Thursday, July 18, 2013
Naik Angin
hehehehehe relax, tajuk je yang melebih-lebih iols tak nak angin pun, yang naik angin boss iols.
memandangkan hari nie kelam-kabut nak pergi kerja, tertinggal henpon kat rumah, siap bercharge ok *facepalm* makanya terpaksalah update blog. gittew terpaksa! ahahaha. so much for being a good staff lah me! kalau ada talipon sibuk lah 24 jam belek talipon kalah orang kerja call centre, bila takde phone sibuk online pulak kat tempat kerja. *sigh* tapi rest assured, kerja iols semua dah selesai (buat sementara waktu ni) hence the kerajinan menghapdet. hehe. dosa tau time kerja buat benda lain, don't try this at (your) office!
sesiapa yang rajin belek timeline mungkin tau lah, aku panggil boss aku Noni. opkos lah kena rasiekan nama sebenar, tak manis bercerita pasal opis secara open. ahaks. tapi jangan risau, buat masa ni iols belum lah lagi menjelek-jelekkan boss sendiri di tempat awam ke hape. sebab buat masa ni iols belum pernah kena marah lagi. ngahahaha. dan aku takde lah tak suka boss aku ke hape, sebab aku rasa dia okayyy aje. cerewet gileeee tapi okay.
okay so far sepanjang 3 bulan aku bekerja ni serba sedikit aku dah paham lah macam mana cara Noni bekerja. sebelum ni apa-apa aku akan answer kepada admin manager namun (amboih namun! lempang diri sendiri lelaju) bulan lepas manager kesayangan iols resign. sobs. kesayangan sebab dia relax-relax aje dan dia hensem. ahahaha. hensem lah untuk seorang indian berumur 35 dan sudah pun berkahwin ada sorang anak. vahhhh sempat tauuu! makanya, sekarang kalau ada apa-apa hal terus refer kepada Noni, General Admin Manager. she's a chinese btw in case kalau korang nak membayangkan macam mana dia time aku tengah nak cerita ni. haha.
aku still ingat lagi, Noni nie second interviewer aku time nak masuk kerja sini. selepas disaring oleh HR manager. memula aku ingatkan dia ni biasa-biasa aje. biasa-biasa di sini means takde lah boss sangat (atau dalam erti kata yang lainnya, bukan lah boss aku nanti) rupanya, dia adalah boss iols. *jawdrop* aku interview sebenarnya untuk position yang lain tapi nampak gayanya Noni suka iols (lempang muka sendiri lelaju lagi) makanya dia letak iols under dia, bahagian admin. *keyakinan itu penting* at first glance, aku percaya takde siapa percaya yang dia ni garang or cerewet. seriously. dia jenis kalau dengan orang cakap lembut and baik aje walaupun dia cakap laju. (heyyy sama lah kita!) tetapi once aku masuk ofis, aku tengok semua orang macam sangat takut kat dia. kalau dia panggil, berlari-lari ke tempat dia. kalau bunyi talipon, belum cukup 2 deringan, terus angkat (sebab tak nak bising, diorang cakap kalau dering lebih 2 kali takde orang angkat, Noni akan mengamuk vahhh) kalau nak hantar document kat dia, mesti tengok mood dia dulu and sometimes main pass je kat admin dan even admin (ahem ehem iols lettew) takkan sesuka hati nak berulang-alik kasi dokumen kat dia, sehari sekali je bagi. petang sebelum pukul 6.
bagi yang tak tau, iols adalah bekerja di dalam kompeni jepun in which apa yang orang kata kerja dengan jepun pentingkan produktiviti dan keuntungan sahaja yang lain tak penting bla bla bla tu adalah ahem betul. makanya, segala budget and hape jadah semua adalah dicontrol ketat oleh management dan admin adalah salah satu dept yang jaga bahagia budget ni. bila bercakap pasal duit, kau jangan buat gilaaaa kalau careless mistake sila ganti dengan duit sendiri ya nanti. oleh kerana kerja aku bahagian admin, selain dari menjaga budget, aku juga kena berjumpa supplier.
nak dijadikan cerita, semalam iols ada meeting pukul 4.30 sekali dengan Noni dan satu-satunya partner admin iols, kita namakan dia mubarak. ahahahaha motip Mubarak? sebab tengah bulan ramadhan kannn. bear with me please? i'm so good at giving people nicknames it's a bad habit i perfectly know but i can't shake it off, well not that i ever tried. haha. so semalam dalam bilik meeting, yours truly, Noni dan Mubarak. sebenarnya lagi, sebelum dengan supplier ni Noni dah mengamuk sakan kat sales manager dan juga accounts executive - atas sebab-sebab yang tidak dikenalpasti namun (lagi?!) yang pastinya 1 opis dengar ya memandangkan iols punya kompeni adalah kompeni jepun typical yang practice open system office. hehe.
nak dijadikan cerita lagi, supplier untuk voucher ini datang lambat. (you know japanese company, punctuality is a big deal *gulp*) kalau aku, aku paham jela pukul 4.30 on weekdays, bulan puasa pulak tu opkos lah jem kat tengah-tengah kl ni macam nokharom. tapi itu bukan satu alasan ya, pada Noni. even kalau dalam opis pon, sesiapa yang lambat memang dia sembur aje depan-depan. (walaupun iols penah lambat tapi buat masa ni masih selamat lagi ahak ahak) tapi biasalah tu, dah nama pun orang bawahan dia, so dia nak marah suka hati dia lah kan. but supplier? dedebar dada titewww.
janji pukul 4.30, the GM dah datang awal 10 minutes tapi the one yang handle pasal voucher kita tu - kita namakan pula dia Maria, also a chinese (nothing racist here, iols nak anda semua tau yang Noni tidak memandang pada race, even sama race also kalau kau salah dia sembur cukup-cukup), datang more than 15 minutes late. dan ini bukan kali pertama Maria datang lambat. last week pun cerita dia sama juga, Maria datang lambat setengah jam. so wajar lah kot.
permulaan meeting adalah seperti biasa, Noni tidak menampakkan hanginnya, kita bercerita pasal design new voucher bla bla bla dan sekali when it comes to quotation ke hape dan bila Maria tengah present dan mintak pendapat Noni, Noni cakap "i cannot think now, you're late again today" so Maria pun mintak maaf lah cakap jem bagai dia sebelum tu ada another meeting dan Noni cakap lagi "no, that is not an excuse. kl traffic is always like that maaa, you can't predict so it's better for you to go out early" Maria gelak-gelak tapi still mintak maaf cakap i apologize bla bla bla. sekalik Noni bangun dan cakap " i can't do business with people like you, you know, you're wasting my time. usually if other suppliers do like this i chase them away!" time tu semua orang macam dah terpaling diam dan peluh jantanz menitik di dahi iols. "i cannot think right now i'm sooo upset you better discuss with them i can't even look at you" dan Noni pun keluar bilik meeting dan menghempas pintu.
...........
fuh.
awkward.
moment.
sangat.
aku tak tau lah orang lain tapi kalau aku lah kat tempat Maria, bukan saja segham malahan mungkin takkan datang lagi dah lepas tu. lebih baik aku wakilkan orang lain. hihi. tapi yelaaaa, dah tau kl memang jem toksah lah kasi alasan pasal jem. dah sah-sah memang kau yang decide nak buat appointment petang-petang. dan sebab dia lambat, semalam iols balik keje pon lambat. tak ke menyusahkan orang tu?
oh ya, dan pasal exec yang kena bambu teruk dengan Noni tu, Noni siap cakap "pack your bag and leave, i don't wanna see you" phew! *kesat peluh yang tiada* dan pompuan tu pon sambil menangis terus kemas barang dan balik. hari nie dia tak datang kerja. rasanya dia memang dah takkan datang terus dah sebab before ni pon die memang dah hand in resign letter.
haih.
boss iols adalah seorang perempuan tua yang cantik tapi baran dan cerewet. bab cerewet tu aku dah rasa daaaa. tapi okay jela, bearable lagi walaupun 14 kali ulang alik tunjuk dia sampai dia approve.
dan sebenarnya ada 1 lagi benda iols nak share pasal Noni.
last Monday, aku temankan dia pergi buat income tax untuk japanese bosses, so kita ada lah borak-borak pasal kerja semua. tetiba dia cerita lah pasal company aku nak bukak 1 lagi branch kat jakarta. dan dia tanya lagi "are you interested to work in other countries? because _____ kl (my company name kenot disclose here hehe) is one of the shareholders so we might need to transfer a few staffs there. you said you want to develop your career. there might be an opportunity for you. are you interested? "
this is funny and surprisingly sweet! :O
i was taken aback by the question and sudden offer walaupun it's just a word of mouth tapi tetap jugak nak happy! hehe. so i replied "oh really? that's one of my dreams you know, to travel and whatnots. but i dunno, i still have a lot to learn here, i'm still new bla bla bla-" padahal sebenarnya iols ada plan nak resign kalau dapat keje kat ahem ehem tak boleh bagitau kat sini sebab belum tentu dapat lagi kannn.
dan Noni cakap lagi "no, if you are really interested, i can recommend you. there won't be an opening anytime soon, next year only we're starting to execute and everything. but of course you need to learn as much here. i see the potential in you. DON'T RESIGN YET. (macam tau tauuu amagad!) here we have lots of opportunities for you to grab."
honoured tapi berdebar pada masa yang sama.
last ayat Noni "and your pay of course will be higher from what you get here"
KEMAIN INGAT IOLS MATA DUITAN KE. (walaupon sedikit iya tapiiiiiii....)
i mean, itu maknanya orang mengharap yang tinggi dari kita padahal kita nie ilmu kurang, pengalaman lagiii lahhh. aku nie haa baru hari nie belajar macam mana nak guna mesin shredder. siap happy lagi main mesin tu sebab mesin tu cool weh rasa macam bagi makan kat mesin! seriusss! so happy i think i spent almost an hour playing with that shredder. haha.
haih.
tak sangka dah besar.
dan kena buat keputusan-keputusan yang mendebarkan dalam hidup.
jakarta je pon rilek ah.
(sebenarnya dulu time belajar berangan nak belajar kat luar negara, UK terutamanya - pengaruh novel miahahaha)
dan sebenarnya lagi, doakan aku pass interview untuk jawatan yang diidam-idamkan nanti pls? kiranya jawatan yang bakal aku diinterview tu nanti adalah cita-cita aku sejak zaman diploma. vahhh dah pandai ada cita-cita!
;)
label:
hulk mode,
working life,
zeriouz buzinezz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment