Friday, December 5, 2014

Lalai Hati


ada banyak perkara dalam hidup ini yang aku syak aku terlalu lalai untuk berterima kasih dan bersyukur. banyak gila. jadi, dalam banyak masa terluang dan sendirian aku, aku suka berpikir benda apa yang aku nak tapi aku tak/belum dapat yang kerapkali tanpa sedar aku complain. dan aku pikir juga pasal benda yang aku tak mintak tapi Tuhan bagi free-free je - ada tak aku bersyukur dan berterima kasih atau aku tak ambil pusing langsung pasal benda ni.

benda yang aku nak, banyakkk.
benda yang Tuhan bagi, sebenarnya lagiii banyak.
jadi, bilamana aku rasa frust sebab apa yang aku nak aku tak dapat, aku akan selalu saiko dengan mengingatkan diri sendiri bahawasanya benda tu sama ada tidak memberi kebaikan pada aku atau Tuhan belum mahu beri kat aku untuk melihat sejauhmana kesabaran aku.

selalunya aku memang positif pasal tuhan atau pasal orang lain, tetapi kritis pada diri sendiri. aku suka tetapkan standard atau benchmark pada diri aku (yang kadangkalanya memang melampauuu tahu tak tercapai tapi bengap yang degil tetap nak cuba jugak) dan kerapkali jugak nanti aku frust dengan diri sendiri.

ada sesetengah benda, kita selesa berkongsi dengan orang. aku percaya orang nampak aku sangat eskpresif tapi sebenarnya ada lah sikit rasa reserved. kalau aku susah hati yang biasa-biasa, aku tak kisah cerita kat orang. tapi kita nak harap orang bagi respon seperti yang kita jangka, memang tak dapat. contoh; last year ada satu masa tu aku rasa betul-betul heartbroken (tak payah tanya SIAPA dan KENAPA, sebab itu selamanya adalah misteri. hehe). tahap heartbroken yang nak tido sedih, nak makan pun sedih. itu takpe, yang tak boleh blah berjalan rasa terawang-awang macam tak jejak bumi (tak mungkin sebab turun berat badan, tak mungkin gileee mana penah seorang Fasheeha berat badannya turun) yang susah hati dia tak tau lah nak describe macam mana. (macam tu ke perasaan putus cinta? aku tak tau aku tak penah putus cinta ahak ahak), it was around this time last year akhir november awal december macam tu. so, aku decide takpelah mungkin aku perlukan seseorang untuk share pasal benda ni (sebab rasa macam jiwa nak pecah haha), makanya dalam kereta time tu aku nak hantar Anep balik, aku mulakan perbicaraan santai ala-ala sembang hati ke hati;

"Nep, aku rasa aku putus cinta lah. hati aku rasa macam sakittttt sangat. macam cocok-cocok"

(aku harap mukadimah aku dah cukup menyentuh hati dan bakal buat Anep menumpukan perhatian sepenuhnya pada cerita yang aku bakal nak dedahkan ni. Anep ni kira manusia terpilih lah yang aku rasa macam nak open up pada malam bersejarah itu. kiranya dalam banyak-banyak kawan, aku rasa macam nak share ngan si Anep ni je.) sekalik Anep reply sambil menumpukan perhatian kepada talipon bimbit dia;

"hang ni putus cinta apa diaaaaa, hang ada perasaan kaaa! tak payah nak memondan lah kat sini nak putus cinta bagai!"

HAHAHA.

forget it. menyesal pulak mencuba. kakaka.

so, itu mungkin kali pertama dan kali terakhir aku rasa nak cerita kat orang pasal benda-benda macam ni.

okay. sebenarnya tadi aku nak cakap pasal apa? aku dah lupa. ko jolobak ko jolobu dah nih! haha.

takpelah, kat sini aku cuma nak nasihatkan satu je pada sesiapa yang mungkin TERbaca ini dan mungkin jugak tengah susah hati tak kira lah pasal cinta ke, pasal duit ke, pasal kerja ke;

"Tuhan tu takkan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak tanggung/hadapi"

aku mungkin rasa sungguh sampah around this time last year, aku mungkin rasa yang dah terpaling sakitttt time tu, aku mungkin rasa macam eiiiii lostnya aku dah tak tau nak buat macam  mana niii. tapi sekarang bila dipikir-pikir balik alahaiiii bengap jugak aku ni. i was stressing over something yang i know for sure i can't control. hati orang, mana lah kita dapat kawal. hati kita pun, kadang-kadang tak terkawal. fast forward ke hari ini, aku rasa macam ek eleh benda tu dah takde apa. bila pikir-pikir balik, rasa macam nak patah masa pergi jentik sikit dahi jendul seorang Fasheeha dan cakap wake upppppp jangan jadi bodoh berhari-hari susah hati untuk benda yang tak pasti. hehehe. the damage was done, anywayyy!

oh okay sekarang dah ingat nak cakap pasal apa tadi.

ada masanya kadang-kadang bila aku nampak kita-kita menyalahkan Tuhan atau nasib atas apa yang jadi kat kita, aku macam sedih.

"kenapa asyik aku je yang ditimpa musibah?"

"kenapa orang lain ok tapi aku ni asek malanggg je"

"kenapa takde orang nak paham aku"

"kenapa orang lain senang je dapat itu ini aku ni rezeki susah betul nak masuk tuhan tak kesian kat aku ke?"

kenapa kenapa kenapa ni semua bahaya. jangan sikit pun hati kita ada keraguan dengan Tuhan kita. aku bab-bab menjadi muslimah berjaya ni memang hancur sikit tapi aku selalu pastikan hati aku takde sikit pun rasa ragu-ragu dengan Tuhan. bersangka buruk dengan manusia je dah tak baik, apatah lagi dengan Tuhan, ingat tu.

and 1 tips yang aku amalkan bila aku rasa macam hati tak tenang or cuak gilaaaa (ini memang dari sekolah dan berkesan pada aku); aku akan selawat. serius. nervous nak presentation ke, nak mintak something dengan parents ke, basically apa-apa lah, aku memang akan selawat. in shaa Allah. tapi kena yakin.

kita jangan question seolah-olah macam nak salahkan Tuhan atau nasib diri okay?
okay lah kadang-kadang terlepas cakap ke apa ke kan, but please refrain ourselves from posting something yang macam tu kat social media ok? nampak tak bijak. dan sebenarnya worst case scenario, boleh bawak kepada kufur nikmat.. (semoga kita tak tergolong dalam golongan orang-orang yang kufur nikmat, amin)

”Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal darah/daging, apabila segumpal darah/daging itu baik maka baik pula sekalian anggota tubuh serta perbuatannya, sebaliknya apabila segumpal darah/daging itu buruk maka buruk pula sekalian anggota tubuh dan perbuatannya, segumpal darah/ daging itu adalah hati”
(Riwayat Bukhari & Muslim)


JAGA HATI.
okay?












No comments: