Showing posts with label sports for life euw. Show all posts
Showing posts with label sports for life euw. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Futsal


swimming.
gym.
jogging.
futsal.

FUTSAL?

what's happened to the old cute sweet jelyta demure little Fasheeha? (little yang tak menahan tuuu!)

swimming is fine. katanya itu lah satu-satunya sukan yang tak mengeluarkan peluh di malaysia ni dan orang kata swimming antara sukan yang paling banyak burn calories - walaupun swimming tak kedengaran seperti sukan, lebih kepada aktiviti riadah dan hobi. hmmm. gym? ada lah pergi sekali dua gym mawar tu haaa lepas tu dasar punggung obesiti, pandai memilih tak nak yang treadmill lari-lari tuh, nak yang bicycle aje sebab boleh duduk. haaa kau kenapa setan nak kurus tapi tak nak penat?! jogging? ini paling tak boleh blah. hari tuh cuti semester kemain lah gigih nak kurus pergi jogging kat bandar sri permaisuri lepas tu balik rumah kaki sakit badan sakit semuaaaa sakit seminggu pulak tu sakitnya. SAKIT HATI.

and now FUTSAL.

sebenarnya aku mana lah suka bersukan. lagi pulak sukan yang perlu berlari ke sana sini lemak goyang sana perut berlapis gegar sini. sumpah tak rela! namun terpaksa menurut kata-kata bebudak ini yang mau masuk tournament. yes, you read it right my dear, TOURNAMENT. haaa gittew lah court futsal pon seumur hidup baru jejak 3 4 kali, ada hati nak masuk tournament kannn. (aku cakap aku)

sisters aku yang lain takde masalah, taun lepas dorang dah masuk dah. naib johan pulak tu. katanyaaa beginner's luck tapi aku yakin dorang memang bukan lah kaki bangku (seperti aku). aku tak join memandangkan ada photoshoot pre-wedding kak mie time tu. katanyaaaa lagi myols adalah bridesmaid. ahem. tournament futsal piala pusingan dekan tu hari sabtu ni. makanya semalam pergi lah berlatih kat seksyen 16 gigih lah hujan-hujan pun pergi jugak nampak tak jihadnya tu?

benda paling aku takut sekali bila main futsal ialan takut nampak gedik. you knowww, girls main futsal jerit sana jerit sini lompat mengangkang sana jatuh mengembek sini. ya allah kalau aku yang perempuan ni tengok pon rasa nak separuh meninggal bayangkan lelaki yang tengokkkk bayangkannn! tapi kalau lelaki mata keranjang mungkin suka. euw.

so semalam kemain lah berdebarnya nak berlatih dari dalam uitm selawat tak henti-henti sebab bukannya berlatih tendang-tendang bola ke ape tapi berlatih terus lawan main dengan budak lelaki. hah pitams! pepaham jela budak lelaki kalau main futsal cemana kannn tendang bola dari ujung court futsal boleh bawak tertembus sampai ke court badminton. gittew~ perempuan kalau main kemain lah tendang bola kaki sehingga menjulang langit ujung-ujung bola masih lagi di tempat yang sama. tendang angin katanyaaa. takot yaaaa.

mula-mula time nak masuk court futsal semalam rasa tak jejak tanah jugak lah perasaan debadebadalamjiwa tu. dapat pulak memula masuk kemain terus disuruhnya berlari-lari satu court. kau kenapaaaa mek penat tau bela lelemak dalam badan ini tergamak diorang nak sacrifice kan lemak mek di dalam court futsal. dah lah banyak jantanzzzz kat situ. mek debadeba tau. oh by the way sebenarnya niat di hati nak berlatih sambil memakai jersey liverpool tapi takut memburukkan nama pasukan peberet titewww ujung-ujung ada mamat kacak pakai jersey liverpool pulak daaaa semalam kat court sebelah. demyuh emyuh! (tiberwww nak jugak menjahanamkan team yang paling dibenci ittew kahkahkah)

ok lah untuk novice macam aku aku syak aku main futsal meyakinkan jugak lah. bola kat tengah-tengah aku pergi lari ujung court almaklumlah rasa terbeban pulak nak memikul tanggungjawab passing bola so buat-buat lah sibuk kesat peluh kat ujung court. nampak kegeniusan dewa dewi aku, nampakkk? akhirnya terpaksa sedar diri dan jadi goalie aje. AJE kedengaran seperti downgrading sangat padahal aku syak orang paling pentingggg sekali adalah goalie kemon lah takde khairul fahmi piala aff suzuki cup dedulu tuh ingat malaysia boleh menang? *gittewww*

goalkeeper jua adalah tugas yang maha berat buat aku. aku tak suka diberi tanggungjawab ini. bagi lah tanggungjawab sebagai pemain reserve ke apa ke kannn. takot yaaa bila bola datang dekat. aku tak suka bola dan satu-satunya sukan bola yang aku terel ialah sukan bola beracun. ngahahaha. dah lah semalam main dengan budak lelaki pulak tuh. aku bayangkan mereka akan merembat perutku sehingga terburai segala isi maggi kari dan nasi ayam serta abc aku rupanya mereka sangat sopan dan manja (?) main bola dengan berhemah mungkin sebab main dengan perempuan-perempuan cantik dan apa yang aku maksudkan cantik di sini pastilah bukan kengkawan aku tapi aku sendiri. MAMPU?

eh dah lah. takde mood nak sambung.


doakan aku selamat pergi dan selamat pulang dari berjuang untuk tournament futsal piala pusingan dekan sabtu ni.

doakan jugak aku tak terjerit-jerit manja seperti awek-awek futsal yang sebenarnya lebih sesuai dipanggil awek-awek cheerleader.

dan..

doakan kitorang boleh pergi jauh pelis? last year diorang ni naib johan. takut pulak sebab yours truly yang main terus jadi naib kalah nauzubillah minzalik ya chu olzzz cabul sangat jemari runcing mek ini.

okbai nak prektis tendang bola atas katil! woo hoooo!

WHY IS THAT SOUNDS SO WRONG?!