Wednesday, June 22, 2016

#RelationshipGoals


nampak gayanya semua orang sibuk bercakap dan mengulas tentang kes hafiz mahamad dan girlfriendnya. dimana-mana sahaja di pelusuk twitter dan facebook kalau sehari aku tak nampak nama hafiz mahamad memang tak sah. ada yang admire, ada yang bash, ada yang neutral dan ada yang tak tahu menahu langsung pun kes diorang. anda di celah bedah yang mana? aku tak tengok lagi video tu, so aku tak tau lah in details apakah keistimewaan sang boipren yang membuatkan kisah diorang jadi viral tapi aku tau ada limousine dan restoran berputar menara kl involved. bila kisah hot begini terjadi selalunya aku mengambil keputusan mendiamkan diri dan langsung tak ulas apa-apa sebab eh takde kena mengena guys so tak terkesan. tapiiiiiiii.. aku suka kadang-kadang baca komen kat artikel ke apa ke berkenaan isu tu sebab kelakar dan boleh buat kau NTN (noise through nose - kiranya macam gelak tak gelak gitu lahhh).

rakyat malaysia memang kelakar-kelakar orangnya. i like!

selalunya lah, selalunya okayyy untuk setiap isu yang viral pasti akan ada beberapa golongan pengkomen yang sebegini:

1) admirer atau pensetuju
2) basher atau pentidaksetuju
3) self-proclaimed ustod-ustodjah
4) acah-acah neutral atau memang betul dia neutral tapi sibuk juga menempel nak komen
5) pelawak tanah air
6) pencuba melawak menyimpang topik
7) basher of the basherer (dia tukang bash pulak komen orang lain kat situ)

anda yang mana satu? aku setakat ni memang masih dara daripada segala gatal jari mengomen artikel-artikel siakapkeli rotikaya dan yang berkenaan. aku lebih suka baca dan NTN sorang-sorang kat rumah. maknanya sama lah sedihnya aku dan semua pengkomen huahuahuaa tapi ada aku kisah? yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan gitohhh!

guys, i'm writing here today bukan nak cakap pasal hafiz mahamad ataupun kritik all sort of commentators yang ada kat sosial media, korang masing-masing dah besar, padai-pandai pikir. cuma aku nak cakap pasal relationship goals budak-budak muda sekarang ni ada and how unrealistic and damaging they can be. urgh social medias - i really really like them and i hate them too, at times!

i see almost everyday when it comes to public figure ke celebrities ke atau famous instagrammers ke kalau diorang post something sweet pasal partner diorang nanti ada lah (mesti ada!) perempuan yang tag boyfriend/husband dia dekat post tu. kadang tu siap ada hashtag #relationshipgoals lagi. contoh Vivy Yusof post pasal husband dia baca quran dalam kereta. (omg i love love loveee Vivy! haha) papppp terus berderet komen keluar tag boyfriend/husband masing-masing. itu okay guys. itu perfectly okay. like you are telling your partner that this is the kind of man you are looking for, that can lead you #tilljannah LOL. i understand. i really understand and i don't mind. suka hati korang lah. you do you.

tapi.. ada jugak yang went overboard with tagging sampai tahap for me menjatuhkan air muka (because maruah sounds a bit too heavy) partner korang. contoh: bini-bini  beria-ia share post dekat facebook pasal tanggungjawab lelaki lah, how a man should be in in islam lah, kerja rumah sepatutnya lelaki kena buat lah all those stuff dan pergi tag future partner korang or worse, husband korang urgh ladiessssssssssss please don't. you make me cringe. you wives mesti tak setuju dengan apa yang aku nak cakap ni but just hear me out okay. when you tag your husband or share post dekat fb pasal all those things, you make me think that your partner is incompetent as husband. you make me feel like ehhh dekat rumah husband dia memang tak buat kerja rumah langsung lah ni. eh husband dia ni kaki pukul. girls trust me, you don't want that. as a friend, i might be less judgemental or i don't really give a flying care bahahaha but imagine other people reading your post and judge you instead. to tell you the truth, when you share all these kind of things you reflect your own self, bukan husband you. kalau you ada lah my girlfriend, awal-awal dah reject buat bini sebab tak reti jaga kemaluan suami. paham eh. my advice is, pergi lah nak share ke apa tapi share between you dengan husband you je - fb kan ada option nak share to certain people je? tak pun pergi bagi link paksa husband you baca. tak pun you copypaste hantar kat whatsapp dia. boleh kan? lelaki ni bukan semua boleh baca hint you, obvious hint pun dorang susah nak paham apetah lagi subtle hint. communicate lah, that's how marriage works. apaaaaaaa? nak share untuk pedoman semua orangggg? what you girls live in a cave eh? or you think other people live in a cave kalau you tak share omg nobody will ever know about this? come on.

itu kes laki bini. masuk pulak kes girlfriends having the biggest expectation and killing themselves (figuratively) everyday. ini yang malas ni kalau social media dijadikan benchmark ataupun panduan penanda aras kebahagiaan di dalam sesuatu perhubungan. partner kena buat gini partner kena buat gitu. dapat pulak jenis awek tak paham bahasa "kenapa si A tu boleh je buat surprise kat girlfriend dia letak banyak-banyak helium balloon ada love ada necklace ada novel me before you kat dalam, siap boleh tempah cake 6 tingkat muka makwe dia, bawak pergi bercuti kat bora-bora kenapa you tak boleh?!" i cringe again. banyak nau layan tumblr dan insta omputih jadi gitu lahhh tak berpijak di bumi yang nyata. birthday nak itu ini. anniversary nak itu ini. monthsary pun kalau boleh nak celebrate gempak-gempak. sebab apa? sebab orang lain buat. sebab nak post kat insta my boyfriend pun sweet juga. sebab nak orang nampak yang life kita ni best. kan? last-last gaduh dengan partner sebab kononnya the guy didn't make an effort to keep you. lepas tu break. lepas tu jumpa orang baru. lepas tu harapkan bulan dan bintang juga dengan orang baru. lepas tu dapatlah untuk the first 2-3 months. lepas tu lelaki kembali menjadi lelaki. lepas tu gaduh lagi. lepas tu break sebab lelaki tu dah berubah katanya. dan lepas tu ulang lah sampai mampos.


ini adalah contoh #relationshipgoals gone wrong yang aku suka. perempuan kadang-kadang gitu lah guys, kena bagi dia terkejut sikit baru dia berpijak di bumi yang nyata. haha.

girls, please don't tell me the only goals you have in life are those about relationship? because it seems kind of are. it's sad, really. macam your worth berhubungkait dengan how perfect your relationship looks like di social media. bukan tak boleh nak ada keinginan, tapi berpada-pada lah. asyik nak harap orang je sweet ngan kita, kita dah habis sweet tak dengan orang? nak partner buat kejutan beria-ia kalau boleh nak bawak sekali masyarakat majmuk di kawasan setinggan rumah celebrate birthday kita. kesian jugak kengkadang kat orang lelaki. kita asyik nak boipren kita sweet macam boipren orang lain je keje. cuba kalau partner kita pergi tag kita dengan perempuan body cun muka lawa cakap 'sayang tengok niiiii! macam ni lah yang i nak you jadiiii' bawak sampai 7 tahun isu berbangkit guys betapa boyfriend kita  tidak boleh menerima kita seadanya. kan?

i know lah because i have been there, i have done that. walaupun takde niat nak menunjuk-nunjuk ke apa tapi beria niiiii bila orang buat surprise time-time tu jugak papppp edit gambar nak post masuk insta betapa terharu dan happynya orang buat surprise. pergi makan sana sini papppp wajib ya letak gambar makanan hebat berserta dengan company yang hebat juga. nampak orang pergi makan mana-mana papppp terus nak jugak makan situ dan yang penting posttt kat insta kerana semua orang kena tau i dah pergi try makan kat situ. mohtippp sangat kannn. girls, kita tengok orang travel dan ianya membuatkan kita pun nak travel jugak tu, tak salah kalau kena caranya. i want to go to japan one day kalau ada rezeki. nak jugak pergi segala pelusuk pulau because i feel like my skin radiates more under the sun and on the beach. tapi bukan sebab eh semua orang pergi situ i have to be there too. dan obviously bukan mengharapkan orang buat surprise return ticket ke mana-mana pun dalam dunia ni. if i want to go anywhere someday, i hope that will be for me and with my own hard earned money. bukan harap boyfriend buat kejutan tutup mata naik jet pejuang bukak je mata eh dah sampai ke angkasaraya.

relationship goals? more like relationshit goals to me! whatever floats your boat guys. kalau laki bini memang jenis suka tag mengetag tentang kehidupan, silakan. kalau boyfriend girlfriend memang jenis suka all these romantic gooey stuff, teruskan. tapi kena tahan maki sikit lah. bila kita pilih untuk biar love life kita goes public, dah tentu-tentu akan ada yang suka dan tak suka. kalau kita jenis kalis keji, silakan dan teruskan. cuma selalunya lah kan, selalunya, bila makin ramai tahu hal luar dalam relationship kita, makin cepat jugak lah relationship kita menemui ajal di tengah jalan. ini adalah melalui pemerhatian berkala aku. tak caya sudahhh!

Pulau Manukan, 2014

nampak gayanya kena pergi pantai lagi untuk effect kulit mulus tanpa filter. LOL.

No comments: