Friday, December 20, 2013

Mak Yong


attended a seminar about the price hikes in electricity tariff semalam organized by suruhanjaya tenaga. well whatever, not my cup of tea. pergi atas dasar memenuhi jemputan dan boss suruh on her behalf. most of the times i feel so kerdil there okay dan dalam planet yang lainnya sebab omg mana lah paham dia cerita tentang technicalities and whatnots. tapi macam biasa, sentiasa memperagakan keyakinan diri terunggul asal presenter macam pandang aje, aku pon pura-pura fokus pada slides dan angguk-anggukkan sedikit kepala fefeeling genius dan buat-buat take note padahal conteng lirik lagu kat foolscap paper. bahaha. i'm so good at this of courseeee i have years of hard training back in university okay *blowsnails*

sebab tau hari yang bakal dijalani akan dull dan sedih (hellooooo perempuan mana yang minat nak dengar pasal letrik?!), makanya sudah bersiap sedia dengan kurung hitam tanda berkabung. kakaka. dan kebetulannya di sebelah petang putrajaya memang hujan lebat gileee okay. tanda perkabungan, hmmm.


untuk spice things up a little, letak lah brooch sebesar tudung saji tuh. dan lipstick trepiklait berhenti. dan sebenarnya earrings labuh tapi dah bukak sebab sakit telinga, beratttt.

kawan aku ada cakap;

ASAL KAU RAJIN SELFIE SKANG?

helloooooooo ini untuk persediaan kalau-kalau nanti tukar talipon baru okayyy! ku bilang kalauuuu.

tapi pasti lah nak menyakitkan hati dia dengan mereply;

NAK BUAT CEMANA, BANYAK PERMINTAAN SKANG.

kahkahkah.

oh ya, jumpa Nab jugak. itu aktiviti harusss kalau ada kat putrajaya. ajak dia teman beli christmas gift sebab company aku ada buat exchanging gifts today - jumaat 20/12. biasalah dasar last minute betul-betul dah nak berak baru korek lubang, biasalahhhh. i am Ida's secret santa. tak reti lah nak belikan apa untuk orang. memula ingatkan nak beli handphone case, tapi takde yang berkenan pulak. budget untuk exchanging gifts party ni adalah rm20 sahajaaa. so senang! kau nak beli yang mahal, silakan. tapi tak boleh kurang rm20. akhirnya aku singgah memory lane, beli kan ini;


sebab aku suka cerita my girl yang korean drama tu. hakhak. aku beli yang besar terusss sebab cantik! rasa macam nak jadi secret santa untuk diri sendiri aje. *puassss?!* hope orang tu sukaaa. aku memang lah tak reti nak sweet-sweet bagi hadiah ni. haish. seronok tau tengok arinie semua orang dah start letak hadiah memasing kat sudut office. cantikknyaaa dorang wrap. terus semangat! tak sempat nak amik gambar aku punya yang dah siap wrap heck tak sempat amik gambar adiah tu pun, sebab last minute. huahuahuaa.

sedikit gambar bersama Nab;







tak sikit sangat lah sebenarnya kannn.

oh by the way, birthday Nab minggu depan. T.T tak tau lah Nab ni suka apaaaaa. dia kalau kau kasi pencil case barbie ikat dengan tali rafia pon dia sentiasa akan cakap dia suka. haaaa macam mana tu?

oh ya.. sebenarnya nak cerita benda lain. kisah seram ringkas.

balik dari putrajaya semalam pukul 11 lebih macam tu. balik-balik aje macam biasa mesti lah nak kena annoy toh puan sri dulu. letak-letak semua barang terus masuk bilik dia. nampak dia tengah hafal ayat quran apatah untuk mengaji dia. so aku masuk bilik menari-nari ala zapin. sajeeee, hobi buat toh puan sri menjerit, kalau dia tak ketawa atau tahan ketawa. so masuk bilik toh puan sri menari-nari dan terusss dia pandang dan cakap;

LAWA SANGAT LAH KAU DENGAN LIPSTIK MERAH KAU TU. MACAM PEREMPUAN JAHAT AKU TENGOK.

aku gelakkk dan menari dengan lebih agresif bengkok-bengkok badan dan jari sikit. sekalikkk Mak aku cakap dengan nada serius;

AKU NAMPAK KAU MACAM NENEK KAU. MACAM ADA BAYANGAN NENEK KAU BILA KAU MENARI-NARI MAK YONG MACAM TU.

terus naik bulu roma okayyy. mak aku memang tak pernah tengok nenek aku sebab nenek meninggal time ayah aku umur 10 tahun kalau tak silap. dan mak aku ni sebenarnya dia punya intuition lain macam sikit. sumpah! dia selalu boleh bau benda pelik-pelik dan boleh rasa pelik-pelik.

me: alaaaa mak niiiii.

toh puan sri: betul aku tak tipu ni. aku rasa macam ternampak-nampak bayangan nenek kau kat kau.

terus aku stop menari dan pergi duduk atas sejadah tepi katil. serius! mak aku nak memastikan lagiiii terus panggil ayah aku yang tengah buat kerja kat ruang tamu.

mak: abang, anak abang ada macam muka mak abang tak?

ayah: *senyum* ada. tinggi-tinggi. putih-putih. gempal-gempal.

GEMPAL-GEMPAL. OK FINE DADDY, FINE.

tapi memang betul tau kalau aku balik kampung semua orang cakap aku macam nenek aku.

terus malam tadi 10 kali pergi check tingkap time mandi. nak tengok cermin pun takut tau. macam sebelum tengok siap berdoa dulu semoga memang betul rupa aku bukan rupa orang lain. tau kan kalau cerita hantu melayu mesti ada si bengap yang akan suka nak check itu lah check ini lah bukak pintu itu lah bukak pintu ini lah. haaaa aku macam tu lah. jenis kalau takut mesti nak kena check untuk sedapkan hati. macam rasa sesuatu kat dapur, haaa aku kena bukak semua lampu kat rumahhhh dan pergi dapur. takde apa, baru hati rasa lega. setakat ni memang takde apa-apa lah. kalau ada apa-apa aku belum pikirkan lagi apa reaksi yang patut aku buat. hmm.

dah lah mak aku suka takutkan aku dia pernah cerita orang nampak hantu raya lah kat area rumah aku. ada orang cakap dengar bunyi terompah lahhh dekat-dekat rumah aku. dah lah dulu-dulu yang suka pakai terompah kat kawasan rumah aku tu, mak aku jeee. untuk ke surau. sheeshhhh. belum lagi mak aku cerita pasal dia malam-malam sebelum kitorang pindah rumah dia dapat mimpi 3 4 kali perkara yang sama ada orang tua datang kat dia tanya "kau tak nak bawak aku ikut sekali ke?" OMG TAKOTTT. mak aku cerita kat ayah then ayah cakap kalau orang tu tanya lagi, suruh ikut. sebab orang tua tu penjaga rumah. herghhhhhh perkara macam ni wujud jugak keeee. I IZ SERAM.

oh ada lagiii, mak aku pernah mimpi macam kepala harimau ada kat depan rumah ke apa. tapi takde lah kacau orang ke apa tapi memang mak aku selalu mimpi macam ada harimau kat depan rumah kitorang. herghhh. sepbek aku tak pernah mimpi yang bukan-bukan. kakaka. adik aku dedulu selalu tau macam kalau tidur nanti mengigau "takutt, takutttt" dia kata ada benda datang dekattttt betul dengan dia tapi dia tak tau benda tu apa. tapi sekarang dah takde dah.

KELUARGA PELIK.




No comments: