Saturday, May 2, 2015
Saturday Rant
Ya Allah.. rant lagi! haha! don't worry my life is not that boring, it's just that i find it therapeutic to rant.. here! hehe.
who works today raise your hand up in the air! up high! high five! *nangis*
begini lah hidup orang yang tiada berkampung, harus lah mengalah apabila colleagues yang lainnya nak balik kampung. makanya, hari ini cuma lah aku dan 2 orang dari accounts department aje yang bekerja dalam general admin office. office sebelah iols tak tau! tapi tadi pergi usya line kejap, nampak gayanya GM kerja (walaupun GM kerja harus lah seorang Fasheeha masih curik-curik pergi beli breakfast kat mcd). he's in another office he won't know! (unless if you guys tell them.. because i only tell this little secret to you..)
next week is gonna be a very very hectic week! i am off on monday but the next three days will be H to the E to the double L! tapi takpe, busy is good. busy buat iols rasa macam duit gaji tu berkat sesangat auw refer balik pada perenggan sebelum ini di mana seorang Fasheeha mencuri waktu kerja pergi tapau mekdi dan kemudiannya makan di dalam opis like nobody's business. pfttt.
hari ni mari lah kita rant pasal indecisive bitches around kita yang menyakitkan hati.
pernah ke tidak korang berhadapan dengan manusia yang dia pon tak tahu apa yang dia nak? aku boleh tolerate orang yang tak tahu life goals dia, yang tak pasti dia nak jadi surirumah ataupun pekerja opis 8 to 5 selepas kahwin, yang masih memikirkan sama ada dia nak teruskan abusive relationship dia dengan boyfriend of 5 years dia ke tak - pendek kata all the life decisions yang you rasa you need to think it through because one way or another it will affect the rest of your life. it is okay! it is fine!
tetapi..
i cannot tolerate those indecisive bitches yang nak order makan kat kaunter mekdi pun amik masa 72 jam, yang dalam kepala dia sentiasa contemplate on petty things, yang semua benda dia nak orang decide kan untuk dia - bitch, what are you? 12?! ain't nobody got time for that! (that's why i hate overly feminine girls, they tend to be indecisive!)
haih kalau semua benda nak suruh orang lain tolong pikirkan untuk kau, lebih baik jangan jadi manusia. lebih baik jadi kucing. kucing pun tau pilih nak makan apa okay?!
cakap pasal makan ni sensetip dia lebih sikit, ampunkan saya.
oh satu lagi, just nak bagitau aku dah beli the sims, finallyyyyyyyyyy! sebelum ni rasa macam erk tak payah lah beli benda-benda laghooo seperti ini namun siapa boleh tahan nafsu gaming kewanitaan iolsss, makanya harus lah beli juga! pergi tanya kat sungei wang dia cakap the sims 4 takde stock dan the sims 3 takde yang untuk mac. lagipun kalau ada, ianya adalah berbentuk dvd di mana laptop iols tiada dvd drive leulz. initially nak jugak try download pirate punya sims tetapi sebab bengap it, cuba-cuba tetap jugak tak menjadi lalu terlalu marah akhirnya impromptu decision terus beli the sims kat origin there and then. haha! ingatkan nak beli the sims 4, tapi dia baru release on mac last february so tak tau stable ke tidak kang dah beli sekalik banyak nau problemnya ada yang dapat complaint email berantai dari iols kang. lagi satu, harga dia adalah terlalu mahal kahkahkah 89.90 bukan duit malaysia. selepas convert it is close to 300 hengget i die! the sims 3 cuma lah 34.90 yang apabila convert dalam 100 hengget macam tu je. siap dapat 2 extra expansion lagikkk jadi lah. kedekut tapi nak main game. huahuahuaa. tau tak apa benda yang lebih menyakitkan hati? selepas seminggu aku beli the sims 3 tetiba origin ada sale dan the sims 4 cuma lah berharga 39.90 herghhhh! *tamparjiransebelah*
tak kisah lah yang itu. the damage's done. there's nothing i can do about it. yang penting skang hari-hari iols busy membina family bahagia. hari tuh dah buat 1 family tapi main halfway je sebab tetiba rasa macam tak nak anak banyak - time tu anak dah sampai 4 lepas tu 3 daripadanya hitam sebab bapaknya hitam T___T anak 4 sebab nak 1 lelaki 1 perempuan je tapi the first 3 kids adalah perempuan hanya selepas mencoba buat kali yang keempat keluar anak lelaki. hergh. tapi bapak dia gaji banyak tau walaupun hitam sebab dia adalah medical doctor dan emaknya adalah.. err lupa!
kali ni main memang dah tetapkan nak anak sorang je kalau boleh lelaki sebab nak teruskan legacy Al-Faliqh leulz alhamdulillah memang anak lelaki yang dinamakan Syed Emannuel Al-Faliqh. nampak kulit macam suam-suam kuku juga takpe lah iols memang suka lelaki hitam. hakhak. siapa nama bapaknya you ask? Syed Edzryzal Al-Faliqh. jangan lah tanya mana dapat nama tu sebab memang sentiasa bertukar-tukar tanpa alasan yang kukuh. asal ada nama kat kepala terus letak tiada kaitan antara yang hidup mau pon yang mati. yang penting, kena nama orang yang iols tak kenal. harommm sesekali letak nama yang dikenali contohnya Syed Hadzrin, Syed Engku Hilmi, Syed Faisal apatah lagi Syed Muhd Faiz euwwww itu semua nama kawan-kawan rapat (walaupun nama yang last tu bukan lah kawan rapat ahak ahak) rasa macam sumbang mahram dan jijik terutamanya apabila suruh skinny dip dalam swimming pool kahkahkah.
KORANG PAHAM KE TIDAK APA YANG AKU TENGAH CERITA NIH?
tak paham pon takpe, iols masih mahu cerita. hewhewhew.
Syed Edzryzal adalah tentera. kenapa tentera tak tau lah iols sengaja nak cuba benda baru tak pernah lagi main sims kasi dorang kerja under military career path. tapi gaji ciput hergh geram betul lepas tu seminggu kerja 3 kali je bila tah nak kaya. yang perempuannya kerja dalam music field so tak abis-abis kena bagi dia main guitar sekalik dia gorenggg haih macam jantan. T___T pon takleh nak kaya juga sebab siapa suruh beranak lambat cuti bersalin je dah 7 hari buang masa tak dapat nak naikkan pangkat dia. i'm thinking of having another baby, kalau boleh baby girl. tapi takot kang time pregnant sim wanita iols tetiba tua haaa pitams! sebab dorang dah hampir tua dah tu anak baru sekolah rendah. pfttt siapa suruh kahwin lambat. hekhek. lagi sadis apabila nak kan anak perempuan dapat anak lelaki. takde idea lagi dah ni nak letak nama anak lelaki apa! opkos kena urup E juga, iols anal bab-bab gini.
kalau anak perempuan nak letak nama Sharifah Esmeralda sebab arituh macam tertengok cite hunchback from notre dame! hakhak. nampak bukan betapa matangnya seorang Fasheeha? tapi malas lah nak amik risk nanti tunggu cucu jela letak nama tu. anak biar sorang je. ni skang nak kena pikir buat orang baru letak kat rumah lain nanti dia besar boleh kahwin kan dengan anak iols si Emannuel.
amacam? cukup saikosis tak? patut tak berhenti dulu sebelum di cop kurang siuman?
mungkin patut.
kbai!
balik karang iols akan pikir macam mana nak meluaskan legacy Al-Faliqh lagi. apa lagi nama anak lelaki mula pada urup E yang aku boleh letak ni? hmmm.
label:
being an adult,
randomness,
working life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment