Monday, April 18, 2016

Gone Pimples Gone


aku still ingat lagi aku pernah janji nak share pasal keterukan jerawat kat muka aku pada suatu ketika dahulu di mana langit dirasakan begitu mendung, burung-burung juga tidak berkicauan, jangankan rama-rama, malahan pepatung tidak sudi berterbangan bebas di udara melihatkan rupa kulit muka daku yang hazabbb. kisah benar, sis. bukan cerita rekaan. bila diingat kembali, rasa pilu itu masih menusuk dada. hingga kini, parut itu masih kekal terpahat di ingatan - alhamdulillah tidak kekal di muka. ahak ahak. syukron ya robbbb!

aku sebenarnya dah lupa bila kes muka naik jerawat teruk tahap hati sedih hati pedih mengenangkan keindahan bersamamu tidak ku sampaiiii ke puncak sanaaaa tapi it's somewhere around may, june last year macam tu. lepas tu it got worse and worse sampaiiii lah aku jumpa bagaimanakah caranya dan apakah produknya yang dapat membantu menghilangkan hati sedih hati pedih daku itu.

punca datangnya jerawat adalah misteri sebab at that time aku takde pun membuat penukaran skincare ke mekap ke (tukar pencuci muka tapi itu selepas kes muka jerawat), adakah mungkin kerana makin menginjak usia tua? atau kerana selama ini tak pernah ada proper skincare regime lalu kulit marah dan dambakan at least 3 regime kecantikan muka 2 kali sehari? masih misteri guys!

meh sini aku share bagaimana rupa jerawat yang tumbuh di muka tanpa diundang itu. harap tiada yang trauma. leulz.


haaaa ini memula guys! time dia macam baru nak bagi amaran.


ini dia dah start tunjuk amarah dia. lepas tu kita letak lemon nak kasi surut sekalik dia naik merah-merah chu olzzz. pedih toksah cite lah. tapi i perseverelahhh nak kembali pulih punya pasal.




haaaa dia sampai tahap jerawat kecik-kecik tu jadi hitam k. tak tau lah nak nangis ke nak redha ke nak nangis tapi redha tapi sedih lahhh. time ni macam masih tertanya-tanya why why kiya huwaaa kiyuuu por que?! tapi aku terus stop lah segala mak nenek pencuci muka semua sebab macam dah cuak. kalau picit yang hitam-hitam tu nanti dia keluar macam whitehead keras kuning. T____T tapi takut nak picit lebih-lebih takut muka berlubang. so you think this is the worst kan? couldn't get any more worse kan? wrong.

ini yang jadi lepas tu without me doing anything to make it angrier pon except lemon. tu pun tak buat hari-hari sebab pedih hakhak.





teruk kannnn? time ni macam dah start rasa down sebab selama ni at least gemuk jeeee guys tetapi lepas tu selain gemuk dah tambah jerawat pulak. bukan sikit-sikit k, sekali pakej jerawat batu. kau rasaaaaa?! dan ini bukan yang paling teruk kerana...



HAHAHAHAHA SEKALI PAKEJ MUKA SEDIH KAU RASAAAAA?!! MEMANG NAMPAK KAN KESEDIHAN TU?! selain jerawat yang beranak pinak tetiba hidung juga turut berkembang mekar kahkahkah. haipppp!

so what did i do untuk hilangkan jerawat ni?

it took me months tauuu! sebab tak nak kelam-kabut terus beli produk itu lah ini lah dan buat kulit aku lebih sensitif.

1) aku stop terus segala tok nenek apa sahaja produk yang aku pakai kat muka. i stop using make up (sebulan jelaaa. nampak kulit dah ok sikit pakai balik lololol) tukar cleanser kepada yang lebih mild. aku pakai mak aku punya cleanser which is from cosway i think??? bagus lahhh sebab tak pedih tak kering tak terik kulit. so sampai sekarang aku pakai cleanser tu.

2) i incorporate DIY masks into my facial regime. mostly mask yang aku buat adalah yang aku boleh dapat bahannya kat dapur rumah. motto hidup aku mudah; if you can eat it, sure as hell you can put it on your skin. gittewww. tapi jangan lah bodoh piang pergi tepek cilipadi tumbuk kat muka. itu menempah neraka namanya. tapi sumpahhhh i love love love all my DIY masks dan aku rasa itu memang penyebab utama kulit aku beransur pulih!

3) i know this sounds so cliche, tapi minum lah air kosong banyak-banyak. memang membantu! kulit aku kering gila tahap mengelupas waktu aku salah pakai cleanser hari tu. takde cara lain, memang kena paksa diri minum air banyak-banyak.

4) i take vitamin c daily. aku amik yang soluble. kalau berduit lebih, boleh pergi amik injection mungkin itu lebih power hasilnya. kalau duit tu ada-ada je macam aku, amik lah chewing pill ke, soluble ke. aku suka soluble sebab rasa dia macam air soda oren. sedappp. plus, tambah aku punya water intake. ;) lambat sikit kesannya tau. jangan makan seminggu give up! aku pun baru betul-betul amik tak skip sejak bulan 1 arituh. dulu memang ada makan, tapi tak istiqomahhh. sekarang ni senang, aku tinggalkan 1 tube dalam drawer kat opis, 1 dalam handbag. pegi makan kat luar order air kosong, masukkan 1 tablet dalam tu, wallaaaa settle! (inject lagi senang ye dak?)

kawan aku suruh aku makan dia kata bagus untuk bagi kulit nampak glowing, pondan-pondan telan vitamin c lahhh untuk cantikkk! (dan mungkin segala jenis pil tambahan lagi, itu aku tak sure) so korang pun makan lah jugak k? kawan aku amik vitamin c sumpahhhhh cantik lah kulit diaaa! cantik bebenarrr. nak kata seri dia pregnant tak jugak chu olzzz sebab dia pun skin problem jugak time pregnant. kulit cepat baik lah makan vitamin c. tak kisah apa-apa brand pun. last time aku selalu dapat free je mak aku amik kat klinik genting, brand redoxon. tapi skang ni aku telan brand cebion. mana-mana pun okay. amik yang 1000mg.

5) minum lah green tea. bagus jugak untuk kulit. sebelum ni aku takleh terima lah green tea takde gula semua tu. tak sedappp. tapi lama-lama dah okay. so kalau rajin minum hari-hari k. aku pemalas. aku minum bila ada mood je. tapi at least sekali seminggu memang aku minum lah.

6) toner. aku pakai brand Thayers. best sebab rasa macam air je letak kat muka. muka tak rasa panas, tak rasa pedih, tak rasa kering langsung!

7) MASK! pakai! the best! aku suka the instant kulit lembut yang aku dapat. dan lepas tu jerawat tak tumbuh sangat. dan kalau ada jerawat pun, cepat kering! aku tak suka sheet mask sebab entahhh aku rasa tak feel. lagipon size sheet mask tu kan sama je aku tak suka. dahi aku luas boleh cover setengah je kahkahkah wtf rasis! hidung pun nanti takleh cover semua huahuahuaa. yelaaaa muka dulang kannn. nanti aku share apa mask yang aku buat and guna, next time! sure tak menghampakan! fully recommended. hehe.

okay tu jelahhhh nak cerita.

gambar sekarang takde pulak yang close up. iols dah jarang selfie sorang guys! sebab sedar diri muka kini tidak lagi nasha aziz tetapi lebih kepada hampas kelapa. hakhak.

ni gambar malam tadi guys. cantik kannnnnnnnnnnn kak nasha?! bahahaha.


 okay lahhh gambar serius lahhh. tapi takde yang tak mekappp. ini dah mekap tapi jangan bimbang sebab skill mekap aku pun ala-ala mendung tak bererti hujan je, concealer pon takde guys. so tak jauh beza sangat lah pakai mekap dengan tidak ahem ehem.


alaaa sorry lah feeling lebih! ini gambar untuk simpanan peribadi. so dia macam mengada sikit lahhh. kahkahkah. tapi kulit aku macam so much better kannn? I KNOW.

nanti aku share pasal mask pulak k!

No comments: