beli semua sekaligus and i don't think one brand fits all. jadi last few months aku beli toner dulu. (belajar dari kesilapan lalu, beli seketul-ketul nak test kat muka takut tetiba tak ngam), and then baru beli moisturiser dan seterusnya cleanser. haha. tapi hari ni fokus kita cuma lah moisturiser k.
senang je benchmark moisturiser aku:
1) as long as it moisturises my skin
2) doesn't break me out
tu je.
kawan aku ajar, kalau nak beli moisturiser yang bagus, try cari yang memang moisturiser sahaja bukan yang they put too many benefits anti-ageing + whitening + nourishing semua tu in one bottle which i kinda agree sebab when you put too many things in dia akan jadi secoet secoettt je each ingredient tu so lambat lah nak nampak kesan and plus do you believe in 7 total effects bagai tu? for me it sounds too good to be true. you pay more for something that values less.
my moisturiser now is:
OLAY MOISTURIZING CREAM.
because my friend recommended it. aku suka tengok kulit boyfriend dia so aku tanya je terus then dia kata dia yang paksa boyfriend dia pakai moisturiser ni and that explains why his face looks so dewy, so glowing hahahaha.
i only used it for 3 days so i don't see any remarkable changes on my skin yet but i do feel these followings:
1) my make up glides more easily in the morning. foundation and eyebrow pencil tu macam i can put it on effortlessly. gittew.
2) the after make up look looks dewy (just the way i like it)
3) bau dia wangi, reminds me of the good ol' memories of bedak johnsons.
4) thick texture (yang ini memula nervous because i hate when my face looks cakey i'm a pro natural look lol), tapi lepas letak kat muka it feels okay. plus, maybe if it's thick then it's good for moisturising effect?
but but.. aku rasa macam kulit aku bertambah jerawat lah pulak lepas pakai ni? i don't know maybe it was just for few days ke apa but i see few pimples emerging aaaa (but then again, my period is nearing so that might be one of the reasons). dan ever since i use this, tangan tu gatal je dok usik muka sebab rasa lembap kannn. ahahaha. another culprit for my pimples!
i will let you know my verdict after one tub okay? kalau okay, i will definitely recommend. kalau tak okay, siappp berjela pula makian dan kritikan bakal ke udara! awassss! haha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment