Wednesday, October 29, 2014

Hey Soul Sister


last week dapat mesej tergempar dari Xeera seperti biasa dengan pendahuluan kata-kata manis namun dipertengahan meminta pertolongan amik dia kat TBS dan disudahi dengan puji-pujian serta terima kasih berjuta kali. apparently dia ada modul kat UTM Jalan Semarak for 3 days dari jumaat sampai ahad dan suruh (memaksa) aku untuk spend time dengan dia every night sepanjang dia berada di kl. walaupun tak sepanjang mana, cuma lah 3 hari 2 malam namun telah ku set aside kan perkara yang lain semata-mata untuk memberi laluan kepada this princess almaklumlah nak jumpa 3 bulan sekali pun belum tentu. lagi pulak dapat kawan yang macam aku dari bayi berjanji nak turun jb sampai skang dah meniti usia tua pun belum berkesempatan lagi. kakaka. sepatutnya memang khamis malam tu nak pergi amik dia kat TBS tapi last minute punya change of plans tetiba UTM berbaik hati menyediakan pengangkutan straight dari JB ke KL ke JB semula. so, terus jumpa jumaat malam sabtu aje.

hari jumaat tu balik je kerja siap-siap kejap (by siap-siap i mean baring dalam 15 minit dan kemudiannya bangun sikat rambut touch up lipstick dan terus bergerak menuju ke pintu) lalu membawa haluan ke utm. memandangkan time tu baru lepas maghrib makanya xeera cakap bagi dia solat dulu nanti dia turun dan memandangkan aku dah tersampai awal sikittt, terus cari parking dan macam perangai biasa selalu buat suka parking rata-rata time kat uitm dulu, rupanya tiada perubahan kat utm juga rasa nak parking rata-rata (dan by rata-rata, aku parking kat Pengarah Kampus punya parking kuangkuangkuang), dan seperti biasa juga, harus lah menunggu sambil terlelap. tidur itu kan suatu nikmat. *insert emoticon whatsapp yang mata pandang tepi tu*

dan soalan dilema di mana-mana dan pada bila-bila masa jua sejurus selepas berjumpa tentu lah "kita nak makan kat mana babe?" kita bagi orang jb pilih sebab orang kl kalau ditanya nak makan kat mana tentu lah lebih afdhol makan di rumah sendiri kakaka so tempat pilihan yang tak pernah berubah semenjak dari bayi oleh xeera tentu lah AYAM PENYET AP yang aku pon tak tau wujud di klcc. *insert sekali lagi emoticon whatsapp mata pandang tepi*



sementara beratur menunggu giliran, selfie duluuuu. dan di setiap kali amik gambar akan disudahi dengan "cantiknya u babe. cantiknya u skang babe" KEMAIN. nak suruh belanja cakap jelaaaa tapayah lah berzikir tentang kecantikan iols yang sebenarnya tiada ni. ahak ahak. macam lah tak nampak muka kiteee makin banyak jerawat tetap jugakkk nak cover "eh takde lah pimples u macam baru-baru nak tumbuh baru nak akil baligh gituuu" SEJAK BILA PULAK PANDAI JAGA HATI. *sekali lagi emoticon whatsapp pandang tepi*

kalau dah namanya berjumpa memasing macam ada je benda nak update tanpa berkesudahan lalu balik dari makan terus pergi lepak marakesh sebab; ( 1. aku suka environment marakesh 2. dekat nak hantar balik utm jap kang kahkahkah)

one thing yang aku suka pasal xeera, dia selalu suka suruh orang doakan dia. macam "doakan lah i dapat 4 flat sem ni babe" "babe i nak exam ni, paper ni paling tough u doakan i boleh jawab eh" "babe u jangan lupa doakan i jadi lawyer" "babe, i rasa macam nak sambung phd, u doakan jalan i dipermudahkan" selalu suruh orang doakan kita tu, bagus, tapi keyakinan yang macam lah iols ni mulia sangat gadis lindungan kaabah sangat ibarat macam doa aku tanpa hijab ni yang tapaham ni. haha. :') tapi bukan dengan aku je lahhh, dengan semua orang pon dia suruh doakan dia. and you know a good friend will always include you in their prayers without you asking. in shaa allah.

basically few things yang kitorang update each other adalah..

1) xeera dah nak abis master dah omaigoddd. ada lah dia update pasal proposal dia and all. dan berkemungkinan besar dia nak sambung phd. still istikharah, so yang tu belum betul-betul pasti lagi. (tak tau lah aku boleh disclose ke tak kat sini tapi disclose tetappp discloseee! it's a good news anyway buat apa nak sorok-sorok and now everyone can make doa for her!)

2) last semester ada orang tu dapat 4 flat dannn alhamdulillah secure pointer untuk jadikan pinjaman skang kepada tajaan. which is also a good newsss!

3) ada orang tu lulus exam online penguasa kastam but refused to go for an interview.

4) xeera skang dah ada 8 orang anak buah. when i first know her, she only has 2, Daniel & Iman. skang dah ada Harith, Darwisy, Danish. dan D D D yang lainnya ramai sangat tak terhafal. ;/

macam aku pernah cakap sebelum ni, aku adalah sangat rarely ada rasa cemburu dengan kawan-kawan. but if i had to or if i really wanted to, aku syak ada 1 benda yang aku boleh cemburu dengan xeera iaitu tentang goals and vision yang dia ada untuk diri dia. dia macam sangat tau apa yang dia nak dalam hidup and she goes for it. aku? ayat "go with the flow" tu memang sesuai sangat lah dengan aku. tapi hari tu bila aku bagitau xeera yang aku tak pergi interview kastam (yes, point no 3 is for me hehehe) terus dia cakap "babe, sebenarnya u tau kan apa yang u nak sebab u kalau tak nak, u memang tak pergi and tak buat benda tu" aku syak benda yang paling aku takut sekali dalam hidup ni adalah menghampakan parents aku, dan aku syak jugak last week yang paling hampa sebab aku tak pergi interview adalah bapak aku. but let bygones be bygones, mungkin rezeki kastam tu pada orang lain. :') and you know it's always relieving to be talking about this with her.

lepas borak benda-benda serius, macam biasa, tak selfie tak sahhh. selfie kalau sekeping dua boleh dimaafkan lagi tapi kalau dah perangai jenis berkeping-keping lepas tu gelak bagai nak gila sebab memasing kutuk diri sendiri - itu memang nampak sangat jenis manusia berpenyakit. hakhak.

(AMARAN: KANDUNGAN ENTRI SELEPAS INI BAKAL MENAMPILKAN GAMBAR YANG LEBIH KURANG SAMA YANG MUNGKIN BOLEH MENDATANGKAN KESAN-KESAN SAMPINGAN SEPERTI LOYA DAN MUAL KEPADA YANG MELIHATKANNYA)



gambar first tentu lah yang percubaan untuk cover cun. dedua rebut tak nak pegang kamera. okay lah tak nak pegang kamera takpe, lepas tu dedua pon tak nak tekan button snap sebab siapa yang pegang nanti otometik gambar akan buruk. namun oleh kerana talipon adalah talipon ipan, makanya dia lah manusia terpilih itu. jadi, nampak bukan tangan yang tak sempat posing itu? ahak ahak.

lepas tu tetiba ipan memberi cadangan "babe u penah try tak apps ni yang boleh amik gambar sekali 4, 9 dan 12? jommmmm pakai apps ni! "wow, ini sudah bagus tak payah edit collage yang melecehkan!" kagum fasheeha di dalam hati. dalam hati je, sebab kalau cakap camtu depan xeera nanti dituduh kampung. ahahaha.

1)


2)



3)



semua gambar nak kena pegang rambut sebab kalau biarkan di tersangat lah ko jolobak ko jolobu contohnya macam yang dibawah;



ahahahaha gambar yang bawah tu ipan biadab cakap nak try dapatkan bentuk muka macam iols. samanyaaaaaaaa leulz.




tak tau lah gambar tak clear sebab iphone 5s gold xeera adalah made in china atau pon kitorang berdua yang made in china tak reti nak dok diam hyper semacam.




ok habis gambar yang sedikit proper.

kita sambung kepada gambar yang menyakitkan hati pula. ahahaha.




contoh manusia annoying yang sengaja nak menampakkan kita seperti gila kamera sorang-sorang.



dan contoh manusia annoying yang kedua yang baru je nak sandar badan tetapi apabila melihat kawannya cuba mengambil gambar sorang-sorang laju pula dia mara ke hadapan. ahak ahak.




version zoom dahi.






version gigi stefan. oh by the way siapa tengok vampire diaries dan merupakan #teamDAMON put your hands in the airrr! yeay! siapa yang #teamSTEFAN tu oh pelisss nobody caressss or well if you really feel the need to, just put your lower teeth in the air but stillllll nobody caressss!

cukup annoying?

apeeeee belum cukup? masih mahukan lagi???



versi.. bukan sahaja pipi yang pau, malahan perut jua. kahkahkah.



kalau waghih buat lagu, tajuknya duet den botingkek-tingkek. kalau iols buat lagu, dia jadi leher den botingkek-tingkek.

ipan ketika melihat percubaan aku menjadi penghibur depan kamdar jalan TAR, dia terus "ehhh u nak buat juling-juling ke? i pon nakkk!" makanya, jadi lah seperti yang dibawah.


sorang fefeeling main tamborine, sorang lagi main apa ke mini piano tu orang panggil? melodian pon bukan, organ pon bukan. iols tak tau permainan muzik orang ado-ado. kita dulu kat sekolah prektis guna seruling moden dah lupa apa namaaaaa. banyak makan semut. ahem. oh yesss, RECORDER.







kakakaka. cukup annoying bukan?

sudah patut berhenti di sini bukan?

sebenarnya esok tu lepak lagi merealisasikan impian ipan nak dip n dip omg whyyy chocolate whyyy? aku suka jeee kek coklat atau chocolate ice-cream pon boleyyy lah atau air susu coklat. tapi kalau chocolate yang betul-betul chocolate tuuu rasa macam euw euw. bukan tak makan, tapi bila makan rasa macam lekat kat tekak occayyy. arituh pergi dip n dip tetiba order banana milkshake kau dah kenapaaa. haha.

ada sambungan gambar lagi untuk kat dip n dip tapi oleh kerana dah malas nak taip dan sort gambar, makanya sama ada lainkali atau pon takkan ada langsung gambar-gambar tu. hewhewhew.

namun sebagai ingatan dan kenangan, terima lahhhh;




umur memasing dah meningkat. bila nak jadi matang pon tak tauuu lah. ;)

bye!


No comments: