rasanya hari tu dalam awal bulan 9 tu i made a purchase of new cleanser dan aku tak tau nak gambarkan betapa menyesalnya aku. seriously. dengan harga yang super murah, rm23.90 je dan pelbagai janji palsu di botolnya, aku terpedaya. haha.
okay lah okay lah bukan masalah terpedaya sangat pun sebenarnya. aku just nak replace existing cleanser aku yang time tu aku rasa dah tak mampu memperbaiki kulit aku, well i have a major breakouts since april dah pernah bagitau kan? saja je lahhh try yang ini sebab kononnya ianya untuk sensitive skin, ANTI-ACNE dan anti-inflammation. kulit aku kan cepat nau naik merah-merah kalau salah letak produk sikit, kalau berpeluh berlebihan (that's why i hate jogging ahem ehem), even kalau mandi sekalipun.

memula pakai rasa macam hmmm okay lah kot, pakai dalam seminggu rasa bijik-bijik kat muka hilang tapi muka jadi merah. like merah yang kau tonyoh kuat-kuat tu. itu takpe itu takpe, lepas tu aku perasan kulit aku kering tersangat-sangat. sebelum ni pun ada je dry patches few places macam kat tepi hidung dan kadang-kadang kat in between mata tu tapi tak seteruk kali ni k yang bawah bibir tetiba kulit mengelupas. mengelupas tahap kau ada penyakit kuku dan mulut dia punya nauzubillahnya.
dapat pulak at that time aku baru beli foundation baru sebab yang lama dah habis. oleh kerana aku rasa bulan 9 aku sesak sikit so aku ingatkan okay lah buat sementara waktu ni beli je dulu foundation yang biasa-biasa asalkan tak nampak mona fandey sangat kat opisss so aku beli lah Bourjois Healthy Mix foundation. mur mur chu olzzz cuma lah 50++ je kahkahkah tapi dapat mostly good review daripada beauty gurus di youtube. amboi itu penting k. dan penting jugak sebab aku ternampak ada satu video tu pompuan ni boleh cover segala jerawat dia cuma dengan foundation ni so i was soldddddd! tapi pelik bin ajaib bila aku pakai tu aku rasa dia accentuate aku punya dry skin like elok-elok dia macam dry yang nampak kulit tak sekata tu, bila pakai foundation ni dia terus jadi kulit ala-ala mengelupas yang macam bersisik tu. i cryyyyy! lalu aku dengan kejamnya menyalahkan foundation ni dan merasakan bahawasanya sebab foundation ni lah kulit aku makin teruk. gittew.
entah kenapa aku rasa bila aku pakai foundation ni muka aku nampak hitam. macam time pakai eh cantik elok jeee tapi lepas 1-2 hours kulit aku nampak kusam hitam. eh tak boleh jadi ni. aku mati-mati ingatkan salah foundation ni k. walaupun dah tepek moisturizer dah scrub and mask muka the night before, dah tepek jugak sebekas moisturizer sebelum letak foundation, hasilnya masih sedih. so aku stop pakai foundation ni. i have a high expectation on this foundation sebab it comes from the same company as Chanel, though i am more fond of their handbags rather than make ups and fragrances haha.
walaupon stop pakai, tapi aku tengok muka aku masih hitam takde nur. so aku suspect eh ini macam bukan foundation je ni, ini macam benda lain ni. lalu aku pun re-evaluate balik sepanjang masa ni apa benda je yang aku tukar dalam kehidupan seharian aku. nak kata aku kurang minum air, tak ya sebab aku dalam proses nak kuruskan badan (kahkahkah) makanya aku minum at least 2 litre air sehari. malahan aku kurang-kurangkan minuman manis dan air bersusu sebab aku bayangkan itu penyebab jerawat lololol. so apa masalahnya?
rupanya cleanser miracle taik kucing di atas chu olzzzzz. pada permulaannya aku syak aje k. lepas dah syak harus lah stop pakai. for the first few days aku stop tu aku memang tak pakai foundation pergi keje dan tak pakai cleanser pon cuci muka. muka masih gelap tapi dah kurang merah terbakar. lepas 4-5 hari macam tu aku pakai cleanser lain yakni cleanser mak aku yang aku pun tak tau brand apa yang pastinya dia ada whitening whitening (huahuahuaa). ehhhhh dalam 1 week pakai muka kembali ok chu olzz tiada lagi dry patches clinging on my skin! serius. ini baru miracleeee!
jap aku tunjuk contoh muka terbakar;
HAHAHAHA KEYAKINAN TU PENTING! dengan bibir kelabu dan muka hitam tetapi leher berwarna biasa kau tak rasa aku stress ke? ini tak ingatlah pakai foundation ke tidak. mungkin tak melihat pada kemonafandeyan iols. tetapi mungkin jugak pakai cumanya nampak takde beza sebab muka legam kan.
dan selepas aku stop pakai cleanser tu;
yang ini dengan foundation bourjois tu okayyy tapi lepas dah stop pakai cleanser miracle yang sungguh ajaib membuatkan muka aku hitam instead of putih. adakah ini formula terbaru trend terkini? semua orang berlumba-lumba nak feeling kulit jay-z? jay-z tauuu bukan bini dia!
so moral of the story daripada cerita aku yang berterabur ni adalah:
1) find the root of the problem first! jangan jadi macam aku gelabah tetek lalu beli another foundation padahal bukan masalah foundation pun sebenarnya. (but if i look on the bright side, i finally got my dream foundation LOL kalau tak jadi problem ni mungkin bertangguh lagi setahun nak beli)
2) jangan beli apa-apa pun (especially those for skin and consumption) without a proper research. aku beli je kat guardian sebab terpedaya dengan ayat FOR SENSITIVE SKIN. i don't even bother to check out other cleansers ke apa. lesson learned.
3) bourjois healthy mix foundation is quite good! rasa macam dah start selesa and it gives you a glowing complexion (as long as kau tak pakai dengan cleanser biru di atas! i hate blue colour for a reason okayyy? memang iols dengan warna biru tiada keserasian) aku suka foundation yang bila kau pakai it doesn't look like you're wearing a foundation pun to begin with. senang cite IT'S LIKE YOUR OWN SKIN BUT BETTER.
4) Nars foundation is out of the worlddd! cantik on your skin doesn't really cling on your dry patches but damn expensive especially kalau beli pump dia sekali. (untuk aku lahhh. if you're used to high end brands, Nars is considered murah jugak compared to Giorgio Armani dan YSL)
5) to get a flawless finishing untuk apaaaaaaa jenis mekap pun, you got to have a good canvas. maksudnya di sini, cantikkan kulit dulu baru mekap pun otometik jadi cantik. another lesson learned. lol.
6) IT'S NOT A MIRACLE CLEANSER, IT'S BASICALLY TRASH IN A BOTTLE. nuff said.
No comments:
Post a Comment