aku sebenarnya ada kawan yang comel-comel belaka. yang kadang-kadang serupa cilake tetapi selalunya comel sentiasa.
aku ada beritahu sebelum ni yang sekarang aku dah start rajin upload gambar kat fb dan status kan? sehari mesti satu. satu je selalunya, dia takkan jadi dua. tapi istiqamah lah hari-hari ada. dan aku ada kawan yang super comel yang akan comment lepas tu nanti dia pm aku. selalunya, aku akan upload status pasal yoghurt, no joke. dan gambar juga berupa yoghurt. dan sekarang ni aku memang tengah gilakan yoghurt.
aku jenis manusia relaks-relaks. tapi bila aku dah suka sesuatu tu, the only way to get rid of it is to "had enough" of it. macam ayam goreng. macam bubble tea. macam ice-blended mocha. and now, ianya adalah yoghurt.
to be exact, Dutch Lady Mixed Berries Yoghurt.
kadang-kadang beli 1.
kadang kala beli 2.
kadang-kadang cuma spice up things a little dengan menambah snack lain iaitu a bowl of mangoes.
well, ianya memang sedap dimakan sejuk-sejuk. kita sejukbekukan dia dulu sementara menunggu masa lunch abis.
kadang-kadang takde, lalu diri ini jadi sedih. iya, aku syak aku lah yang buat perisa mixed berries sold out.
jadi bila ada kesempatan, kita stock up kita punya kegemaran, takut nanti keputusan bekalan.
i need a bigger fridge, no?
ada masanya rasa nak cuba sesuatu yang berbeza. greek yoghurt misalannya. lebih pekat, lebih manis, lebih mengenyangkan dan lebih mahal.
not bad buat orang yang tengah lapar, makanya keesokkan hari terpaksa beli sekali lagi.
perisa yang unik, terpaksa cuba. you know i like coffee. and skang dah tambah satu lagi kegemaran, yoghurt. dan ini? double kegemaran cappuccino dan yoghurt dan amagaddd! rasa sekali dan rasanya takkan rasa lagi sampai bila-bila. ada benda dalam hidup suka + suka = double suka. contohnya, rootbeer float. ada juga yang seperti besi berani. dua cas yang sama, akan saling menolak. contohnya, cappuccino vanilla yoghurt bluwekkk tak sedap. macam kopi basi.
dan akhirnya redha, kopi adalah kopi. dan yoghurt adalah yoghurt. jangan campurkan sekali. makan sekali takpe, jangan 2 in 1.
and tell you what guys, semua gambar di atas adalah in different occassions tau. bukan snap 14 kali punya jenis.
i bring addiction to a whole new level, what say you? yay or nay?
ada banyak lagi jenis yoghurt yang aku dah cuba, nestle marigold semua. tapi ada yang tak amik gambar. biasalah, pemalas. sama ada malas amik gambar atau malas upload tapi keywordnya di sini adalah MALAS. hewhewhew.
lepas tu rasa macam berjaya sangat apabila dapat mempengaruhi orang untuk cuba. cuba tak semestinya suka. tapi benda elok tak salah share kan? ;)
mangsa pertama, Gebby.
itu tangan kedut-kedut tu tangan dia, kalau tangan iols, dia gebu-gebu. (refer gambar pegang greek yoghurt. sekian) tapi takpe, dengan izin tuhan kalau selalu makan yoghurt mana tau boleh gebu dan tegang juga tangan itu? kahkahkah.
mangsa kedua, Edy.
sebelum
selepas
ada lagi beberapa orang tapi sama ada aku tak screengrab atau aku tak tau mana pergi dia kenapa dalam folder screengrab aku takde. tapi ada lah ijat, capiq. hewhewhew. rasa macam berjaya sangat! lepas tu sepupu kita acap pon kata dia rasa macam terpedaya asik tengok kita post pasal yoghurt aje kat fb. i told you i told youuuu!
okay back to new discovery.
semalam Lola pm aku kat fb lepas bertukar-tukar comment eceh dia kata jangan makan dairy product banyak sangat it can trigger kita punya minyak dalam badan thus buat kita punya kulit oily lalu seterusnya berjerawat. lola memang comel bab ni sebab dia suka buat mejik konon-konon secret lah sangat nasihatkan iols through pm instead of comment besar-besar kat timeline iols. arituh dia siap bagi link diet plan. ada jugak dia pm pasal soping h&m erghhh tak kuasaaa mentang-mentang lah skang dah keje h&m zzzz. tapi semalam dia cakap pasal dairy products boleh menyebabkan jerawat.
IT'S TRUE OMG IT'S FUCKING DAMN TRUE!
bukan lepas sebab dia cakap baru aku perasan tapi aku memang perasan lately ni kulit aku adalah berminyak which i like. lebih baik berminyak daripada kering. used to have a dry skin and it's not pretty occayyy. pakai bedak nanti berbelak-belak dan lepas tu kulit menggerutu tak indah langsung. kulit berminyak at least nampak glowing cuma kau kena rajin cuci muka lah. tapi mungkin sebab aku tak rajin tetiba kulit muka naik jerawat erh margh gerd sumpah tak tipu. aku ingatkan sebab datang bulan tapi sebelum ni kalau datang bulan pun jaranggg lah dia nak buat perangai tau (atau mungkin sebab aku datang bulan 2 3 kali je setahun so tak sempat nak naik jerawat ke cemana kahkahkah) this time 3 bijik hamik kau! mula-mula bawah bibir, lepas tu atas bibir lepas tu tengah-tengah antara dua belah mata kat batang hidung tu. amboihhh, menuju puncak nampak?
aku memang tersangat banyak jerawat occay zaman sekolah cuma bila dah dewasa sikit ni dia macam dah malas nak kua mungkin dah boring kan betul kata orang-orang tua biar lah naik time sekolah time unibesiti dia dah tak kacau sangat dah betul sangat tapi yang naik pulak time unibesiti adalah berat badan k k k.
semalam lepas lola pm terus tersaiko rasa macam eh tak boleh jadi patut lah jerawat banyak tak nak kurangkan makan yoghurt lagi pun semalam baru stock up makanya sementara nak tunggu runningman pukul 11.50 harus lah pakai mask dulu. haaa kemain semangat tetiba pakai mask. sambil pakai mask sambil mengantuk tehrukkk. time tu baru pukul 10 lebih eh eh takleh jadi ni kalau tertido ni sia-sia je tahan mata dari lepas maghrib tadi kannn. kul 11 bukak mask, mata terus rasa nak katup, lalu untuk menghilangkan rasa ngantuk lelaju pergi panaskan air, eh tak buat maggie betul tak tipu. panas air sebab nak steam muka huahuahuaa. makanya, selain daripada berjaya bertahan sampai habis runningman pukul 1.30 pagi, aku berjaya juga membuat perawatan muka mask, steam dan cuci seperti biasa. dah lah sengal pergi pakai mask dulu baru steam herghh tak kisah lah asalkan hari ni rasa macam muka dah tak berminyak sangat kahkahkah.
so kawan-kawan,
produk tenusu boleh makan, tapi jangan banyak sangat okay? tenusu dah lah menggemukkan, ianya juga stimulates oil glands kat kulit. THANK YOU LOLA.
dan marilah bersyukur menjadi aku yang sangat lah lactose tolerant sebab dilahirkan dalam golongan type B. dairy products bring most benefits untuk golongan darah jenis B. ;)
dan ayam adalah musuh ketat type B. ;'((((
hetchu Lola for bringing this up! mesti lepas ni rasa berdosa makan ayam banyak-banyak.
TAPI TETAP AKAN MAKAN, HELLOOO AYAM KOT.
tapi daging lagi sedap kan?















No comments:
Post a Comment