Thursday, April 23, 2015

Another Rant


sebenarnya, i really wanted to write something serious, something thoughtful, something opinionated tetapi akhirnya dia akan jadi rant pasal benda-benda yang remeh yang orang tak nak tahu contohnya kempunan makan sotong goreng kunyit. LEULZ. mungkin sebab dah besar (ahem pernah ke kecik?!), makanya each time nak menulis tu akan rasa macam 'is this appropriate? do i really need to share this? what if ada orang terasa padahal what i said was general?!' lalu dia akan jadi berminggu lamanya tidak berupdate padahal hari-hari bukak blogger dengan niat nak meluahkan sesuatu. hakhak.

i need to stop worrying about what other people think. my blog, my call. gitchewww. untung lah kalau masih ada yang membaca. kakaka. tapi tak kisah okay, i will still write for the sake of writing! (or more like ranting whatevs).

sebelum menjadi seorang yang serius, mungkin aku patut berkongsi tentang beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku lately ni.

1) rambut dah pendek sikit after sooo many years (3-4 years i think?). kalau ikutkan hati nak je potong terus pendek fefeeling princess diana tetapi sedar diri badan tidak berapa nak pwincess sangat. kang elok-elok nak nampak edgy, sexy dan daring terus nampak seperti patrick starr kepala kecik badan besar. K.

2) dari bulan 12 taun lepas ulang alik hospital pasal allergy problem dan akhirnya 2 weeks ago, case closed. bukan sebab elejik dah baik tapi doktor simpulkan it's a cold urticaria di mana kulit aku akan bagi reaction pada keadaan sejuk yang tiba-tiba. contohnya; mandi pagi yang lama (cuci rambut). mengada kannn. nampak macam sikit dan bukan lah problem yang besar sangat sebab dari sekolah memang camtu tapi lately ni selain dia merah-merah kat dahi muka leher lengan tangan dada dan dimana-mana, ianya juga gatal! bila garu lelebih tetiba nampak macam dah nak luka. huahuahuaa. doktor kasi ubat tahan gatal je. makanya tiap kali gatal, telan ubat. tiada konklusi dan penamat. K sekali lagi.

3) hari tu aku dalam mood menjaga badan lalu aku pergi swimming dan aerobic everyday. isnin, rabu, jumaat pergi aerobic. selasa khamis dan sabtu pergi swimming. tetapi typical seorang fasheeha, bertahan lah 2-3 minggu kemudiannya tidur lebih penting dari eksesais. hakhak. masalah aku kalau aku dah stop sehari dia terus macam takde mood nak buat lagi untuk hari-hari yang seterusnya. kakaka. tak boleh ke bangun je terus body persis Kim K? (saja je nak ada K jua di belakang ayat)

4) hari tu macam termalu sendiri kerana zip kain terbukak dan ada sorang staff tu text bagitau. text tau bukan cakap dedepan. tak tau lah yang mana lagi memalukan text atau tegur dedepan. sebab tu malas nak pakai baju kurung kedah, at least pakai baju kurung biasa tak siapa nampak okayyy panties iols warna apa. huahuahuaa. K K K.

5) sekarang aku dalam mood marathon segala jenis favourite series zaman dahulu kala. arituh tengok cite meteor garden dan jatuh cinta sekali lagi dengan beliau walaupun lakonan dia sungguh kaku dan kayu terukkk! rambut nenas dia tetap menjadi pilihan hati instead of rambut boring jatuh ke bawah tu. skang dah move on pulak ke prison break. siapa cakap michael scofield tak handsome iols tampar sampai buta occay! terlalu hensem sukar nak digambarkan dengan kata-kata! mungkin sebab dia macam si tampan yang cool dan relax-relax je tapi smart gila babeng dan lakonan dia tak kayu LOL. tapi pandangan dia tu menusuk jauh ke dada yang terpaling belakang. padahal lelaki botak atau separa botak adalah tiada di dalam senarai lelaki tampan iols okay? semua orang tahu aku suka lelaki rambut panjang ahak ahak shhhh. anggap jela untuk Fish Scofield, ianya terkecuali. hewhewhew. (tiada K untuk point ni k?)

okay lah dah maghrib iols nak bersiap malam jumaat ada tentulah harus buat perkara yang berfaedah seperti Avengers date. leulz. bye.

alaaaa takde gambar rambut pendek nak di share, malas nak transfer dari phone. hakhak. jadi lah ni, buat lepas-lepas rindu semua orang. (puwassssss kau perasan tak tentu hala pondan?!)


GAMBAR YANG LAST SIAP ADA JERAWAT VERSI DIKANTACEMBUNGKAN KAT DAHI KAHKAHKAH.

BYE.

No comments: