Thursday, February 19, 2015

Lembik


salah satu perkara yang paling merengsakan hati aku adalah perempuan lembik. lembik as in terhegeh-hegeh di dalam semua perkara. lembab in a sense that bila dia buat sesuatu dia take her own sweet time to the point that it is not sweet anymore. contoh; berjalan dengan kaki yang diseret-seret penuh keayuan, bersiap dengan mengambil masa dari azan isyak membawa kepada azan subuh, bercakap dengan percakapan yang sungguh tenang setenang-tenang cengkerik yang tertidur (sampai kau rasa macam "eh boleh tak fast forwardkan sikit apa yang dia ni nak cakap tak abis-abis asyik ada comma je cerita dia"), atau bahasa paling mudah dan simplenya - LEMBIK.

throughout 25 tahun aku hidup (ehem baru 25), aku memang ada encounter orang macam ni one too many times. sama ada dia memang orangnya jenis terlebih hormon estrogen jenis yang memang lemah-lembut wanita melayu terakhir sejak bayi tak pun jenis perempuan cover cun sebab dia rasa semua lelaki pandang dia. duhhh. tapi serius nih.

aku ada banyak kawan rapat perempuan tapi dalam kesemua mereka, takde sorang pun yang lembik lembab terhegeh-hegeh nyenyenye.

Ira - pantas segalanya. mandi pun 5 minit settle. rambut dah sedia cantik tapayah susah-susah nak beria iron rambut di pagi hari sebelum check out hotel *tumbuk cermin*

Xeera - perempuan ni selambek class 8.30 pukul 8 baru bangun mandi dan bersiap (walaupun alarm dah start bunyik lagu maroon 5 sedari pukul 6.30 pagi). kau rasa?

Fah - ini pun jenis relax-relax kalau dia lambat ke apa, dia suruh orang pergi dulu takyah tunggu dia. senang!

Tasha - yang ni tricky sikit sebab dia siap lama tapiiiii.... sebab dia tau dia siap lama makanya dia akan jadi orang yang terawal mandi. dan perkara yang lainnya alhamdulillah tak lembab. sebab dia ni sentiasa on the go ke sana ke sini makanya lembab dan lembik tak boleh ada dalam istilah kamus hidup dia.

Elda - punnn jenis yang sehari ada 714 plan, dalam banyak-banyak best friend aku dia mungkin yang paling banyak hormon estrogennya namun dia tak jalan lembab tak terhegeh-hegeh yang menyakitkan hati.

Jet - dia ni pun dulu time kat kedah 3 sem berturut-turut sebilik dengan aku dan walaupun kita seperti belangkas namun jika salah seorang lembab di pagi hari, yang seorang lagi akan selambek pergi class dulu tak main nak tunggu-tunggu bagai. bersiap sepantas kilat, berjalan seperti angin dan pabila sampai kelas dia lah mayat hidup yang paling tragic sekali kerana selain daripada kurus, dia juga pucatttt tehruk namun masih cantik. hah puwasssssssss tetiba puji lelebih. kakaka. sebenarnya rindu. tu je.

Keilen - yang ini aku tak tau lah kadar bersiap dia cepat ke lembab sebab tak pernah betul-betul menunggu dia. tapi sebab dia swimming buddy aku, dapat lah aku simpulkan bahawasanya dia memang jenis tak lembab (selalunya dia yang akan tunggu aku mandi kakaka). dia jalan takde lah laju mana walaupun tak pandang kiri kanan tapi yang pentinggg dia memang tak lemah lembut langsung. yang kalau kau pergi karaoke nyanyi lagu jiwang leleh-leleh untuk test kemerduan vokal, dia rap lagu pitbull (dan semua playlist karaoke dia lagu britney spears..)

Vio - dia ni semua benda 5 minit je. settle. kalau macam nak ajak aku keluar, awal-awal siap pesan "kau tak payah lah mandi lama-lama sangat, mandi 10 minit je" tak pun "kitorang amik ko pukul 8 tauuuu dah pergi mandi skang" - time tu pukul 5.30 petang. apa perasaan kau?

Lola - yang pasti bukan jenis nyenyenye menyakitkan hati jalan seret-seret kaki betulkan tudung 72 kali dalam seminit.

Nab & Pa - the only time yang aku nampak Nab lambat ialah time mekap tunang arituh. itu pun sebab orang mekapkan. agaknya kalau dia mekap sendiri sebelum subuh dah settle segalanya. gittew.

LETIH JUGAK KALAU NAK MAIN SEBUT NAMA SORANG-SORANG NI. okay lastttt;

Geb - yang ini tak perlu cerita lelebih, kalau orang kata dia lemah lembut aku terjun jambatan klcc dulu. tu je. satuuuuu je yang nampak lembut pada dia iaitu nama dia - Nabilah Amelia yang itu pun bukan nya dia guna. alih-alih orang semua panggil Geb jugak. heh.

long story short, dapat lah disimpulkan bahawasanya semua girlfriends aku adalah wanita tabah dan tough dan pantas dan kalau mereka kata mereka lemah-lembut anggap jela mereka tipu sunat.

aku tak tau aku kategori si lembab atau pun tidak, tapi kalau aku lembab aku anggap je lah sebab tu aku takleh geng ngan si lembab juga. cas yang sama menolak antara satu sama lain k? 

aku rasa lemah lembut tu perlu, pada perempuan tapi kena ada batasnya. ini yang sampai nak habiskan 1 ayat kita sempat habis sebaldi kopi tak ke menggeramkan? bukan aku tak pernah cuba mendalami wanita lemah-lembut tapi aku rasa jiwa kita tak secocok. selalunya bila dia dah lemah lembut dia akan ada pakej lain yang aku tak gemar seperti; semuaaaa benda nak kena tunggu dia, semua bendaaaaa nak berteman, semua bendaaaaa nak harapkan kita. i. kenot. go.

aku ada masalah tak suka berkepit berlebihan tak kira lah kau best friend macam mana punnnn. like setiap masa kena nampak seperti belangkas, tiap-tiap hari nak kena mesejjj, kalau pergi mana-mana tak ajak nanti tetiba jadi pasif merajuk di dalam hati dengan harapan kita akan perasan. itu lembik dan tak boleh blah. aku cepat rimas. sebab aku jenis banyak benda aku prefer buat sorang-sorang. contohnya; shopping. boleh lah nak temankan orang shopping, tapi lagi best dok rumah mengadap laptop. kahkahkah. sebab aku tak reti bagi pandangan. mostly apa yang aku rasa cantik, kawan-kawan aku tak suka. makanya ia akan jadi "ok jeeee beli lah jangan pikir lagi dahhh" BAM diorang beli settle shopping jom pergi makan. haha. tak membantu bukan? bayangkan gabungan perempuan lembik dan shopping. oh.my.english. kau sampai dah menderita kanser tulang belakang stage 4 pun belum tentu lagi kawan kau tu dah selesai pilih mana 1 tops yang sesuai digayakan untuk keluar hangout bersama kawan-kawan yang tidak nampak menggemukkan tidak jarang namun tidak terlalu simple. panggg.

itu belum lagi yang kalau keluar bersama 216 kali pergi toilet dan setiap kali masuk toilet 32 minit lamanya. tak ke sakit jiwa kau?

bebelan ini tiada penutup sebenarnya.

aku cuma tengah cuba untuk muhasabah diri betapa bencinya aku menunggu walaupun aku sebenarnya the epitome of super duper last minute girl yang kerapkali buat orang tertunggu-tunggu. the irony.








1 comment:

S.O.L.D.I.E.R's sweetheart said...

lily cantekkk??? lily cntekkk mn???