Friday, July 26, 2013

Obsesi Merepek


semenjak bekerja ni aku rasa macam banyak sangat benda yang aku tak tahu. haha. kesian pun ada sebab waktu mula-mula kerja semua benda pun terkial-kial dan yes, you can get degree in the most established uni, you can get double masters in most probably the hardest course there is in the world, heck you can get PHD even but certain things aren't taught in formal education. contoh simple, menggunakan typewriter.

berapa orang je yang agak-agak baya aku pernah tengok typewriter? dan berapa orang aje yang pernah menggunakan typewriter, seriously? masih ada yang guna typewriter zaman sekarang ni super duper seriously? kat tempat kerja aku, still guna. dan surprisingly, AKU SUKAAAA GUNA TYPEWRITER AMAGAD!

rupanya typewriter adalah best okayyy. and aku selalu pikir "oh kalau guna typewriter tak boleh salah type sebab nanti tak boleh padam" rupanya lagi, aku salah. boleh padam okayyyy! so cool amagad! walaupun serasanya seperti back to 80's, tapi seronok lah pakai typewriter walaupun memerlukan kesabaran yang tinggi sebab kau kena masukkan kertas slowly, kau kena make sure kau adjust kertas tu betul, it takes time untuk delete every single alphabet yang kau salah type tapi cool okayyy!

isn't this old school typewriter cute? hihihihihi


buat yang memuja azlan the typewriter namun tak mengenali rupa sebenar typewriter.

keshian typewriter opis aku. dah kuninggg, nampak sangat old schoolnya.

semalam aku belajar cara guna typewriter (ok sebenarnya bulan lepas, tapi semalam baru aku bebetul buat sendiri) memandangkan certain document memang kena bertaip dan aku tak tau lah kalau komputer boleh ke tak tapi aku tengah pikir kalau guna computer macam mana pulak nak edit document tu kannn even kalau kita scan pon (ke ada cara lain? iols is bengap teknologi)  hence, the kepentingan typewriter dalam sesebuah company. (eceh PANG!)

dan ada satu lagi yang menakjubkan aku selain daripada typewriter di atas dan ianya adalah:


haaaa tau tak apa tu?

tak pernah nampak kat dalam lecture room kan? ada pernah belajar theory pasal penggunaan mesin comel ini di kolej matrikulasi mahu pun universiti tempatan? takde kan?

so kawan-kawan, inilah shredder. mesin untuk menghapuskan segala dokumen atau kertas yang tidak digunakan lagi. (amboi, bunyi macam terel)

basically aku guna mesin ni untuk hapuskan segala voucher yang berlebihan (blergh lebih baik bagi iols) lepas setiap sales. first time aku guna benda ni rasa nak melompat keseronokan. comel gilaaaa okayyy! nampak lubang panjang kat atas tu kan? kau masukkan kertas or voucher or kalau agak-agak dah boring tak tau nak buat apa dengan duit kertas sendiri boleh lah cuba guna mesin shredder ni. nanti last-last dia jadi macam french fries amagad sedap tapi haip bulan puasa jangan membayangkan yang bukan-bukan, makruh. tapi kalau dapat french fries popeye's lazat jugak ni di samping a&w rootbeer float dan ayam goreng spicy mcd. fuhhhh menari keriangannn!

okay berbalik kepada alam realiti,

aku tak tau lah orang lain tapi aku syak aku sorang je kot kat dalam opis ni yang teruja dengan 2 benda alah yang terletak ujungggg tepiiiii opis ni. kenapalah benda berguna begini disia-siakan sebegitu rupa? patut letak depannn sekali kat opis tau sebelah noni. gitchewww letak sebelah noni lepas tu bila benda tu makan kertas dia bunyi bising free-free kau makan kaki noni, nasha fasha.

tapi aku syak aku abis kan mungkin dalam sejam lebih bermain dengan benda tu. kalau boleh semua benda aku nak shred. kertas tak berguna, sampul surat aaaaa kalau aku kaya dan tiada apa nak dibuat dengan duit sendiri mungkin dengan duit-duit aku pun aku shred. kahkahkah kampunggg. sebab aku suka tiap-tiap kali kau shred voucher or kertas rasa macam bagi binatang peliharaan makan. dah lah sambil mesin tu makan sambil keluar bunyi. kiranya rasa seperti kau telah berbuat pahala kepada binatang yang kesunyian dibiarkan keseorangan kesejukan di hujung opis lah. best tau. rasa macam ada binatang peliharaan (memandangkan iols takot kucing dan tidak suka binatang berbulu - lelaki berbulu terkecuali), rasa macam wow akhirnyaaaa iols ada binatang peliharaan sendiriiii! *saiko*

skang ni aku tengah berpikiran,

kalau lah suatu hari nanti aku jadi penyanyi dan aku nak namakan kumpulan aku tu apa, kemungkinan besar ianya akan jadi;

Fasha and The Shredder. (because we already have Azlan and The Typewriter. Geddit geddittt?)

lepas tu semua orang volunteer nak kisarkan (shred?) diri sebab suara iols macam suara ostrich tersepit.

K.




No comments: