Friday, January 24, 2014

Alan Naif's Birthday Celebration



gittew tajuk terus nama Alan. (sebab rasanya tahun ni macam akan sambut birthday orangggg aje tiap-tiap bulan. hmmm) (ecewah bunyik macam tak suka padahal bab makanan mana pernah seorang Fasheeha menolak)

okay back to business.

birthday Alan adalah awal bulan okay tetapi sebab seorang Fasheeha adalah merupakan procrastinator terbaik di dalam Malaysia, sudah tentu lah di akhir bulan baru ada kelapangan (ahem) untuk bercerita. sebab dah nak dekat sebulan, sebenarnya tak ingat birthday Alan berapa hari bulan. =___=' ampunkan kekhilafan diri ini kakaka.

Title: seperti yang tertera di atasss sekalik.
Time: 8.30 till midnight
Host: Alan's girlfriend, Diyana Amira yang bukan sahaja naturally cantik, tetapi rajin. rajin gubah rambut erh marh gerd kalau duduk sebelah dia rasa stress sebab ibaratnya seperti barbie doll dan bob marley bergandingan bersebelahan. *nangis*
Invited Guests: Athirah Zawidi, Azlan Pbear, Natasha Azrah, Mas Ashriq Shazwan, Elida Dulbahri, Muhd Nasrullah, Abdul Hanan, Muhd Zuhaili, Nizam Choo, Acap (tak tau nama sebenar), girlfriend Acap, Adele yang juga nama sebenar tidak sempat diketahui dan yang terakhir, yours truly.
Venue: Signature @ The Roof (ke The Hill?), First Avenue (kalau tak silap lah ya, biasalah short memory span)


very cozy, very nice, very the very love! sebab tempat dia cantik dan gelap. makanan dia for me so-so lah mungkin sebab still kenyang makanya tak abis arituh cuma selection of beverages dia seriously macam tak boleh nak select sangat hmmm banyak alcoholic drinks lah kalau non-alcoholics tu macam fresh orange coke pepsi hmm hmmm takde lah nak feeling milkshake 3 layer ke, mochaccino volcano ke takde ehhh. tapi yang best sebab selection of songs dia sungguh menggamit memori ok. rasa macam dibawa ke zaman muda-muda time orang tak panggil kakak bila kemana-mana (refer previous post hmmm) tapi serious lah, lagu-lagu dia best terpaksa bergoyang bahu dari pukul 9 sampai pukul 12 malam mungkin lemak di bahu dah berkurang 17% hmmm.

oleh kerana hari tu adalah hari bekerja makanya seingat aku boleh tahan kelam kabut jugak lah nak balik bersiap dan gerak ke OU. biasalah jammed and all. OU tu nasib baik kat tengah-tengah antara yang dari Klang (Ira) dari Shah Alam (Elda) dan dari KL (yours truly) kalau dibuatnya kat gold coast (bukan australia kat mana tu yang tepi laut tu?) ke, kat area atas-atas lagi tu ke memang jawabnya start pukul 8.30 aku sampai pukul 10.30. pfttt hehe. sampai aje kat OU terus rasa macam lost macam eh nak kemana ni nasib baik Elda call cakap Nas datang amik lepas tu sementara tunggu Nas dah terjumpa sekumpulan Ira, Alan Pbear, Anan dan Ali. fuhhh. 1st thing yang Ira cakap time jumpa "babe, cepat lah amik gambar kita dengan phone baru you." K. dasar sister rivalry sungguh kiranya kena ada gambar dia dulu sebelum Tasha and Elda sampai. K K K. hahaha.

Makanya, ini adalah gambar pertama kawan-kawan yang ada dalam fon iols. -___-' hehe
dan kemudiannya sudah tentu takkan jadi cuma 1 gambar.

2

3

4
gambar no 4 ni Ira ajak amik gambar muka buruk lepas tu dia marah katanya tak buruk sangat. -____-"

dan wujudlah gambar yang ke 5 yang menggerunkan ini. K.

5
puas ke hati you babe skang, puasss?! huahuahuaa.

Anan. Alan Pbear, Ira dan Ali
biasa lettewwww newbie amik gambar harus lah tetiba ada jari sendiri terselit. orang tua-tua kata, kalau tak dapat enteprem, jari masuk sekali pun dah cukup puas hati. hmmm.


dan Tasha muncul
dan Mas juga
dan dimanakah gambar birthday boy kitaaaaaaa?!


ini adalah ketika sudah pun sampai kat Signature. deco semuaaaa Mira yang buat. pon comel jugak sebab ada kek custom made gambar topi baseball (ke basketball? sorry iols biasa dengan ball yang lain astaghfirullahalazim) dan kat belakang dining table ada macam kertas-kertas yang kitorang tulis wish untuk Alan sheeshhh diorang ni semua terel bab event planning, surprises and decorations ianya menyestresskan okayyy macam rasa terlalu kerdil jika berada di sebelah mereka (walaupun hakikatnya..... tak sampai hati nak cakap)


ini sebelum birthday boy sampai semua orang kelam kabut tulis wish masing-masing tetapi ada orang tu kelam-kabut belek menu hmmmm. nampak aje badannya begitu. hmmm.


kena adil. gambar ngan Elda tadi takde sebab dia memang dah siap-siap tunggu kat situ. so sampai sana terus amik gambar dan sebab gambar dia ada 1 aje, kita besarrrrrr kan. adil dan saksama, bukan? i'm a good Mummy liddat. hins hinsss.

so.. here is our birthday boy,

Azlan Naif yang super comel
selalunya bila kita cakap comel, tentulah bukan sebab rupa yang comel tetapi lebih kepada perangai. macam Alan ni iya lah rupa pun comel lah jugak tetapi perangai adalah lebih comel lagi. sebab time datang tu dia datang dengan Mira, Mira siap tutup mata dia dia siap bawak beg sekolah (mungkin baru balik class huehuehuee) lepas tu bila sampai kat meja dan kitorang macam "SURPRISE!" muka Alan macam terlalu terharu sehingga menitiskan airmata, tak tipuuu! (berbezanyewww dengan bestfriend dia yang sorang lagi yang kita sambut birthday dia bulan Nov tewww kahkahkah)

Mira and Alan
haaa tengok rambut Mira, tengokkk. itu DIY tuuu. bila kitorang macam "eiii Mira ni rajin je buat-buat rambut" lepas tu dia kata "tak lah yang ni senang jeee simple jeee" erh marh gerdddd senang natang.

birthday boy belek wishes untuk diri sendiri
the cake
lilin dia macam boleh tunggu esok baru tiup okay, panjang-panjang.
pasangan sweet yang seriously sweet dan comel, tak tipu

haaa yang atas ni makanan aku. pasta bolognese with giant meatball dan fresh orange. sebenarnya presentation dia okay tapi sebab iols adalah failed blogger (if i can be called one huahuahuaa), makanya rupa dia nampak biasa-biasa sahaja bahaha dan tak reti lah nak amik gambar sekeliling ke hape ke. herghhhhh.

the girls with birthday boy


sebenarnya tempat ni seriously sangat malap ok tetapi terima kasih kepada teknologi 360, nampak cerahhh!
her kasut, i like! ;O
itu dahi ke ladang gandum tewww



haaa nampak Mira n Alan sweet lagi?

all in all, i had fun that night. pelayan setia iols pastilah Ira dan Anan. hehehe. Elda time ni nampak pucat aje sebab period pain. Elda sentiasa ada magic kalau asal time lepak ngan iols aje otometik dia period pain. walaupun cuba nak memahami rasa sakit itu, tetapi memandangkan aku susahhhh nak period pain sebab period pun susah nak datang kahkahkah makanya macam tak boleh nak paham. muehehe. mungkin segala period pain iols telah dipindahkan kepada dia. macam, harta yang telah diwarisi sejak turun temurun. haha. sebenarnya masalah period pain ni tak boleh dipandang enteng tau, sebab takut efek nanti lepas kahwin. orang kata kalau selalu ada period pain yang teruk takut nanti dah kahwin susah nak lekat baby. tak tau lah tapi yang pastinya penyakit period datang tak datang macam aku sebenarnya lagi lah bahaya tetapi selambek jugak tak nak pergi check. dan kenapa kena share pasal period time cerita pasal birthday Alan? astaghfirullahalazim.


time ni Elda dah balik memandangkan perjalanan dia jauhhhh nun ke banting sana, makanya tinggal lah berempat. lagipun keesokkan harinya adalah hari kerja ya, tak boleh balik lambat sangat.

balik tu pun i think dah over 12 tau then nak pergi parking OU tu dah macam satu hal tak reti lagi nak masuk celah mana sebab pintu dah tutup. aku time tu park kete kat tingkat 3 rasanya dan aku sorang je yang park kat situ. ingatkan okay lah sampai tingkat 3 keluar macam biasa, sekalik budak-budak ni tunggukan. haih. terharu sebenarnya. padahal benda kecikkkk aje. sebab biasalahhhh, iols tak biasa kawan berbudi bahasa tolong tunggukan ni. terus rasa macam aaaaaaaa terharu. macam eiiiii you guys don't have to do this macam eeeiiii tak yah lah susah-susah. paham ke tidak? padahal bukan hantar sampai ke kereta pon, tetappp lah nak rasa terharu huahuahuaa. haih.

okay habis. 

thanks to Mira sebab sudi invite. happy beeeeelaaaaaaateeeeeed birthday Alan Naif! rupanya Alan Naif adalah pembuka kepada gerbang 25 tahun semua orang this year.

dah habis dah kan untuk bulan 1? lepas ni birthday siapa pulak bulan february? march pun rasanya macam takde birthday sesiapa. hmmm. april dan may pun rasanya takde. so next June kan? 

MINE IS ON THE 7TH. 

kbai mwahx!



here's to many more birthday celebrations coming up! zzzzzzz~


2 comments:

Cik Firus said...

hii..boleh tau x kat mane beli lilin tu?

Call me Maria said...

Cik Firus,
time beli kek tu dia dah provide sekali dengan lilin so tak tau lah mana orang tu beli.

sorry! :)