Friday, October 24, 2014
Berat
rupanya gerak hati yang kuat ini ternyata benar sama sekali bahawasanya berat aku telah pun naik. kalau naik 1-2kg pun dah start rasa sedih apatah lagi naik sehingga 5kg dalam masa 3-4 bulan! lebih memilukan apabila nombor depan berat tu dah beralih 1 angka. contoh; 47 kepada 53 (obviously bukan berat sebenar duhhh). omg stressnya!
bila stress kita buat apa?! nope no salah tu bukan makan ya. bila kita stress kerana berat naik sudah tentu kita pun terus berazam untuk katakan tidak pada makanan! azam je lah tapiii. makan kan keperluan. ahem. oleh kerana terlalu terperanjat dengan perubahan berat yang semakin menyeramkan itu, lantas seorang Fasheeha laju-laju tukar kepada seluar dan baju sukan dan jogging setempat dalam rumah. sumpah tak tipu! walaupun cuma 15 minit serasanya seperti 15 jam ya. peluh keluar mencurah-curah. rasa macam "hmm paling kurang pun tentu 2 kg telah terbakar"
pandainya kira-kira. padahal 1 kg (ke 1 pound?) = 3500 kcal. intense workout selama sejam pun belum tentu membakar lemak sebanyak itu, inikan pula sekadar lite-lite workout sambil tengok My Kitchen Rules di channel 702. ahak ahak. namun effort tu Nora Danish patut kasi 4.5 bintang, aku syak.
dan bukan itu sahaja, keesokkan harinya terus berazam balik kerja jalan kaki. dan rupanya bukan azam semata-mata. aku memang balik jalan kaki ok. sebelum balik shopping dulu makanan untuk dinner iaitu; sayur-sayuran dan ayam dan serai dan daun limpau purut (cuba teka apakah yang kita cuba masak?) sayur-sayuran yang takleh blah tu. sejak bila lah pulakkkkk iols penggemar makanan berzat tinggi. -_____-" look what gaining weight has done to this innocent poor little girl. hmmm.
so basically aku discover berat naik pada isnin malam, selasa malam dinner kuah tomyam sayur-sayuran dan ayam, rabu malam dinner sebelum pukul 8 malam (dan termakan cheesecake pada pukul 12 tengah malam), khamis malam cuma buah-buahan dan semangkuk tomyam. nampak perubahan corak pemakanan yang mendadak? rasanya Nora Danish patut bagi berapa bintang lagi korang rasa?
ini time tengah menaip ni kemain lapar perut menggigil-gigil. semalam berazam time lunch nak makan cut fruit aje tetapi melihat pada daya dan frekuensi kegigilan perut aku ni, makanan berkhasiat tak jalan ni. paling koman pun kena makanan bergoreng, minyak-minyak tu penting untuk menjamin kelancaran tendon dan ligamen di sekitar badan bagi memastikan kerja dapat dijalankan sepantas kilat. ewah cukup hebat bukan alasan itu?
oh btw lupa nak share, malam selasa tu (selepas pulang kerja dengan berjalan kaki), aku telah menimbang semula berat aku dan guess what?!!
I GAINED ANOTHER 0.3KG.
K.
husnuzzon jelaaaa yang 0.3 kg tu adalah berat muscle yang bercambah. hmmm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment