Saturday, June 28, 2014
Sama Tapi Tak Serupa
perempuan memang tak dapat dielakkan dengan kecantikan - atau percubaan untuk menjadi cantik. contoh terdekat, moi. natural beauty memang takde dalam kamus hidup aku makanya terpaksa lah seorang fasheeha bertungkus lumus untuk kelihatan cantik (walaupun hakikatnya.. bye). bertungkus lumus dalam pemahaman aku tentu lah setahun sekali potong rambut, 6 bulan sekali shopping baju, 3 bulan sekali potong kuku (kahkahkah iTipu) dan mungkin sebulan sekali bermekap ke tempat kerja. tapi takpe, bukan kah cantik itu sesuatu yang subjektif? *sedapkan hati*
nak dijadikan cerita, some time last week sementara nak menunggu game Germany pukul 3 pagi, aku cuba distract diri aku dari rasa nak tidur yang begitu menebal dengan mencabut bulu kening. yes, most of the time i did it myself dan selalunya orang tak tau pun aku pluck eyebrows sebab aku tak reti bentuk, just bersihkan lalang-lalang gitchewww. oleh kerana eyebrows pon dah bersawang makanya mari lah menebas sambil fefeeling dengar lagu dan berbaring manja di atas katil.
satu masalah besar aku, aku cepat distracted dengan benda lain. selalu gileeee kalau aku menebas rumput di kening, aku akan boring. macam sebelah kening semangat dan beria, sebelah lagi macam nak cepat-cepat sebab dah malas. so the other day aku dah buat sebelah kening, tengok jam oh oh dah pukul 3 pagi. my gadddd terpaksa bergegas ke depan tv dan postpone cabut bulu kening belah kiri. ingatkan lepas game nak sambung menjadi pembajak berjaya, rupanya lepas game mengantuk tehruk tahap mata bukak sebelah je nak jalan masuk bilik lalu terlupa tentang kening yang tidak simetri. takpe lah kan, siapa pulak yang nak pandang kau tidur dengan kening sebelah kemas sebelah bersepah ye dak?
so keesokkan harinya bangun aje tido terus diajak oleh memok untuk ke shah alam katanya ada hal dan suruh aku siap cepat sebab dia punya hal tu pukul 1.30. at that time, pukul 12. makanya tanpa buang masa terus aku memecut laju ke bilik air mandi sepantas yang boleh tak sabun kaki shhh rahsia kita-kita aje. time cuci muka terperasan kening sebelah tebal sebelah nipis. -__________-' tapi memang tak sempat ya nak cabut dalam bilik air hatta ketika tengah bersiap pun. lalu dengan keredhaan yang setinggi gunung nuang, pergi shah alam kening tak simetri. K.
oh ya, off topic sekejap. kat shah alam aku telah pun mendapatkan segala jenis makanan yang aku teringin yang takde kat rumah yakni tempe kering, laksa dan cendol tepi jalan (bungkus laksa 4, cendol makan kat situ 3 mangkuk dan bungkus lagi 4 sumpah tak tipu), dan nak try pisang cheese jakarta juga malangnya time pergi tu dia baru bukak dan baru nak goreng pisang aku rushing nak ke tempat lain makanya cuma sempat amik bau minyak panas aje sobs soon pergi lagi shah alam akan ku dapatkan tidak kira apa pun yang terjadi.
berbalik kepada kening.
petang balik rumah rehat kejap sekalik kawan ajak pergi tengok wayang. like, now now. makanya keluar sekali lagi dengan keselekehan tak sempat simetrikan kening dan berdosa semoga dia tak perasan. tapi sebagai perempuan tipikal, pasti lah rasa nak marah kenapa tak perasan kahkahkah i iz complicated pelis pogib me lalu di dalam kereta lepas tengok wayang;
me: you perasan tak ada sesuatu yang pelik kat muka i?
mustafa kamal (bukan nama sebenar): apa dia? *acuh tak acuh dan meneruskan pemanduan*
me: you tak perasan ke dari tadi dari i masuk kereta sampai kita tengok wayang sampai kita dalam kereta balikkk?!
mustafa kamal (bukan nama sebenar): perasan apa? kenapa dengan muka you?
me: *tak puas hati* cuba you tengok muka i, apa yang you nampak berbeza?
mustafa kamal (bukan nama sebenar): *tengok 1/2 saat dan pandang depan semula* dahi ngan pipi you naik jerawat?
me: you tak tengok betul-betul. pandang lah sini perhati betul-betul. bukak mata luas-luas. bukan jerawat. yang itu jerawat minggu lepas you lupa keee?!
mustafa kamal (bukan nama sebenar): apa dia? i tengah drive kan? apa yang berubah? hari ni you tak pakai lipstik merah?
me: *give up segive up give up nya* cuba you tengok kening i. sebelah nipis sebelah tebal. *mood nak memulakan penceritaan is on* you tau tak semalam i tengok bola lepas tu i mengantuk lepas tu i lupa nak cabut kening sebelah bla bla bla lepas tu bla bla bla. selekeh kan i?
mustafa kamal (bukan nama sebenar): tak pon.
me: tak keeee? sebenarnya you tak perhati kan pon kan. sebenarnya you tak perasan. sebenarnya you tak pandang pon muka i kannn.
mustafa kamal (bukan nama sebenar): *kali ni pandang dengan sungguh-sungguh dan serius* kening you pendek. *kerut dahi* *percubaan untuk konon-kononnya paling attentive*
KAU MEMANG KELAKAR BANG. -______________________-"
so keesokkan harinya pergi kerja dengan yakin orang takkan perasan.
dan keluar berpoya-poya.
dan pergi kerja lagi.
dan keluar lagi.
tanpa ada niat menyimetrikan kening kiri.
semalam, berjumpa dengan le sisters pergi makan kat TRYST SS15 omg murah hoccay order hot macchiato, chicken burger pancake dan mashy chili corn carn (agak-agak aje nama dia sebab dah lupa kahkahkah) cuma lah rm28. happy ke tidakkk? sirloin steak dia rm20. *menangisgembira*
sampai dalam pukul 8 macam tu. lepak-lepak borak-borak makan-makan sampai pukul 11.30.
NO ONE NOTICES MY ASYMMETRICAL EYEBROWS.
it's either they love me too much they decide to just shut up or they love me too much that they see me beyond appearances. kahkahkah. (i secretly hope it's both)
okay more of a realistic guessing;
maybe my eyebrows were never symmetrical in the first place that's why they didn't notice.
i mean, that's why NOBODY NOTICED.
which i can't really decide whether it's a good thing or a bad one. hehe.
cheers!
anyhoo, Ramadhan starts tonight! have a blessed one! ;)
label:
girlfriends,
me myself and i,
rants and chants,
sisterhood
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment