Friday, December 7, 2012

Durian Crepe


lately ni kemain meriah lah semua orang tergila-gilakan durian crepe. aku tengok semua orang pun asyik lah post mengidam durian crepe lah, baru dapat makan durian crepe lah, teringin nak cuba makan durian crepe lah. kemain. kalau tanya aku opkos lah aku dah cuba rasa durian crepe kahkahkah gila apeeee desserts kottt. kite kan gigi manis ahem sweet tooth ehem!

aku syak makanan pon ada fenomena dan trend dia tersendiri lah. macam fesyen tudung jugak. sekejap bawal, sekejap shawl tebal ala-ala comforter, sekejap tudung indon, sekejap lagi tudung turban. makanan pun sama. sekejap pavlova, sekejap red velvet, sekejap lagi chatime ahem terasa ehem!


hamboihhh menyesal pula google gambar makanan pada pukul 4 pagi ni. dah lah semalam tak makan malam ahem diet ehem rasa macam nak menitik air liur kite tenung gambar tak kelip-kelip mata. sobs.

sebenarnya aku tak nak cakap pasal sedap ke tak, fenomena ke tak durian crepe ni. sebab sebenarnya memang sedap *nangis* aku nak cakap pasal macam mana nak pronounce "crepe" dalam durian crepe. aku ni ada masalah sikit, kalau rasa macam tak berapa pasti macam mana nak menyebutnya mula lah rasa tak yakin dengan diri sendiri.

aku sebut KREP. ala-ala CRAP sikit bunyi dia. tapi aku start risau bila aku dengar orang sebut KRIP. eh jangan macam ni bunyi krip nampak lagi meyakinkan daripada crap terus self esteem down. tapi pestaim aku dengar sebutan crepe adalah dalam rancangan masak-masak dia sebut CRAP. tatau lah mat saleh tu memang tengah masak desserts berasaskan CRAB ke apa ke kannn.

oleh kerana aku rasa tak yakin pulak nak berborak dengan orang kalau tak reti menyebut biasalah chu olzz mek kan lidah desaaaa, reti sebut cekodok, kuih badak berendam dan kuih tart gulung aje. crepe crepe ni kat kampung kiteee takde!

makanya, telah ku google bagaimana nak menyebut benda alah ni. dan jawapannya ada dua.

1) sebutan french - CRAP/CRAB bunyi dia. (gittew lah rupanya selama ni aku sebut fefeeling peghancis mampuu?!)

2) sebutan inggeris -  KRAPE as in GRAPE. ke-reip lah kalau ejaan desa dia.

(nampak tak gigihnya siap google kau kalau kerja sekolah tak reti pulak nak google asal google aje tak jumpa jawapan kan fasheeha kannn)

malas betul lah kalau banyak sangat jargon dalam penggunaan bahasa ni. aku bukan amik literature kat unibesiti nak bermain dengan kata-kata dan sebutan indah. pusing tauk?! aku teringin jugak nak feeling berborak dengan rakan sekelas cerita pungpangpungpang pasal durian crepe isi dia yang moist, kulitnya yang kuning menyerlah warna diraja serta harganya yang buat diri rasa nak nangis time bayar. natang hape 4 ketul sampai 10 hengget sepbek sedap buatnya dia pakai durian masam kat dalam tu? nasib baik dia takde BUATNYA. 

masalahnya skang aku tengah dalam kekeliruan nak sebut feeling peghancis ke feeling ohmyenglish?

























oleh kerana aku melayu, aci tak kalau aku nak sebut LEPAT DURIAN aje?

LIDAH DESA KATANYAAAA CHU OLZZZ.

bye!


ihsan google




2 comments:

Aileeza Radzak said...

Payah benor tu weh. Aku sampai kerut2 dahi dah ni. Nak sonang, Derian Pancake aje. Cukop disitu. Ke pancake pun ada peghancis dengan london? *tu dah konpius balik dah tu*

Call me Maria said...

wahahahaha komen kau nie buat aku tergelak sorang-sorang pukul 2 pagiii!

susah kannn. malas aku!

kang kalau sebut durian pancake orang tatau pulak. biasalahhhh, orang moden katanyaaa sebut nak crepe aje.

cer ikut gaya aku, haaa amik lepat durian! puas hati aku. ahaks!