Friday, April 10, 2015

Kempunan


balik kerja petang semalam, toh puan sri amik aku kat opis. dalam kereta soalan super normal untuk ditanya tentu lah "mak masak arinie?" lalu termenggeletis keseronokan pabila toh puan sri cakap dia masak sotong goreng kunyit.

keypoint dia kat sini adalah : GORENG KUNYIT.

sebab aku memang penggemar makanan simple. padprik. goreng kunyit. ikan tawar sambal belacan/budu/tempoyak. terlalu seronok rasa macam nak tolong tekan kan pedal minyak untuk toh puan sri agar lebih pantas sampai ke destinasi.

sampai di rumah, lain pula ceritanya. tetiba rasa nak menangguhkan hasrat makan kerana game lebih penting. tazabar nak renovate rumah kerana iols baru pindah rumah yang lebih besar bagi menampung kehidupan dengan kehadiran 2 anak baru, Nadine dan Alayna. (kita tengah bercakap pasal the sims in case korang tetiba macam terzone out lalu terbangang-bangang cuba memahami intipati cerita aku..)

sambil main game sambil mengantuk almaklumlah malam sebelum tu bertungkus lumus menjaga sim wanita iols yang tengah pregnant, sehingga ke pukul 4 pagi main gamenya. maka akhirnya tertumpas jua menidurkan diri ketika tengah gaming di dalam posisi laptop atas perut dialaskan dengan bantal (begitu lah selekehnya seorang Fasheeha leulz).

jika tertidur dari pukul 6.45 sampai ke 8 lebih, itu perkara biasa. bangun-bangun boleh makan dan mungkin sambung main game tak pun beriadah swimming dahulu baru sambung gaming. namun kali ini terbabasnya sampai pukul 5 pagi. bangun aje lelaju pergi meja makan nak tengok apakah juadah pembuka selera untuk breakfast cum dinner dan rupanyaaaaaaaaaaaaaa....

SOTONG GORENG KUNYIT DAH TINGGAL KACANG PANJANG GORENG KUNYIT AJEEEE ITU PUN ALA-ALA RUPA BASI DALAM 4-5 BIJIK MACAM TU JEEE.

i iz kempunannnnn. T____T

namun walaupun kempunan dan sedih yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, masih mencedok nasi dan gigih menyapu licin segala kacang panjang untuk diratah sempurna. makan jela dengan ikan goreng ibaratnya ikan goreng masak kunyittt. jadi lahhhh. keypoint dia: goreng kunyit.

T______________________________T

haih.

tak pernah seumur hidup menyesal kerana tertidur. ini mungkin kali pertama.

batu belah batu bertangkupppppppp~


No comments: