Tuesday, October 29, 2013

Rezeki


i somehow stumbled across one article (which i can't remember where or when i read it) about rezeki which i feel like sharing today. i think it was a shared article from twitter or fb and it went more or less like this;

kalau gaji kita RM2000 tapi kita kerja macam orang bergaji RM5000, tuhan akan bagi another 3000 dalam bentuk yang lain. contoh; kesenangan hati, hubungan yang baik dengan orang sekeliling, urusan harian yang dipermudahkan, nikmat makan pakai tidur.

kalau gaji kita 10k, tapi kita buat kerja ala kadar semua benda main pass kat orang bawahan kualiti kerja macam orang makan gaji 2k sebulan, tuhan akan tarik 8k lagi yang kita *buta-buta* dapat tu dalam bentuk yang halus. contoh; kereta kerap rosak, musibah bersilih ganti, kehilangan barang/orang yang disayang, kesusahan hati, masalah tempat kerja, masalah keluarga.

benda yang halus/ tak nampak ni lagi bahaya sebenarnya. beza orang kerja office dengan orang kerja guna tulang empat kerat (contoh: nelayan) adalah; kalau nelayan, tak turun laut tak dapat ikan = takde duit. kita yang kerja ofis?  tuang kerja gaji still jalan, MC berderet hujung bulan still boleh melantak TGI, workload kasi kat orang bawahan kita goyang kaki streaming movie online, cukup bulan gaji kita still lagi banyak dari orang bawahan kita.

bahaya.

soal berkat jangan buat main.

aku selalu ingatkan diri aku, make sure gaji yang aku dapat berkat. buat kerja jangan banyak mengeluh. kerja kena ikhlas. gaji kita bukan kita buat makan pakai diri sendiri aje, kita bagi parents makan kita bagi anak-anak makan. make sure gaji kita berkat dan yang lebih penting dari hasil yang halal.




and here is a tip untuk murah rezeki, bersedekah.

my mom once said "kalau kau rasa gaji kau macam tak cukup aje bulan-bulan, kau sedekah. tak banyak pun, 2.5% dari gaji kau sebulan. kau letak je dalam tabung surau atau masjid mana-mana. insyaallah, tuhan bukak jalan rezeki kau"

i was hesitated at first so i kept my mouth shut, being all silent and stuff. then Mom added "tak jatuh miskin pun kalau kau sedekah dalam 70 ringgit sebulan"

betul.

2.5% je. bukan 25%.

aku percaya pada berkat dan janji tuhan. :)

jangan sempitkan fikiran kalau rezeki tu mesti lah berupa wang semata-mata atau benda yang nampak jelas kat mata okay?

it is far beyond that.




betul tu kak, adik setuju.

good luck finding money and barakah in our daily life. semoga tuhan perkenankan doa kita yang baik-baik untuk diri kita dan untuk orang lain.

jangan kedekut doa untuk orang lain. kita doa untuk kesayangan-kesayangan kita, malaikat in return akan doakan pula untuk kita.

ok now, doakan aku selamat siap sedia tak nervous bercakap dengan lancar dan yakin time interview kerja bulan depan. doakan aku tak malukan diri sendiri bila nervous - sebab aku bukan saja mengharap untuk diri sendiri, my parents would be so much very happy and proud if i can nail this interview (and get the job!)

you know my goals in life are; 1st) mencari keredhaan tuhan (which i am soooooo far behind now oh god i need to be on track) 2nd) membahagiakan kedua ibubapa. i want to make them proud so so so badly! dan goals yang lainnya yang tidak sepenting yang dua ni, therefore, i'm keeping it to myself. hehe.

doakan.


No comments: