Sunday, October 7, 2012

Pre-Vacation with The Sisters


bismillahirrahmanirrahim.

this would be a longggggg post with a lottttttt of pictures and captions and babbles saya harap anda bertabah pergi lah grab some popcorn and coke dulu ke apa ke sebab maigaad memang panjang dan mungkin kalau internet koneksyen anda tak berapa nak maju, boleh bakal menangis di depan pc kerana hang. mungkin.

i have been procrastinating since friday (alahhh baru 2 hari ye dak?) untuk tulis post ni sebab 1) tunggu gambar, 2) nak pilih-pilih gambar kena ada mood, 3) nak kena edit dulu gambar sebab kesemuanya ada 4 ratus lebih tak termasuk dari henpon dan ipad dan android yang lain-lainnya dan 4) cari mood yang betul-betul jitu untuk menulis. it's pressuring! ;D sebab kawan-kawan kita skang dah baca belog kite dan dah pandai demand suruh tulis pasal diorang so kalau tak tulis nanti ada pulak yang tak bertegur sapa hari isnin nanti dalam class. pressure pressure. ;P lepas tu lebih rasa kehangatan tekanannya apabila kita tau orang expect yang lebih dari kita. alahaiiii ini kalau tulis pendek-pendek letak gambar ala kadar mau ada yang frust buat belog sendiri pulak kang. talking about another pressure! (gittewww feeling diri sendiri adalah super maha best! zzzz)

baiklah. begini ceritanya. lebih kurang dalam 3 4 minggu yang lalu telah lah kami menjana planning untuk ke mana-mana spend quality time together (padahal hari-hari kat sekolah berjumpa tak kuasaaaa) memandangkan kitorang dah final year final semester wee hoo takut nanti bila masing-masing dah membawa haluan sendiri susah nak jumpa dan nanti kerinduan oleh kerana kitorang berwawasan tinggi dan memandang jauh ke hadapan, sebelum rindu harus lah ketemu dulu. nampak dia punya wawasan? SEBELUM RINDU, KETEMU DULU. makanya setelah pungpangpungpang berpikiran nak kemana di mana dan bila akhirnyaaa kami bertemu kata sepakat.


Palace of the Golden Horses
iya, bercuti kat seri kembangan jewww sebab katanya pre-vacation. takkan lah pre terus nak terkam bali pulak kan. itu gelojoh namanya ya, kanak-kanak.

cosy ambience. super cool! dihidangkan dengan pelbagai kuda dengan posing yang nasha aziz pon menangis tengok. bilik dia pon adalah super besar kitorang 5 orang masuk, kalau main nyorok-nyorok time zohor, maghrib pon belum tentu jumpa. gitchew. islamik sangat contohnya.

sebelum saya mulakan dengan gambar-gambar yang memualkan mengasyikkan dari saya dan rakan-rakan, ijinin saya mencerahkan minda-minda anda tentang mereka-mereka ini. andai anda terlupa.


hahhhh! dorang ingat setelah mempressure kiteee dorang boleh tersenyum simpul manis melihat gambar mereka yang comel-comel diuploadkan di sini? nehiiii! well well well, haaa ini lah dia the sisters nya. sebenarnya, diorang memang sisters, myols aje yang bukan. mommy katanyaaaa. haaaaa tengok gambar pon dah tau ini jenis anak-anak tak berbedung time kekecik dahulu. itu yang hyper semacam aje tu. kakaka.

kitorang sampai pon dah lambat time tu sebab last minute aku and xeera ada class ganti yang abis pukul 2. check in kan pukul 12 sepatutnya. -.-' lepas class kite lunch ngan apak ite lak sebelum bergegas pulang ke kolej untuk grab barang-barang dan bertolak. pukul 4 lebih sampai check in gedebuk gedebak masuk bilik dan terus jadi kampung.com. sebab time tunggu tyra settlekan urusan check in tu, harus lah cover kekampungan dengan buat-buat muka boring menunggu padahallll mata dah bersinar-sinar nampak kuda sana-sini rasa macam nak panjat atas kuda dan posing ala-ala koboi libas tali! tapi fret not, ahkak masih mampu bertahan.

dalam bilik (baca: unveils the kampung in me)

kenapa perkara pertama yang kita buat apabila check in hotel adalah terjun tiruk atas katil ya? kenapa bukan susun kasut elok-elok tepi pintu, susun beg cantik-cantik tepi katil, basuh kaki dan check bilik air, buat air kopi dan baru lah on tv sambil berbaring damai di atas tilam? INI SOALAN SERIUS.




memandangkan ketika itu sudah pun hampir pukul 5 ramai-ramai sepakat untuk turun bermandi manda di swimming pool. opkos yang semangat lebih adalah lifeguard tak jadi uitm (baca: ahkak jelyta) dan tyra. makanya, bersiap lah kamiiii! sementara menunggu semua bersiap (baca: ahkak jelyta bersiap), dapat lah dirakamkan suasana sekitar di ketika penantian ini takes place. (gittew caca marba bahasa kite!)

TYRA IS IN ACTION!

gambar 1: buat-buat sibuk cakap dalam talipon lah sementara xeera dan tasha si perut dinosour bincang pasal apa yang sedap untuk diorder. (baca: sedap di mulut berbaloi di poket)
gambar 2: hmmm picit jerawat pon best.
gambar 3: *posing batwatch dengan harapan mamat italian di mines lake ternampakkan pose ini*
gambar 4: HUH?

finally! out and about!

terima kasih kepada tyra kerana telah membawa kami ke segenap ceruk jalan kampung untuk sampai ke pool dia. sampai ke hujung bangunan juga lah kitorang merayap. tasha dengan android nya dan bath robe nya dan shades nya, manager sangattt. tak kuasaaa! elda dengan handbag dia muka suci dia pasti sumeorang ingat dia anak menteri lepas tu aku dan tyra macam bodyguard haaahhh lepas tu xeera ala-ala p.a. *nangis* bodyguard je mampu. *nangislagi*

selipar hotel aje yang termampu. T.T

nampak perjalanan penuh pancaroba motip lah lalu padang rumput bagai siap ada bangunan tak siap di belakang dan rumah putih tanaman hidroponik pulak dahhh semua salah athirah semua salah diaaa! setelah berhadapan dengan pelbagai halangan pancaroba fatamorgana ini, akhirnyaaaaaaa!

it's baywatch timeeeeeeee!



walaupon kolam mandi dia sedikit mengecewakan, walauponnnnn. tapi tak kisah lah, kehambaran itu boleh dikaburi dengan suara kitorang berlima aje kat swimming pool tuh. serius.



WHILE ME AND TYRA AND XEERA BUSY NAIK SHEIKH BERENDAM BAGAI TIADA SWIMMING POOL DI HARI ESOK,

sedih kan batu sekeliling kolam dia dah berlumut. so much for being a 5star hotel i guess! pftttt! hehe.
the sliding maniac!
takot yaa tengok diri sendiri naik sheikh. takot juaaa tengok lengan sendiri di dalam gambar. padahal kalau kat luar lengan aku dengan nasha aziz saing-saing aje tuh. camera adds 10pounds, they say. would have to agree on that! ;D *kibaslengan*

haaaa tu diaaa si sakai dah buat perangai!

kemain feeling surfing pakai perut diaaaaa! time sliding tu rasa macam awek superman sangat laju dan mengghairahkan (?) ujung-ujung bila tengok diri sendiri dalam gambar amagaddd blue hyppo menyorok disebalik bikini pink! *pitambangunpitambangun* astaghfirullahalazim.

shark is coming!

ini adalah idea si xeera. kemain dia kata kat tyra jom lah kita buat-buat macam ada shark datang nak kacau mommy. so time percubaan tu aku buat-buat lah jerit tolong tolong dengan nada bapok yang terpaling kepit sekali suaranya. bak datang time elda dah bersedia dengan camera dia dan tyra and xeera dan bersedia nak jadi shark tetiba aku terasa seperti nak improvise jerit kuat-kuat saja nak malukan diorang. aku jerit TOLONG TOLONGGGGG! lepastu diri sendiri yang tergelak bagai nak gila sebab diorang ni bukannya dengar, ahkak jugak yang malu disitu. T.T yang si xeera pulak tak abis-abis time nak datang tu siap bagi warning 'shark is coming
 shark is coming' mesti shark tu harapkan manusia akan cakap 'come come lai lai you're welcome datang lahhh' *rollseyes*

LOOK WHAT IS ELDA AND TASHA WERE DOING!

yeah right! duck face for the win! hewhewhew.

orang tak mandi sibuk bercamwhoring. pfttt. hehe.
L to the O to the V to the errr err I? WHATZ IZ LOVI?
US! ;)
haaaa time balik dari swimming pool tu terdapat 2 final destination incident yang berlaku.

1)

tyra cramp!
tasha pura-pura baik hati

2)

tasha kaki termasuk dalam longkang

haaa itu lah masalahnya kalau kaki cinderella size 2.5 ni. tengok macam kitorang (aku dan the one who shall not be named), yang kakinya persis goofy, selambekkk! ini kalau letak longkang sebelah pon selambek kaki boleh dijadikan titi untuk orang lain menyeberang. mampu?  sampai sekarang aku masih tak paham macam mana kaki dia boleh terngadah terperosok ke dalam lubang-lubang kecil itu. lubang yang belakang tumit dia tu kat atas tuuuu.

dan malamnya adalah malam semua get dolled up untuk dinner. kemain sepatutnya dinner pukul 8 malam membawa kepada 9 lebih sebab ahem ehem kitorang kan perempuannnn. ahem.

;')

tasha adiahkan sorang satu polaroid buat kenang-kenangan. ;D
they are all so perfect that night. ;')

the dinner was good. the food was so-so. ice blended mocha saya adalah epic failure! kelat dan pahit. sedihhhh. tapi diorang semua seemed happy dengan makanan masing-masing, walaupun burger tasha rasa durian (?), so ok ok lah kot. nice ambience. live band. perfect companion. =)

balik dari feeling-feeling formal dinner tuh, opkos lah ada after partyyyy! get readyyyyy!

1
2. family portrait.
3
4. takot yaaaa tengok diri sendiri gelak seperti naik hantu
5. mendajal orang di hadapan
6. personal favourite

simply sebab time ni tyra kononnya nak dajalkan mommy dia tapi dia lupa siapa makan garam dulu. *flipsbuludada* dan suka jugak ekspresi xeera time ni. BUDAK NAKAL. kbai.

7
8
9

dan sebenarnya di sini terjadinya final destination nombor 3 di mana pinggang elda bertemu dengan bucu televisyen. aku syak lebam jugak tu. alhamdulillah aku anggap aje lah aku adalah heroin di dalam cerita ni makanya heroin kan selalunya selamat sampai akhir cerita. *flipsbuludadasekalilagi* abaikan xeera, dia cuma pelakon pak pacak lalu lalang aje dalam final destination. dia ibarat penjaga roller coaster yang cuma tangan aje nampak muka pon tak nampak kbai babaiii.

and last but not least, (finally!)

perfect 10! ;P

no, that's not just it baby! i said last and i said not least too! woo hoo!



apakah relevannya t-shirt i love bandung dengan palace of the golden horses? tanya seorang kawan saya di bbm ketika saya menukar dp bbm saya kepada ini. saya tak menjawab soalan dia kerana dia juga tidak menjawab soalan saya. *nampak sifat pendendam itu? hai yeob!* *yeob dah takot awek marah huahuahuaaaa* sebenarnya baju nie elda belikan untuk kitorang sume time dia pergi bandung awal sem arituh. so as a token of appreciation (tiberwww) harus lah kitorang memakai di ketika bercuti bersama-sama dengan elda. =)

gambar camwhoring di malam hari bersama-sama dengan tyra rupanya ada dalam fon dia. tak sempat nak mintak. makanya 1 aje lah gambarnya. -.- sebenarnya kannn time bergambar tuuu kan kitorang kannn feeling tau nak rapat-rapat muka laga-laga telinga nak menampakkan keakraban kami. tapi memasing tetiba tergeli pula.

makanya sekarang nie tengah terbayangkan macam mana orang amik gambar laga-laga telinga tanpa rasa geli? kalau dah kahwin nanti mesti laki titewww pelik kenapa titew naik sheikh bila dia dekatkan telinga dia ke telinga kiteeeeee! ;O talking about g-spot! ;OOO adakah g-spot titew di telinga? TAKOTTTT YAAAAAA!

dan tetiba teringat di malam hari yang hening dengan tasha yang kebengkakan kaki, rupanya aku adalah kebengkakan saluran kentut. serius. aku pesyen manusia kentut tak bagitau cool senyap aje seperti tiada apa yang berlaku. bila xeera duduk aje meniarap atas sofa mengadap aku rupanya aku terkentut. tak sengaja. tapi muka ketat. sekalikkk xeera tegur "babe, u kentuttttt!" lalu berpindah masuk bilik dan tertido terus. pasti itu adalah gas pelelap mata. T.T bukan itu sahaja, malahan tidak lama selepas itu, ketika kitorang masih berborak me, elda dan tyra sekali lagi punggung ini membuat perangai. sobs. padahal dalam selimut tapi elda terbau. macam biasa kalau kantoi aku memang mengaku. lalu elda jua masuk bilik join xeera dan tertido. -_____- dasar punggung tak berajar!

long story short (baru sekarang nak dipendekkan cerita?)

esoknya lelaju bangun tido siap-siap dan check out. sempat lah posing sekeping dua sebelum keluar berjimba ke sunway pyramid pula.

sebab tyra cantek dalam gambar nie harus lah letak tengah-tengah. ahem.

gitchewwww kipas lebat dengan harapan lain kali boleh lah pergi palace lagi atas ihsan uncle widi's wife (tak ingat nama mama tyra ampunnnn)

haaaaa itu dia feeling!
baiiii palace see you again insyaallah kalau ada rezeki. ;')
LAST PICTURE FINALLY FINALLY FINALLY! boleh bersyukur skang penyiksaan anda semua dah berakhir.

alhamdulillah walaupon selamat pergi tak berapa nak selamat balik (refer kepada yang mengalami final destination itu), our pre-vacation was a success! wee hooooo! *gelekperot*

will have another vacation lagi lepas ni insyaallah jika tiada aral melintang dengan orang-orang yang sama di tempat yang lain pula. not gonna share it with you guys just yet. nanti dah selamat pergi selamat balik baru cerita! ;D

to you know who,

thanks for the camera.
thanks for the polaroid.
thanks for the hair service.
thanks for the vacation itself.

thanks for the memories, sisters. :)














endnote: fuhhhh leganya rasa macam dah submit assignment! tiada lagi rasa beban di bahu seperti jerangkung menumpang. ngahahahaha. yeay!

No comments: