assalamualaikum everyone! ;D
i'm back. Jelyta is back! auw. missing me much? *tiberwww*
sebenarnya aku dah berjanji pada diri sendiri untuk lebih rajin mengupdate belog tapi macam biasalah janji cuma tinggal janji sebab aku kan melayu. eh? lagi pun aku mengalami beberapa kesulitan yang kini sudah tidak sulit lagi. antaranya (yang aku ingat lah ya, biasalah short term memory. orang genius memang macam tu banyak berfikir katanyaaa auw buat kali kedua)
1) midterm test.
semester ni sebenarnya final cuma 3 subjek makanya 3 paper aje lah test arituh. nak kata susah sangat tu takde lah tapi nak kata senang sangat pon tak boleh jugak sebab aku kan pesyen study last minute. mana maunya sempat cover semua sebelum test. kakaka. tapi redha aje lah. you get what you deserve. kalau nama pon paper pukul 8.30 pagi pukul 2 pagi baru nak bukak slide, takkan kita expect 30/30 pulak kan? harus lah realistik. kalau dapat 16/30 pon dah bersyukur sangattt tu. huahuahuaa.
2) finishing school.
finishing school ni dia curik masa weekend. sabtu. slot pagi memang lah menyeronokkan tergelak aje time talk. tapi masuk slot LDK rasa macam nak meninggal ya dia punya bosan. aku expect finishing school macam akan ada personality test (haaa ini aku gemar sungguh) mock interview bagai tapi hampa ya. ada ke diajarnya cara nak buat resume dan cover letter? THIS IS NOT WHAT I PICTURED MY FINISHING SCHOOL IS GOING TO BE LIKE, MAN! lepas tu fasilitator dia mak aihhh rasa nak merintih ya dalam kelas LDK tu. kateeee pakar psikologi kaunseling ke apetah bukan ke sepatutnya lebih terel menambat hati student? mungkin di situ lah permainannya. pakar psikologi yang sungguh saiko. saiko penuh kebosanan. amagad stress bila memikirkannya!
3) adapter laptop rosak.
ini lah kesulitan yang benar-benar kesulitan memandangkan battery laptop aku cuma mampu bertahan selama 17 minit (itu dah kira best performance dah tu dah patut bagi standing ovation dah) makanya ada lah 3 hari jugak laptop aku tak bernyawa. kalau orang kenal aku orang tau lah yang laptop aku ni kadang-kadang boleh jadi nyawa jugak sebab tanpa laptop macam mana aku nak menikmati my daily dose of laughter yakni runningman? bagaimana pula mau mencuci mata merenung tepat ke mata damon - vampire diaries? tersiksa batin titewww. makanya, nak dijadikan cerita, akibat sudah tidak tertahan lagi di hari aidiladha yang mulia terpaksa bergegas ke low yat untuk mencari adapter baru. terbang lagi duit kite seperti terbangnya burung merak membelah bumi. sobs. *kesatairliur* and i hope that explains my hiatus all this while, dear friends. (aku tau korang tak tanya tapi takpe lah anggap aje lah korang tanya jaga lah hati aku sikit kamon)
untuk menebus rasa kerinduan yang melimpah ruah anda terhadap yours truly, terima lahhhhhhh..
![]() |
| me and ipan spending weekend together |
weekend selalunya dihabiskan di rumah atau kampung bermesra dengan tokpah dan damia juga aiman tapi terima kasih pada finishing school, weekend saya dipenuhkan dengan aktiviti feeling chantek kami di malam hari. teruk nau si ipan ni time nak membuka mask. terjerit-jerit bagai kerasukan jin ya. yang penting siap keluar air mata. terus diri ini rasa bersalah dan berdosa kerana telah mengakibatkan ipan terjebak di dalam hal-hal sebegini. biasalah ipan kan kulit lisa surihani flawless mana pernah kenal erti mask segalaaa ni. ahkak yang kulit ala-ala bapuk digilis kereta api harus lah sedar diri dan selalu melakukan ritual penyucian kulit walauponnnn hakikatnya kulit muka masih di tahap bapuk direnjat lampu mentol. sobs.
aku ingatkan dah habis cantik lah posing pakai mask cenggitu lalu lelaju tukar dp bbm sekalik kawan aku bbm "eh i ingatkan u yang sebelah tu. yang sebelah lagi lelaki" - dia ingatkan aku adalah ipan dan yang sebelah ipan yakni aku adalah lelaki. menikam dada yaaaa statement itu terus rasa macam nak asma. pahren amad, cpr pelisss! JANTANZZZ SANGAT KE MUKA AHKAK NI CHU OLZZZ? (shhhh jangan jawab, nanti ada hati yang terluka. sobs)
![]() |
| gittew penipuan tahap mahadewa. mampu? |
sabtu lepas kononnya nak buat kejutan untuk apak ite dengan mengatakan tak balik rumah namun sebenarnya secara diam-diam telah pulang ke rumah (untuk menemani apak menonton final piala malaysia) terpaksa menipu dengan mengatakan diri ini clubbing walhal tengah peluh-peluh angkut baju kotor dari kereta masuk rumah. T.T kemain tipu pegi kelab. kelab darul ehsan aje yang bukak pukul 8.31 malam, Fasheeha.
![]() |
| pembuli nombor 1 |
macam biasa di hujung minggu kalau tak damia tidur rumah aku, aku pergi jenguk dia kat rumah dia. yang ini 2 minggu berturut-turut dia tidur rumah aku time weekend. so melayan dia lah bawak pergi jenjalan lah, makan lah. oleh kerana dia adalah kembar kepada aku (nampak kan sama comel tuh?), makanya air nak jugak yang samaaaa. sebenarnya hari sebelum tu aku dah bawak dia beli air yang sama tapi kitorang share. esoknya pulak damia demand nak air sendiri. mampu kecik-kecik dah pandai demand? pitams.
damia: kak chea, sedap kan air ni. bijik-bijik dalam ni nama dia apa?
aku: pearl.
damia: *seakan tidak mempercayai kata-kata aku* nama dia dalam bahasa melayu apa?
aku: pearl jugak. (teruk betul skill alihbahasa aku)
DAN LAST BUT NOT LEAST,
![]() |
| HUAHUAHUAA! |
ini gambar lama time kat kedah dulu biasa lah aku kadang-kadang memang suka menghiburkan diri sendiri dengan cara begini. tak sangka Fah masih simpan lagi gambar ni dan dihantarnya salah timing ketika aku tengah buat assignment ramai-ramai kat subway. sekalik yang bukak gambar tu mula-mula adalah isa. (=______________=) terus mengucap si isa terkejut amat.
pastuh isa cakap aku macam makcik kantin siap ajuk "dik, dik kuih 3 seringgit dik" T.T then dia gelak sampai keluar air mata.
*halilintarmembelahlangit* *kilatberkumandangmemecahawan* *petirmenyinarialam*
BIADAB CHU OLZZZ.
itu pesyen sensasi zaman 2009 kot jangan buat gileeee. menjadi ikutan gadis-gadis untuk pergi bersiar-siar di central square mau pun buat menampi padi. mampu? ;D
ok lah bai nak pergi kuruskan lengan kejap! (merujuk kepada gambar terakhir yang di atas)
*larilajulajutekupmukakatbantal*




No comments:
Post a Comment