mari lah hari ini kita berbicara tentang topik yang bersifat kewanitaan sikit, which is aku sedikit bongok mengenainya tapi takpe lah share je yang mana elok korang angguk mana yang tak elok korang tetap kena baca tapi lepas tu amalkan sifat makan banyak semut cepat sikit lupa kebongokan aku. muehehe.
baiklah, make up base pada aku adalah yang paling penting sekali dalam make up routine aku. macam orang lain, ada yang rasanya macam tak boleh hidup tanpa eyeliner, tak pun lip balm atau pun mascara, aku lebih kepada make up base (foundation lah senang cerita). eyeliner takde takpe, lip balm takde pon tarahal tapi kalau muka tak berbedak ni haih, susah nak cakap, selalunya memang nampak macam baru bangun tidur atau tak tidur langsung selama 67 hari. gittew. tapi itu lah kebenarannya. jika kau boleh berbahagia pergi orang kahwin tanpa bedak maka ketahuilah olehmu ku benci padamu sebab itu maksudnya kau ada kulit yang cantik. pfttt. bye. tak nak kawan.
untuk mencapai kulit yang cantik aku yakin sebenarnya bukan lah pada mekap tetapi lebih kepada skincare dan cara hidup kau. cumanya aku kan gelojoh dan bersifat tidak disiplin, toner selalunya dalam seminggu tu 3-4 kali je pakai kau agak-agak boleh cantik dan seflawless fazura tak? tentulah tidak, bukan? lalu aku perlukan asas mekap yang paling hebat di dunia ini iaitu foundation yang power beserta segala nenek concealer dan bedak tabur.
okay nak dipendekkan cerita, sini aku share aku punya make up base routine dan my verdict.
1) Primer - Revlon Photoready Perfecting Primer
texture dia macam lilin sikit, which i like. reminds me of benefit porefessional. bila kau pakai kau rasa macam kulit kau selamat dari dinodai foundation yang bakal menutup pori-pori dan seterusnya menyebabkan kecelakaan kulit yakni, jerawat. tetapi.. finishing dia macam krik krik krik sikit. macam bagi aku perfecting primer? hmmm cengkeriknya. celah mana yang perfectnya? takde beza siot pakai primer ni dengan tak pakai langsung.
kalau korang tanya aku nak repurchase ke tak nak in the future, dengan yakinnya aku akan cakap NEVAHHH! serius ni. tak best langsung. aku beli rasanya macam dari tahun lepas sampai sekarang tak sampai suku lagi habis. hakhak. kenapa aku beli pon in the first place, aku tak sure. mungkin kerana termakan tipudaya texture fefeeling benefit porefessional kot. harga time aku beli tu RM50++. time tu takde GST lagi. leulz.
so, ada sesiapa yang nak recommend iols apakah primer terbest di abad ini? aku dengar ramai orang rave pasal smashbox punya primer. tapi aku skeptical sikit sebab nampak macam gel rambut lelaki. kang takut adik aku buat gel rambut dia pulak kang. tak pasal-pasal.
2) Foundation - Lancome Mat Miracle 24h
![]() |
| code: PO-04 |
light to medium coverage. berupaya mengcover sedikit cela pada wajah kau. macam kalau sikit-sikit bekas jerawat tak pun terkutil atau merah-merah manja mahupun ketidakmulusan kulit hatta sedikit ketidakseragaman kulit tu insyaallah boleh lah. kalau jerawat besar-besar penumbuk siap semerah cheongsam jiran sebelah tidak dilupa kulit menggerutu seperti tanah sawah yang baru digelek steamroll, aku yakin bedak sejuk pun tak mampu menolong. aku pakai ni dah setahun lebih. botol pun cantik, bila pakai kat muka tu rasa macam lembuttt je muka kau (walaupun hakikatnya...). sebenarnya untuk foundation jenis ni dia ada 2 types, mat miracle dengan teint miracle. mat miracle ni designed for asian skin katewnyewww. lalu iols pun terpedaya dan terbeli. tapi okay lah. untuk kesemua gambar yang orang nampak ehhh feloles nyaaa fasheeha (dalam gambar jeeee leulz), mungkin patut kasi credit kat foundation ni sebab bila kat luar sooo cengkerik krik krik krik okay. gambar aku takde edit camera 360 selalunya dengan pencahayaan yang betul tetiba nampak ehhhhh tiada jerawat tiada pori-pori besar penumbuk rahsianya? pencahayaan! dan mat miracle ni. kahkahkah. miracle sangattttt!
would i repurchase this again in the future? most probably not. bukan sebab aku tak suka. sukaaaa je. cumanya sebab sekarang kan jerawat aku makin harum subur mekar dihati dan dipipi makanya aku tak lagi rasa foundation ni mampu membuatkan selfie ku seflawless dulu. kahkahkah sekali lagi. aku skang tengah nak cari foundation yang lagi power untuk menipu sekelian umat tentang keflawlessan kulitku. leulz. last time aku beli RM135 tapi sekarang dah naik harga RM148. takpe, tahan lama. it's value for money! amik 148 dan bahagikan dengan 3/6/9/12 bulan depends pada kekerapan kau pakai. serius berbaloi.
bagi aku, foundation mahal sikit takpe. sebab kau pakai kat kulit kau. jimat tang lain contohnya mascara. hakhak. ini pada aku. kalau kau suka mascara mahal terpulang, duit kau. cumanya, mascara ni 3-6 bulan dalam dia dah start kering-kering. might as well splurge for foundation! hihi.
sekarang ni aku tengah eyeing foundation Nars - Sheer Glow. dah start baca review semua tapi aku tak pergi counter lagi almaklumlah Nars takde kat opis iols. kalau Lancome ke Estee Lauder ke MAC ke Chanel ke ok sikit turun bawah terus nampak kaunter. hehe. tapi macam biasa walaupun aku cakap aku tak kisah splurge pada foundation, of course aku takkan beli yang sampai 200++. itu di luar kemampuan. makanya mari lah kita cross off Chanel, Marc Jacobs dan Giorgio Armani from the list. LOLOLOLOL.
3) Loose Powder - Stage Photo Pro Mineralize Foundation
![]() |
| mine is in Buffy Dust |
aku tak pakai compact powder dah sebab aku dah pakai liquid foundation kan. so aku just dab loose powder untuk set foundation aku and buat muka aku kelihatan matte. tu je. aku takde personal preference untuk loose powder yang ini pun aku beli sebab kebetulan kat opis aku ada discount kahkahkah harga sebenar tak tahu berapa tapi i think it's around 60-70 bucks kot?
ini pun i would not repurchase again bukan sebab tak suka tapi sebab aku ni tak stick sangat dengan satu-satu produk. sama macam skincare, sama jugak macam perfume. it's always trial and error untuk aku. nampak gayanya hingga sekarang pun aku belum jumpa holy grail product yang boleh buat aku rasa THIS IS IT. I FINALLY FOUND YOU MA MANNNN! tibbahhh.
4) Highlighter - Victoria's Secret Fresh Face Skin Brightening Gel Cream (SECRET WEAPON!)
rahsia untuk menampakkan wajah berseri-seri secara instant! leulz. ada orang letak kat seluruh muka (pon boleyyy) tapi sebab muka aku tend to get oily during the day makanya aku just letak kat tengah-tengah dahi, cheekbones, cupid's bow dan sikit dekat dagu. basically kat features yang kau nak highlight. dan tetiba muka kau dari mona fandey terus jadi fazura. hewhewhew. bau dia wangiii macam kalau mak mentua nak cium dahi kau tu kau dengan yakinnya mensodokkan muka ke arah dia. ada bau warm vanilla + sugar sikit. aku rasa lahhh. tapi okayyy aku suka. dah tak payah pakai highlighter dah. dia ada glitter sikit tapi tak over. just nice. the key untuk achieve the bright look adalah dengan tak overdoing it. aku tak galakkan letak seluruh mukaaa kita-kita ni bukan adriana lima nak fefeeling jalan atas runway. so tak payah. letak sikit-sikit je. boleh tahan lama. jimat duittt. kakakaka.
jangan di lupa blush dan bronzer. cumanya sebab aku setakat ni tak reti lagi nak apply bronzer makanya aku takde bronzer. tapi blusher aku sedikit gelap warna dia so kiranya 2 in 1 lahhh pakai blusher dan dab sikit kat dahi, temple, pipi, tengah-tengah hidung (bukan batang). settle!
aku takde gambar yang fefeeling make up penuh dan selfie tapi basically kalau keluar dan pergi orang kahwin tu memang macam tuuuu je lah mekapnya. aku takde 3 4 5 foundations memang ada 1 tu jeeee.
tanpa mekap.. (donning the mona fendy look. leulz. okay lah okay lah. donning the truly fasheeha look lahhh. hergh)
dengan mekap..
ini ada chrome ni sebab terang bebenor secara tetiba. tapi chrome je. dan mungkin sebab time ni muka masih ok belum dicemari jerawat bertubi-tubi.
ini tak tau lah nak ke mana tapi rasanya ada bedak ni. tapi takde liptip. tapi ada eyeliner jugak. tapi fefeeling macam no make up, make up. jadi lahhhh. nak dapat muka feloles tak mampu. feeling pon jadi lahhh.
ini lebih kepada harian kalau rajin pergi opis. tapi selalunya tak rajin dia akan jadi mona fandey je, tanpa sebarang mekap relax menakutkan semua orang di segenap department.
haaa yang ini boleh lah dikata full make up yang iols mekap sendiri tapi sebab bukan propesenel takde lah mejik boleh tetiba cantik letops gedebuk macam tu. jadi lahhh nampak lah berubah sikit dari kak tijah kg pandan (eh? mak kite tuuuu) kepada kak melur.
ini bukak puasa hari tu. lighting dalam klcc, sementara menunggu turn masuk Chili's.
time Nab tunang. walaupun iols ni kena denggi tetapi tetappp gigih! demi Nab tercinta! (tadi baru jap ni Nab text cakap dia punya tarikh nikah dah set tahun depan 12.03.16.)
ini time nak keluar ke mana tahhh tapi macam biasa sebelum keluar dia vain dulu dalam bilik. filter chrome kot? dan lighting yang menawan. thanks bilik kite!
haaaaa ada yang dah termeninggal di dalam hati ke tetiba kita sedekah banyak gambar hari ni? bertabahlah.
nanti kalau rajin aku kongsi gambar muka berjerawat secara tak dapat dimaafkan dan bagaimana aku menabahkan diri hari-hari pergi opis dengan benjolan di pipi dan bagaimana jugak i get over it (walaupun tak sepenuhnya, tapi sekarang dah banyak kurang dahhhh)
buat masa ni aku masih lagi mencari eyeliner yang terbest dalam duniaaaa tapi tak jumpa-jumpa. alangkah indahnya jika ada kawan-kawan yang sudi share atau recommend mana-mana yang best. requirements aku mudah je;
1) liquid eyeliner.
2) tak meninggalkan kesan di atas mata macam tetiba eh kenapa ada 3 garisan di kelopak mata beliau. buat pengetahuan semua, aku takde kelopak mata so kebarangkalian untuk eyeliner transfer ke kelopak mata adalah 97%.
3) tak smudge! kalau boleh yang kalau gosok tu keluar ketul-ketul. senang nak tanggal dan tidak meninggalkan mata panda.
4) hitam sehitam-hitamnya.
5) waterproof. sebab mata aku senang berair selalunya pakai eyeliner pukul 8.50 pagi sampai opis dalam 9.05 check mata hujung depan dah hilang. sakit hati ke tidakkk?
mudah bukan? tapi sampai sekarang cari tak jumpa.











No comments:
Post a Comment