Tuesday, May 24, 2016
Tempe Soulmate, Not
tadi time lunch macam biasa makan dengan Aniss, the colleague i got so close at work - kalau dia cakap dia nak resign, rasa macam luluh hati ini berdebar jiwa ini tak lena tidur malam daku memikirkan nasib diri. gittew. kitorang start rapat exactly a year ago lepas tu terus rasa macam inseparable. tiberw. jenis time kerja nak pergi toilet pun siap berajak berteman, dah balik dari toilet tag each other dekat insta belum lagi membenci orang yang sama kat opis dan lepas tu text pasal segala jenis makanan sedap, baju baru kat hnm dan apa-apa jelah yang berlaku disekeliling untuk hari itu. Aniss juga penggemar cerita runningman so okay lah ada geng lah nak bercerita dah lah dia pun minat jong kook paham tak perasaan yang macam wahhhhhhhh lihatlah duniaaaaaa! dannn, kitorang ada ritual since a year ago setiap kali gaji, lepas accounts closing, kitorang akan pergi makan chilis. tak pernah fail lagi lah setakat ni.
nak dijadikan cerita, tadi time lunch macam biasa hujung bulan terus down to earth dan humble pergi makan mamak je kahkahkah, hari selasa memang adalah hari tempe kat Kak Mariah. opkos seorang fasheeha begitu happy makan patin tempoyak dan tempe (kampung katanyaaa) lepas kaut lauk terus duduk bersedia untuk makan. after awhile, Aniss pun sampai dan cakap:
A: tadi ada seorang laki ni after i pun macam you, amik sayur kacang panjang tapi pilih-pilih tempe je dalam tu.
Me: wow yeke? mana satu orang dia? meh nak tengok sikit adakah dia soulmate i?!
A: eiii tak payah lah! dia pendek. pendek lagi dari i!
Me: ....
A: pastuh dia tak hensem.
A: dan dia selfish! i selalu terserempak dengan dia dalam monorail dia tak bagi orang tua and perempuan duduk. selfish! so tak payah.
berdesup dia punya emotional. nampak gayanya dia begitu berdendam sekali berkenaan dengan alkisah monorail. hakhak.
guys guys, kawan-kawan kita memang perangainya overprotective gitu lah.
nak tengok muka je kotttt! bukannya nak pergi meminang terus buat laki.
hmmm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment