Saturday, April 18, 2015

Job Rant


sebenarnya for the last 3 weeks aku adalah tersangat busy juggling antara dua department. banyak benda nak kena belajar dan people expect more from you just because you have been working for years untuk company kau. ecewah years! tapi betul tau sebab genap 15/4/15 arituh, aku 2 tahun kat company sekarang ni yang juga adalah company pertama aku kerja selepas habis formal studies. 2 freaking years woo hoooo!

sebagai manusia yang tergolong di dalam golongan gen y, bukan tak pernah aku pikir nak quit job sekarang dan pergi cari kerja lain. banyak kali ok. especially late last year di mana aku rasa betul-betul demotivated. demotivated gila babeng tahap tidur malam 2 3 kali terjaga dan rasa macam "aaa dah pukul 7 ke dah kena bangun ke dah nak kena pergi keje keee tak nak bangunnn" yes, sampai tahap macam tu. MC toksah cerita lah, berderet seminggu sekali. AL abis licin. sebab apa? sebab demotivated. sebab rasa macam dah bosan habisss dengan rutin. sebab rasa macam i wasn't developing myself at best. rasa macam aku kerja ni cuma sekadar kerja makan gaji cukup bulan duit masuk, no self-development no job satisfaction. selain dari masalah MC, aku juga selalu lambat datang kerja. kahkahkah. sampai opis, muka zombie. zombie maksudnya tiada secalit mekap hatta pelembap muka sekali pun disertakan sekali dengan rambut sanggul tinggi bukan fefeeling high bun ke apa, ni macam baru lepas beranak punya sanggul. haih. sampai tahap boss panggil masuk meeting room tanya apa masalah aku sebab aku nampak sangat tak put together. macam ada benda yang distract aku. boss punya ayat yang aku takleh dan mungkin takkan lupa sampai bila-bila "what happened to the enthusiastic fasha i used to know? i still remember your first day working here when you introduced yourself in front of everyone, where is that girl now?" BEGITOHHH.

tiada masalah dengan boss, tiada masalah langsung dengan rakan sekerja, malahan tiada masalah juga dengan supplier. entah lah, rasa tak seronok yang sukar digambarkan dengan kata-kata. huahuahuaa.

tapi each time i feel like quitting, i don't for some reason. aku ni despite sebegitu banyaknya perangai buruk, bukan lah jenis suka benda sekerat jalan. aku tak suka kerja aku sekarang (at that time), i don't have that many commitments (car, housing, study loans) i can always quit whenever i want - money wise. kalau rasa macam terlalu busy sampai tak sempat cari kerja lain, aku sentiasa ada boleh berhenti kerja dulu dan cari kerja kemudian. tapi that's not my style. ada orang kalau dah takleh blah, berhenti je terus. buat apa stress-stress ye dak? aku bukan macam tu. i can complain all day err day yet you still see me going to work like i have the biggest split personality ever.

what makes me stay, you ask?

sebab aku nak tunggu 2 tahun. aku nak resume cantik dan lepas tu aku nak blah. iya, dua tahun yang baru dua hari lepas tu. tiap-tiap hari for 3-4 months aku akan pujuk diri sendiri untuk sabar. aku cuma nak 2 tahun tu je. 3-4 bulan aku pujuk diri tu sebenar-benarnya aku dalam depresi. malas nak cakap lelebih kat orang, aku cakap aku depressed orang ingat aku drama queen suka besar-besarkan cerita tapi itu lah hakikatnya. aku start develop rashes merepek-repek. muka naik jerawat gila babeng, lengan belakang badan semua naik jerawat yang bagi aku gila babeng lah tapi bila tunjuk kat kawan aku dia cakap nampak  macam bintik biasa wadefak malas nak layan! itu takpe, lepas tu aku start sakit kepala dan dada yang mencucuk-cucuk tu. aku syak sebab stress. tapi yang kejinya, aku tak tau aku stress sebab apa so aku lagi stress!

start dari bulan 1-2 macam tu aku macam dah start bukak jobstreet balik. (dah start bukak tu maksudnya dah ambil langkah awal untuk quit job leulz) ingatkan nak start apply new job sekalik kena update resume. aku kan bijaksana pergi beli laptop yang tiada microsoft word makanya tergendala lagi niat. haha. dari sehari ke sehari nak download tapi tak download juga. nak update resume kat opis takuttt memandangkan office iols open system kang semua orang tau cgpa degree titew yang suam-suam kuku tu. hakhak. so tergendala lah lagi.

sampai lah awal bulan 3, bila big boss one of the directors panggil aku dan jumpa aku personally. macam biasa kalau kau nak positif pon setakat mana lah sangatttt kau baru je lepas kena hentam dengan manager kau last month pasal betapa tak put togethernya kau dan bulan ni kau kena panggil dengan director. tak ke segham? director aku yang ni sangat baik. tapi baik pun gigil tetap gigil aku cuma membayangkan kalau kena buang kerja kakakaka. sekali boss tanya "do you mind if i transfer you to other department? if i were to give you a freedom to choose, which dept you want to be in? or you want to stay in admin?" time tu aku macam terkejut dan tentulah negative thinking comes creeping in like 'omg omg did they knowwwwwwwwwwww?!!!! can die lah like thisss" hahahaha tapi tetap lah dengan laju tanpa teragak-agaknya aku cakap aku nak masuk HR. takde pikir-pikir terus jawab. sebab memang sebelum-sebelum ni aku rasa macam kalau cari kerja baru nanti aku nak try masuk hr pulak. so in a way, this is the best opportunity untuk tukar field lah kan. director tanya lagi "how about marketing?" a big stern NO from me dan aku cakap direct je aku tak nak masuk marketing. langsung tak nak. ada few dept lagi boss tanya dan jawapan aku tentulah masih tak nak. boss tanya sebab kitorang punya promotion and transfer adalah bulan april and october every year. so basically ini lah masanya transfer dan penggubalan organisasi besar-besaran akan berlaku.

so here i am now as an HR ejeketip for well, the same company. ;)

hmmm nampak gayanya a quick change of plan, tak jadi quit. kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. ha ha ha.

i'm under recruitment btw! so sekarang siapa nak kerjaaa? LOL. nanti-nanti aku cerita pasal basic jobscope aku and pengalaman interview orang (which i love love loveeee) such a good experience and i love every bit of it (buat masa ni lahhhh ask me again in 2 months' time leulz).






No comments: