Thursday, October 3, 2013
Routine
life has been pretty stagnant these days.
tapi tetap lah, bersyukur.
dah lama tak feeling-feeling selfie jadi tiada gambar menarik untuk di kongsi bersama.
gambar tak menarik, banyak. hehe.
bulan lepas aku telah kurangkan my coffee consumption sebanyak 75%, lalu berjinak-jinak dengan hot green tea.
tak sedap pun green tea tapi the feeling afterwards, rasa macam dah sihat energized dan kurus leulz.
dan jumpa new found love, Dutch Lady Mixed Berries Yoghurt.
rasanya 35% gaji bulan lepas habis pada yoghurt semata. serius!
aku ada beberapa benda yang aku teringin nak cuba. yang insignificant pada sesetengah orang mungkin tapi betul-betul rasa nak cuba;
1) toilet RM2 kat KLCC.
teringin jugak nak tau apa bezanya dengan toilet free klcc yang lainnya. adakah lepas berak ada tangan ajaib tolong cucikan? atau marmar dia tolong bersihkan tapak heels iols? atau sambil kencing sambil diurut pinggang?
2) parasailing.
i hate hiking not because i'm not adventurous enough, cuma kenapa aku perlu bersusah payah nak sampai puncak hanya untuk tengok matahari terbenam atau terbit? boleh tak bagi aku parasailing time maghrib ke macam mana ke? sebab aku sebenarnya tak cukup adventurous untuk bungee jump. hakhak. tak suka lah permainan yang turun straight macam tu. you can throw me onto the most adventurous and thrilling roller coaster there is, asalkan jangan yang straight turun ke bawah macam space shot kat genting tu. NEHI. KABHI NEHI. amboi, tetiba bertukar jadi kareena kapoor.
okay sekarang dua aje dulu sebab tak boleh pikir. sebab tengah kerja kahkahkah.
bulan lepas ada beberapa benda yang aku dah achieve yang mungkin insignificant to others tapi adalah sikittt bermakna untuk aku. sikittt.
1) drank lots of plain water
i feel energized and clean. sebab bulan august rasa kotor sangat. kotor segala-galanya. geli. so kena cuci everything inside out.
2) tried green tea for the first time
auwww just auwww.
3) visited orang sakit dan orang mati (both occasions orang yang sama)
tak pernah rasanya kematian orang yang bukan family begitu rasa dekat di hati. she's a classmate. a good friend. an overachiever student. terasa betul time dia sakit kitorang ramai-ramai visit melimpah-limpah air mata aku. first time tengok dia terbaring atas katil, menangis. time pergi dekat dengan dia, menangis. time baca yasin tepi katil dia, menangis. yang peliknya time bisik kat dia kata-kata semangat, langsung tak menangis.
sebenarnya aku penakut tengok orang meninggal. tak takut time tu, tapi nanti balik rumah terbayang-bayang. terbayang-bayang tahap rasa dia ada baring sebelah, dia ada tengok kita mandi, dia ada berdiri pandang kita dari belakang. sebab tu aku kalau orang meninggal jarang pergi, kecuali kalau saudara terdekat. this time aku pergi dia dah selamat kebumi, sebab tak nampak muka depan-depan, tak nampak kain kapan, aku ok aje. time kat kubur, sekali lagi menangis. menangis dengan hingus-hingus sekali sama banyak dengan air mata.
aku tak rapat dengan dia, langsung tak rapat. tegur-tegur macam tu aje dalam kelas. tapi sebab dia baik dan aku rasa dia harapan keluarga dia so aku sedih. lebih sedih sebab ada banyak lagi cita-cita dia yang dia tak sempat nak kejar. dia dah register masuk UM untuk masters, tapi tak sempat masuk her first class.
haih.
hidup aku hari-hari skang abis untuk kerja sahaja.
9-6, monday to friday (bulan ini, sabtu jua straight 3 weeks)
kerja okay, masih seronok masih banyak yang kena belajar, ada masa stress tapi selalunya stress sebab lenguh asyik duduk aje. hehe.
kawan-kawan rasanya makin drift apart bukan sebab masing-masing jauhkan diri ke apa, tapi aku memang betul-betul takde masa. tinggal ahad je. ahad yang perlu dikongsi dengan family, kawan-kawan pelbagai background dan diri sendiri.
aku banyak masa kat laman sosial, biasalah orang dah takde social life.
so aku harap takde sesiapa rasa aku cuba nak menghilangkan diri ke apa.
sebab aku tak pernah cuba pun. buat apa aku nak seek attention orang dengan cara macam tu?
ada kawan aku whatsapp arituh cakap;
"kenapa kau skang dah jarang online?"
aku rasa kawan aku tu tak sedar dia tanya aku. i mean, aku? of all things you can ask, jangan lah tanya kenapa dah lama tak online. aku online 24/7. kau yang tak tegur aku. aku kan self centered dan narcissistic. you tak tegur i, i tak tegur you. settle.
dan sebab aku terasa dia cakap jarang nampak aku dah skang, boleh tahan hari-hari jugak aku update status kat facebook, kalau tak nampak jugak tak tau lah nak kata apa.
ini minggu lepas Damia kesayangan hati siap tulis surat siap ada sampul ajak kak chea dia jenjalan. aku dah cakap dah aku busy, sampaikan budak kecik pun kena tulis surat nak spend time dengan aku. (menyampah kan dengan orang yang sudah bekerja?) makanya this week damia dan aiman tidur rumah aku. dah 2 malam.
btw, damia aje dalam dunia ni yang dimaafkan sebab salah eja nama aku. awas ya kalau orang lain coba-coba. heh.
aku nak beli laptop baru lah. dan henset baru jugak.
henset baru sebab aku ada instagram tapi pakai belekberi. macam mana tu? haha.
laptop baru sebab;
MALAM NI THE VAMPIRE DIARIES SEASON 5 START WOI!
team damon dan team klaus selamanya! bye stefan bye boring byeeee.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment