Saturday, March 5, 2016

Emotional


minggu ni macam minggu yang penuh emosi untuk aku tanpa aku sedari. aku suka anggap diri sendiri sebagai seorang yang tenang, tidak mudah stress, relaxed, in zen, cantik (alaaa yang last tu gurau je hmmm) tapi who am i kidding? rupanya air yang tenang jangan disangka tiada buaya tak tau lah pepatah tu sesuai ke tidak tapi aku masih mahu menggunakannya.

tapi this week rasanya macam bukan sorang dua yang tegur perangai aku nampak macam garang tidak bertempat berserta keluar sedikit jiwa rempit yang selama ni tak pernah wujud namun eh tetiba kenapa engkau wujud di ketika umurku menginjak dewasa pada nombor peberetku yakni 27? hmmm. baiklah sebelum lebih melalut tanpa bukti yang kukuh, di sini aku kemukakan beberapa kejadian semenjak hari isnin hari tu, boleh korang fahami, hayati dan mungkin adili di dalam hati adakah seorang fasheeha memang emosi orangnya. wahhhh gittew.

1) isnin, 8 malam.

kawan aku text ajak keluar tapi biasalah 8 malam adalah waktu tido iols lalu tak perasan mesej ewah terus lah selepas 8 minit dia call dengan alasan "jom teman aku pergi bayar duit kereta? lepas tu minum-minum kejap" kalau anda dalah kawan baru kenal sebulan dua anda mungkin tidak tahu bahawasanya a sleepy fasheeha is a cranky fasheeha. opkos belum mengamuk lagi, cuma moody je tapi masih bersetuju di dalam mamai. dalam kereta aku tak banyak cakap dan mungkin lebih dingin daripada biasa (itu jarang-jarang berlaku kadang-kadang siap nak bergaduh dengan radio sebab bising aku nak bercakap..) selepas beberapa ketika kawan aku tanya "kau marah eh aku kejut kau bangun tido?" itu takpe lagi pastuh dia mula buat spekulasi "ke kau marah kat aku?" dan lagi yang lebih menggerunkan "kau marah sebab last week aku tak reply mesej kau ke? jumaat aku busy aku ada futsal petang balik kerja"

dude i'm sleepy that's all. get over yourself please? haha!

balik dari lepak minum tu macam biasa lah weekdays start pukul 8 malam parking space memang dah penuh sebab esoknya kerja kan, aku balik pukul 12 macam tu so orang dah start double park. kawan aku ni termasuk jalan sehala in which kitorang in a wrong way tapi come on lahhhhhh nobody ever really follows the rules as long as takde kereta kau masuk jela kannn. nak dijadikan cerita, ada 1 kereta proton saga keluar dari small junction situ. oleh kerana kawan aku dah all the way kat jalan tu dah ke depan dah pun sikit je nak masuk junction yang saga tu belok tu, kitorang tak reverse lah. tunggu saga tu reverse tapi dia diam kat situ. opkos aku tak nak kalah, so aku cakap ngan kawan aku tak payah undur jalan ni panjang tunggu saga tu undur. eh lepas 2 minit tak nak undur jugak eh. pak guard nampak so dia macam dah tolak kereta tepi yang double park tu supaya kereta kawan aku boleh ketepi sikit tapi oleh kerana kereta kawan aku selebar 16 kali punggung aku, opkos still tak muat.

aku pon suruh kawan aku just drive ke depan cucuk sikit saga tu suruh dia undur. ehhh dia buat-buat tak paham ya. padahal dah nampak kitorang struggle try jugak nak bagi dia jalan. aku bengang so aku bukak tingkap and jerit "KE BELAKANG LAHHHH!" baru dia reverse tapi rupanya dia tipikal pemandu perempuan yang bodoh chu olzzz agaknya terkesima kena jerit maka terbangang-bangang lah dia cuba untuk reverse dan tak reti sampai pak guard tadi tak tahan lalu offer diri untuk reverse kan kereta dia. bodoh bukan? lainkali kalau bodoh boleh try naik troli tesco tapayah beli saga baru kilat-kilat.

itu takpe itu takpe, dia berdiri kat belah aku tauuu sementara tunggu pak guard tu reverse kereta. so kereta kawan aku ni pun nak gerak lahhh sekalikkk aku nampak macam mulut dia terkumat-kamit sambil angkat tangan. ewahhhhh pantang betul aku yang depan-depan jalan tunduk muka bila kat belakang dia lah yang paling heroin hindustan sekali lalu aku suruh kawan aku stop kereta, aku bukak tingkap sambil jerit "APEEEE APEEEE??" dan dia balas "ni jalan one way lahhh bodoh ke apa!"

kak jah naik sheikh chu olzzz pastuh terus jerit "beralah lah bodohhh tak nampak ke kitorang dah kat siniii?! BODOHHHH NAK MAMPOS! reverse kereta pon tak reti! BODOH!" depan muka dia guysss! pastuh untuk efek dramatik terus tutup tingkap dan suruh kawan aku drive lelaju. kahkahkah. sepanjang aku naik angin dalam kereta tu kawan aku macam "dah dah lah tu.." "aku ingatkan aku je yang baran bila driving, rupanya kau teruk lagi" malas nak cakap banyak, aku kasi kan jeling berlipat je kat dia. baran lah tengok perempuan bodoh depan mata. tak kisah lah ini kawasan perumahan kottt kau rasa pukul 12 tengah malam semua orang di dalam malaysia ni akan ikut sebijik-sebijik signboard takde function tu ke? time tu jugak lahhh kau nak tunjuk betapa righteousnya kau eh boleh pergi mampos ya ada aku kisah?! aku tadehal nak mintak maaf okay sebab sebenarnya tau memang salah tapi sebab dia tak nak beralah ewahhhh setan pun menari-nari di dalam jiwa iols suruh maki.

setan 1 - 0 pacheeya -____________-"

2) selasa, 9 malam

janji dengan kawan aku nak swimming pukul 8 malam tapi entah lah dia pergi running errands dulu bayar bil basuh baju bla bla bla dia cakap tunggu dia nanti dia nak join tapi dia suruh aku swimming dulu so aku swimming jela dulu. pukul 9 lebih macam tu dia mesej tanya kat mana, aku reply sepatah je cakap dah balik. sebab memang time tu on the way balik pun. in my defense aku memang selalu kalau swimming 20 laps pastu terus mandi dan balik k. malam kan sejuk takkan aku nak berendam menunggu lama-lama dalam kolam. tak kuasa lah haiiii. takde lah marah sangat ke apa cuma dah tua-tua ni tak berapa boleh tolerate shitty things sangat. so maybe dia try make up balik dengan aku dia cakap okay apa kata esok kita swimming sama?

3) jumaat, petang.

aku sesat balik dari bukit jalil. kahkahkah. tersampai ke sri kembangan chu olzzz. dah lah petang jumaat pukul 6-7 malam pepaham jelaaaa jem dia menggila macam mana. selalunya bukit jalil - rumah aku setengah jam je. semalam dekat 3 jam guysss dalam kereta. oleh kerana dah rasa berdosa hampir hari-hari asyik nak mengamok je makanya semalam kononnya kena positive balik lah. wahhhh rasanya adakah aku orang yang akan berselawat menghadapi jem 3 jam dalam kereta? tak payah jawab pun semua orang dah tau. stuck pula dengan geb. sampai dia pun selesema jugak lah dalam kereta berjangkit dengan aku. lepas tu kejap positive kejap memaki kejap positive balik ulang 3 jam sampai geb pun nyaris muntah. ahahahaha.

4) sabtu, 12.30 pm (harini)

macam biasa aku kalau order ayam kat mekdi tentu lah akan ditambah dengan ayat seperti "i nak ribs and thigh ya" dan macam biasa juga SELALUNYA memang ada, made to order. tapi tadi time aku cakap aku nak ribs and thigh ewah laju aje cashier tu cakap "tak boleh pilih-pilih" shringgggg berpinar mata darah naik sampai ke kepala sebab dia dengan keyakinan tahap antarabangsa cakap TAK BOLEH. membulat mata aku tanya kenapa tak boleh then dia cakap "apa yang ada kat belakang je kita bagi.." amboi. aku cakap lah selalunya boleh je tadehal pun bukan first time aku custom order okay? muka aku dah lain sambil cakap "you pergi check dulu before you cakap dengan i tak boleh" dia terus tanya orang sebelah ribs and thigh ada takkk selambek budak tu cakap "semua ada kat belakang, dah masak" haaaaaaaa kau memang nak kasi aku naik hangin kannn. memandai-mandai. so time pulang-pulang balance semua aku nampak ayam aku jadi thigh dan drumstick. eh tak kelakar ni. pompuan ni tak paham bahasa niiii. aku panggil budak lain pulak cakap aku tak nak drumstick suara aku sikit lagi nak sama pitch dengan jaclyn victor you don't mess with my food order ya NOT THIS WEEK! kelam kabut budak pompuan yang sama pergi berlari-lari anak ke belakang tukarkan ayam iols. huh legaaaaaaa. agaknya memang sesetengah orang suka kot eh nak kita marah dulu baru dia ada akal?

aku syak ini adalah kerana aku tak sihat. selesema sakit tekak dan batuk dari isnin hari tu. aku rasa lahhh. tapi kalau ikut period apps iols, memang pun musim-musim pms gitu. dan sepatutnya hari ni period lololol namun period aku seperti aku juga sukar diramal makanya kalau dia datang hari ni tu yang aku terkejut kalau dia tak datang tak terkejut pon. huahuahuaa.

women are really no fun to be around time pms kannn? i jarang pms lahhhh so i tak sure. tapi rasanya these are alllllll the pms symptoms whyyyy kiya huwa they happen to the innocent cool me?!

No comments: