Thursday, November 10, 2016
Cik Kamal
aku ada banyak memori dengan cik kamal memandangkan time sekolah aku duduk dengan tok aku. cik kamal adalah abang toh puan sri dan merupakan kesayangan tokpah memandangkan dia adalah insan istimewa. contoh memori zaman sekolah yang aku tak boleh lupa sekali adalah apabila dalam poket seluar tracksuit aku ada lipas. oleh kerana terlalu terperanjat, aku jerit dan melompat sambil campak lipas tu ke arah cik kamal yang kebetulannya tengah tidur di ruang tamu depan tv. akibat terkejut dengan jeritan pondan aku, cik kamal terbangun dan naik angin lalu mengambil lipas yang aku baling tadi dan campak semula kat aku. jangan dilupa, cik kamal adalah insan istimewa makanya perbuatan dia adalah tidak salah sama sekali. kalau manusia normal mungkin diorang amik lipas tu dan suapkan ke dalam mulut aku kahkahkah sape suruh jerit.
time tokpah masih ada lagi dulu-dulu, cik kamal adalah bespren tokpah yang dibawak teman jalan-jalan dan juga teman bergaduh. hehe. aku still ingat lagi time kat hospital sebelum tokpah meninggal dia seakan-akan menunggu cik kamal. time tu semuaaaa anak-anak tokpah dah datang melawat kecuali cik kamal sebab kitorang cari dia tak jumpa, dia jalan-jalan area kg pandan - almaklumlah abang kawasan. bila cik kamal sampai je dan pergi dekat tokpah, airmata tokpah mengalir walaupun time tu tokpah dah tak sedar. oleh kerana cik kamal insan istimewa, opkos dia tak paham dan cuma salam tokpah dan gelak-gelak aje. tak sampai sejam dua lepas tu, tokpah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. guess who was there? me. hehe. alhamdulillahhh!
sebelum tokpah meninggal aku penah lah berborak dengan dia dan dia pernah cakap "kalau tok takde nanti siapa lah agaknya yang nak jaga cik kamal""fasheeha kalau tok takde, tengok-tengokkan lah cik kamal tu bukan suruh apa pun, tengok dia makan ke tak je" dan aku rasa aku macam jahat sangatttt sebab lepas tok meninggal aku jaranggg betul pergi rumah tokpah. simply because it makes me sad. macam terbayang tokpah still ada. dan kalau aku masuk rumah tok mesti rasa sebak. walaupun aku tau alasan tu alasan tak boleh pakai, tapi i can't helppppp it! of course aku ingat apa tokpah cakap dan kadang-kadang tu aku akan pusing-pusing area rumah tok aku cari cik kamal nak bawak pergi makan. most of the times, memang tak jumpa. susah lahhh nak berjodoh jumpa cik kamal tengah jalan. kalau pergi umah tok pun memang tetiap kali cik kamal takkan ada kat rumah.
hari ni, aku pergi lagi rumah tok. tetiba teringat nak tengok cik kamal. dah alang-alang MC pergi tampal gigi tu sekali lah bawak cik kamal pusing-pusing and makan. macam biasa, cik kamal takde kat rumah. aku pusing kawasan yang aku agak-agak dia akan lalu pun tak jumpa. so takpelah, aku pergi kedai cousin aku lepak minum jap. balik tu aku niat kalau jumpa, jumpa lah. kalau tak, lain hari aku datang lagi. sekalikkk ternampak dia tengah lepak minum kat kedai, hah akhirnyaaaa! relax je cik kamal lepak minum tak pakai selipar. T___T
dalam kereta aku tanya dia dah makan ke belum nak makan apa tapi sebab cik kamal memang cool orangnya dia cakap tak kisah makan apa-apa pun. so aku bawak lah pergi kfc. nak dijadikan ceritaaaaa...
aku sampai kfc suruh lah cik kamal duduk dulu aku pergi beli makan sambil tu 3-4 kali aku tertoleh nak pastikan dia ada kat situ. risauuuu kang dia hilang mana pulak nak carik. so tetiap kali aku toleh tu aku akan babai dia sambil buat sign suruh tunggu kejap. lepas dah beli makanan aku pun pergi kat cik kamal, lalu 1 meja ada seorang perempuan dengan 2 anak dia pandanggg je aku. aku senyum jelaaa takde rasa apa. lepas aku letak makanan tu sekalik perempuan tu cuit lengan aku.
"itu ayah awak ke?" sambil dia kesat air mata.
"eh bukan, itu pakcik saya. dia sakit."
"oh ingatkan ayah awak. saya tengok dia teringat ayah saya. ayah saya baru meninggal bulan 5 tahun lepas"
"oh yeke, takziah. ni pakcik saya, saje bawak dia makan sini"
"ayah saya pun dulu suka makan kfc" dia kesat air mata lagi.
lepas borak berbasa-basi, aku pun sambung lepak layan cik kamal. tapi mula lah air mata aku pun turun. iols dah tua bangka ni bukan boleh, asal cakap sikit je menjejeh air mata especially kalau masuk bab ayah ke bab orang-orang tua ke amboihhhh deras eh empangan air mata daku. T_____T sedih lahhhhhhh!
haaaa relax je cik kamal siap boleh buat peace aku yang kat depan ni air mata dah bertakung pastuh bila pandang belakang kakak tu dah tukar tempat dengan anak dia, dia mengadap pandang cik kamal. T__T
tu lah dia, sebenarnya rindu orang meninggal ni adalah rindu yang terpaling sakit. sebab kau tau kau takkan nampak atau jumpa dia lagi sampai bila-bila. macam aku rindu tokpah. dulu waktu memula tokpah meninggal tiap-tiap malam aku tidur terjaga tengah malam teringat dia. dan berminggu-minggu mimpi dia. even sampai sekarang kalau tetiba teringat ke apa ke, memang membawa kepada linangan air mata. LEMAH!
anywayyy lepas bawak cik kamal makan aku hantar dia balik. make sure dia masuk rumah duluuuu sebab kang tetiba dia hilang semula berjalan entah ke mana lololol sekalikkk time aku nak balik tu dia hulur tangan nak salam sambil cakap..
"SELAMAT HARI RAYA"
K.
Deepavali minggu lepas cik kamal.
Raya aidilfitri bulan 6 tahun depan.
-______-"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment