Thursday, August 22, 2013

Self-Torture


ada banyak benda dalam dunia nie yang kita boleh buat untuk torture diri sendiri. menjadi seorang bulimic misalannya, dengan memuntahkan segala apa jadah yang kita telah makan which i proudly say i'll pass. haha. last aku muntah rasanya lebih dari 10 tahun yang lepas dan marilah kita mengekalkan rekod hebat itu selama mana yang mampu. heh. bagaimana pula dengan menjadi anorexic? sounds cool but thanks i think i'll pass this one too. orang bodoh je yang berlapar tak makan langsung sebab nak cantik/kurus/apa-apa jelah alasannya. tapi tak bodoh ya, kalau tak nak makan sebab tak selera. (tak kisah lah apa pun penyebab tak seleranya tu hihihi)

macam 2 minggu lepas, tetiba torture diri sendiri dengan lagu mellow dan sedih setiap malam (mohtipppp) sehingga akhirnya rasa lega dan okay dan jom dengar lagu yang gembira pula. dan sepertinya torture diri sendiri dengan cara yang begitu tidak cukup, i bring them to the next level yakni tidur tak pakai kipas. hahahaha. sakai kan. dulu time sekolah memang aku amalkan tido tak pakai kipas ni sampai lah umur 18. serius. lepas tu stop jadi sihat mula lah jadi wanita pemalas yang suka berkipas, tidak sihat. dan tiba-tiba sejak seminggu yang lepas rasa nak jadi sihat semula dengan memastikan diri ini tidur tanpa kipas di dalam bilik.

hari pertama? gagal. pukul 2 pagi rasa cam nak nangis sebab dah lah panas peluh-peluh (WHICH IS GOOD SEBENARNYA), banyak nyamuk pulak tu. tak kelakar okay. lalu terpaksa menggagalkan misi sendiri. hari kedua? sebelum tidur buat persediaan sembur ubat nyamuk dalam bilik dulu awal-awal. lepas tu baru masuk tido. berjaya tidur sampai ke pagi dalam keadaan peluh-peluh. bangun pagi, mandi dan menggigil. seriussss! hebatnya kuasa tidur tanpa kipas! SILA LAH CUBA. hari ketiga? nak kasi lebih hardcore, pakai toto. dan berjaya juga sampai lah ke hari ini. rasanya dah seminggu kot. aku syak aku nak stay tak berkipas selamanya kot. ingat, nak sihat! aku kan kerja dalam opis, sehari cuma berjalan 100 langkah (hahaha), tidak berpeluh langsung. aku risau aku tua sebelum usia. hence, this stupid idea. hekhek.

selain itu, aku juga mengamalkan makan buah at least 1 serving sehari. tapi buah aku buah kurang sihat yakni mangga. mangga oren ya. yang terpaling manis dalam dunia tu. amagad sedap tapi isetan jual 1 mangkuk kecik rm3.50. menyampah. agak-agak nak jimat (amboi, sihat nak duit kedekkk) beli lah yoghurt mangga. rm1.80 sebekas. kahkahkah. kadang-kadang aku amik pisang. pisang tu buat gemuk lagi ada lah tapi sebab aku suka, lantak lah kan. asalkan buah-buahan. (asalkan buah tu manis) ecewah. dan aku juga dah kurangkan minum air manis ahem ehem. bukan lah kurang sangat. kurang sikittttt je. tadi masih minum air kegemaran iols, mocha. tapi balas dengan air kosong la lepas tu. dan bila pergi makan kat luar ke apa ke, skang dah pandai order air kosong kemainnnnnnnn. so not me occayyy.

haih. tak tau lah ketidakstabilan emosi ini sampai bila. tapi this is driving me crazy already. there were times yang tetiba rasa nak delete semuaaaaaa laman sosial serius tak tipu kau dah kenapa kannnn apa dosa laman sosial kepada kau. tapi betul-betul rasa nak. ada tetiba jugak tetiba rasa nak kaler rambut warna pelik-pelik. lepas tu tetiba rasa nak potong rambut pendek pulak. lepas tu rasa macam nak pakai tudung. KAU DAH KENAPA HAH PONDAN?! lepas tu kadang-kadang rasa macam nak jadi invisible. invisible yang jangan angkat orang call, jangan reply orang text, jangan update apa-apa kat blog, jangan tweet apa-apa langsung, jangan update anything kat facebook jugak!

I THINK I'M HAVING QUARTER LIFE CRISIS.

and i'm not even 25 yet!

relax lah kan. 25 baru pikir lahhh.

can someone tell me, what is reallyyyy wrong with me?!

ke atau pun aku sorang je rasa aku pelik semua orang nampak aku macam biasa?




No comments: