Saturday, July 26, 2014

Naik Hantu


seingat aku, ada 3 kompilasi cerita yang aku nak kongsi pasal aku naik angin dalam tempoh seminggu ni, tapi buat masa sekarang aku cuma ingat 2. yang lagi satu tu, kalau dah tak ingat maksudnya tak penting sangat dah lah tu. okay. 

cerita pertama


last sunday kalau tak silap aku, balik dari iftar ngan cousins semua aku tolong lah hantarkan Damia and Aiman balik rumah. (damia n aiman are my cousins, my favourite 8 & 6 years old cousins) so on the way balik tu aku tanya dorang nak air pape tak sebab sebenarnya aku yang haus kakaka dan aku bayangkan kalau aku haus sebab tak puas minum air kat restoran tadi, tentu lah dorang ni pun haus. so dah sampai area rumah dorang aku singgah 7e. area kg pandan ni memang sempit tau jalan dia. rumah-rumah kedai kat situ memang banyak orang park kereta tepi jalan, double park bagai. itu takpe, bukan kita tak biasa buat kannn. asalkan kau kejap aje or ada orang tunggu dalam ke apa, tak kisah lah. namun, ada orang dia bodoh bengap. bodoh bengap takde common sense. yang driver dah memang selfish tinggalkan kereta lama-lama, yang lagi bengap bini kat tepi duduk tercongok jadi batu nisan kat situ. 

aku bukan kena block dengan kereta alza tu, aku belakang kereta tu. by the time aku dah selesai berurusan dengan 7e, aku nak keluar, kereta tu dah ada kat depan. kalau biasanya kita akan potong kereta tu curik lane sebelah sikit kan. tetapi kebetulan time tu jugak lah kereta berderet-deret 3-4 nak lalu dari arah bertentangan. aku dah keluar kepala sikit, so terpaksa masuk ke dalam. kereta 1st, 2nd 3rd lepas, tapi kereta yang last tak lepas sebab dia macam kereta 4wd ala2 storm mcm tu, so die besar. aku nak reverse ke belakang tak boleh sebab lori park dalam kotak, kepala lori tu macam terkeluar sikit. so seperti semua orang yang berada dalam keadaan aku, the next possible step is to honk. and so i honked.

aku tau ada orang dalam kereta tu kat sebelah pemandu, dia siap pasang lampu yang atas kepala tu, korang panggil apa lampu tu? mula-mula hon manja ala-ala bagitau suruh depan sikit. dia buat derkkk, der. so picitan hon menjadi lebih keras sikit dan lamaaa sikit, kali ni betina tu tutup lampu atas kepala dia. konon-konon macam tak nak diganggu ke apa macam peliss lah kate tak nampak aku dalam kereta ni pelisss. anjing. dah sah-sah aku nampak kepala kau gerak-gerak dalam tu. so hon menjadi lebih ganas dan berterusan tiada henti. tetapi sebab dia bukan perempuan biasa tetapi dia adalah anjing betina, makanya dia tak paham erti honking adalah untuk suruh kau tolong ke depankan sikit kereta kau tu. driver 4wd tu mcm dah pandang-pandang si alza macam bagi hint suruh jalan ke depan, dia tetap buat derkkk, der. anjing kan? mana lah paham pandangan dan jegilan manja. 

so adik aku hilang sabar, dia keluar kereta. keluar kereta dan hint kat betina tu suruh alih kereta. dia buat-buat tak nampak and pandang tepi and tak bukak cermin kereta, der. hanginnn. last-last i kenot tahan entah macam mana aku buat tah, akhirnya lepas jugakkk lah si 4wd tu sambil mengangkat tangan. blahh aje 4wd tu, adik aku masuk kereta, aku potong si alza tu dan berhenti betul-betul tepi kereta dia, hon sepanjang alam, bukak tingkap dan jerit sekuat hati "BODOHHHH! PEREMPUAN BODOH!" (setakat tu jelaaaa pon tahap aku, aku tak reti tunjuk sign fcuk ke apa serius tak pernah buat sepanjang driving)

tapi sebab dia biadab, dia pandang depan tak toleh-toleh tepi langsung. kau pergi mati sanaaa jadi batu nisan lagi bagus. takde function kau duduk dalam kereta, pergi duduk dalam kubur sanaaa takde siapa nak hon kau. kau kalau tak reti drive kau bukan takleh angkat tangan bagitau elok-elok kau takleh drive, tolong tunggu husband kau kejap ke apa ke. tak pun, have a courtesy untuk at least call husband kau. say sorry pon boleh kot time adik aku pergi kat dia. ini tidakkk, dia buat tak nampakkk. ini manusia penyabar pon boleh jadi hilang sabar occayyy.



cerita kedua


aku kat opis, selain pendiam aku jugak penyabar. nampak macam cuba buat kelakar, tetapi ini adalah kebenaran. macam kalau kena push atau buat benda yang bukan dalam scope kerja aku tu, perkara biasa. cerita ni berlaku di pagi hari. pepaham jelaaa kalau pagi-pagi tu jarang benar mood penyabar nak datang. dapat pulak these past few days memang terover busy sebab nak raya so banyak benda nak settle, distribution tutup beberapa hari dan ramai staff yang amik cuti lama. pagi-pagi lagi kena jadi orang tengah yang sorang bengang yang ni, yang ni bengang dengan yang sorang lagi. aku pulak yang kena tadah telinga. layankannn. sekalikkk this one regular supplier called. cakap pasal order barang. memang salah kat side aku, sebab fax PO dua kali, tapi tak payah langsi. apa-apa pun, aku ni customer. 

Mira (nama sebenar): saya nak bagitau, awak ada fax PO yang sama 2 kali. macam mana boleh jadi macam tu? *suara mendatar ala-ala nak marah*

me: oh sorry, staff i yang fax tu. this week kita punya facsimile machine memang ada problem sikit tak boleh nak send and receive fax, that's why kita refax semua PO yang this week punya. *aku terangkan baik-baik"

Mira: ehhh tak boleh lah macam tu. kalau kita salah tengok and terhantar barang dua kali macam mana?! siapa nak bayar?!

ewah-ewah. time ni aku dah start berhangin. 

1) kau ada mata, kau boleh checkkan kan?
2) kau ingat company aku company cabuk, tak boleh bayar kalau kau hantar double pon?
3) kau boleh cakap baik-baik tapi kau nak tunjuk besar kepala kau, kau tunggu sanaaa.

me: you bukan tak boleh check no po kita, barang-barang yang kita order. *suara dah start mendatar jugak*

Mira: kita kat sini busy mana sempat nak check satu-satu.

me: itu masalah you, bukan masalah i. kerja you untuk check and process every po.

Mira: yelahhh, awak pon takde call ke inform ke bagitau awak nak refax. kita tadi dah hampir nak hantar barang yang sama tau tak?

me: tak payah bagi alasan. kerja buat cara kerja. you yang tak check betul-betul tak payah nak put the blame on others. siapa nama you?! 

Mira: Mira.

me: okay cik mira, lepas ni i'll make sure everytime i fax po kat you i akan call. buat kerja jangan banyak mengomel, mata ada. lain kali check dulu betul-betul po yang customer send. semua orang busy bukan you sorang aje! 

and i hang up dengan menghempas talipon sekuatnya lagak seperti gadis-gadis opis yang terlalu marah dalam drama melayu sebelum dia sempat abiskan ayat dia. rot in hell bitch. 

lepas aku letak je fon, semua orang dalam opis pandang dengan muka tidak percaya. sebab apparently aku tak pernah tinggikan suara kat opis. T____T rosak rekod kesabaran iols di hadapan rakan taulan. sobs. 

ada satu benda aku nak bagitau, 80% of an argument/miscommunication berpunca daripada salah guna tone of voice, trust me. aku tau memang salah side kitorang sebab fax dua kali po yang sama dan tak inform. tapi kau tak payah biadab macam kau pulak yang boss. kau dengan aku sama aje, makan gaji. kerja kau receive po, process po, sediakan barang yang customer mintak dan set driver untuk pergi hantar barang. kerja aku, pastikan barang yang aku order sampai tepat waktunya. kau busy ke mata kau buta ke aku pedulik hape. kalau tak nak busy boleh pergi cari kerja jadi tukang kasut kat chow kit. zaman skang orang dah jarang baiki kasut, rosak lempar buang beli baru aje. okay?

yang paling best siap tanya macam nak cari gado "kalau saya terhantar barang 2 kali, siapa nak bayar barang ni?!" hellooooo tak payah nak over okay. kau macam best gila. boss kau kemain very polite cakap baik-baik bila jumpa terhangguk-hangguk senyum. yang kau mengalahkan boss dah kenapa? time nak business pandai pulak sibuk cari orang, dah dapat business perangai serupa tahi. bye, kak jah carik supplier lain chu olzzzz. so longgg.  


cerita ketiga

kan dah cakap tadi, tak ingatttt. :'(

ok bye.

setakat hari ni aku masih berpuasa penuh. ahem. tinggal esok je pon lagi. yang perempuan-perempuan tu, mampuuuuu keeee? hins hins. *berlagak sikit kasi pahala puasa kering*

No comments: