Thursday, November 6, 2014

Vacuum

Dah lama tak cerita pasal toh puan sri, bimbang semua orang lupa pasal best friend kita dunia akhirat itu. Toh puan sri skang selain daripada ibu yang garang dan lantang, beliau juga semakin sweet dari hari ke hari. Contohnya macam pagi tadi bila aku saja-saja borak kosong cakap pasal nak beli jam tetiba dia offer pakai duit dia dulu. Omg rare occassion! Tapi opkos aku menolak dengan baik kerana kita semua harus lah mengukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu, kita usahakan sampai mampu beli. Usah lah terikut-ikut dengan kehendak hati sehingga sanggup mengamalkan biar papa asalkan bergaya di dalam kehidupan seharian. Vahhh sekali 2 perumpamaan kita letak dalam satu perenggan! *tepukbelakangsendiri*

Tapi on second thought, menyesal pula jual mahal! Jam tu cantik tau! Aku tak pernah ada jam warna rose gold! Hmmm. Takpe lah, kalau menyimpan bongok-bongok ni, dalam 2 bulan dah boleh beli dah. Kalau rasa macam tak nak menyimpan, boleh beli sekarang dan lupakan segala mak nenek sirloin steak, creme brulee dan caramel latte untuk bulan ini. Sekiyus miiii, lupakan? Katakan tidak pada LUPA!

Okay malas nak cerita pada jam yang semenjak dari bulan 8 kita terpikir-pikirkan di dalam lena itu! Mari sambung cerita pasal vacuum. Initially rasa macam nak tweet aje ketika kejadian itu berlaku petang tadi tapi 140 characters mana cukup! Tak puas pulak kena potong-potong cerita. Nak post kat fb tapi rasa macam post kat sini lagi baik.

Kejadian: petang tadi ketika iols tengah gigih membanting tulang bekerja di opis lalu talipon berbunyi.

Toh Puan Sri: kak, kau busy ke? Mak ni ada kat kedai letrik ni saje-saje tengok barang. Berkenan pulak dengan vacuum ni.

Me: vacuum? Nak buat apa dengan vacuum?

Toh Puan Sri: takkan nak sedut kepala kau, nak sedut sampah kat rumah lah! (Patience isn't really our family's forte, it seems.. Haha!)

Me: cantik ke? *perempuan dan soalan kurang bijaknya*

Toh Puan Sri: okay lah. Kau rasa aku patut beli tak?

Me: eii tak payah lah. Buat apa beli vacuum selama ni pakai penyapu elok aje. Bukannya banyak karpet pon kat rumah. Lagipun pakai vacuum ni mula-mula jeeee mak rajin, lama-lama nanti confirm mak malas nak keluarkan dari kotak nak plug in nak simpan balik dalam kotak lepas guna. Leceh.

Toh Puan Sri: tapi badan aku sakit-sakit menyapu korang apa tau yang mengemasnya kat rumah tu aku sorang yang buat sepah ramai! Tapi aku tengok vacuum ni okay.

Me: macam ni mak, mak jangan beli dulu. Mak balik rumah bincang dengan ayah ke macam mana ke.

Toh Puan Sri: eiii tak nak lah aku cakap dengan bapak kau! Ujung-ujung dia suruh aku guna penyapu lidi aje sapu karpet!

Me: haaaa dah tu tak payah beli!

Toh Puan Sri: aku beli guna duit aku lah! Bukan duit kau!

Me: dah tu buat apa tanya, nak beli tu beli je lahhh. Tapi baik mak jangan beli hari ni. Baik mak balik rumah dulu bertenang-tenang dan pikir masak-masak lepas tu baru mak decide nak beli ke tidak.

Toh Puan Sri: tapi aku rasa nak vacuum.

Me: mak rasa macam nak je, tapi mak tak perlu. *sambil buat gaya tangan angkat jari telunjuk kat whatsapp walaupon toh puan sri tak nampak*

Toh Puan Sri: vacuum tu boleh buat bawak balik rumah batangkali nak kemas-kemas rumah sana ke apa ke tak payah lah aku macam orang gila menyapu bongkok-bongkok sampai sakit badan!

Me: macam ni mak, mak balik rumah dulu mak cuba tidur. Kalau mak rasa macam takleh tido asyik terbayang-bayangkan vacuum vacuum dan vacuum selama 3 malam berturut-turut baru lah mak beli. Kalau balik rumah mak rasa macam penyapu kat rumah lagi best, then mak tak payah beli. macam kak dulu time teringin nak beli talipon baru, kemain malam-malam tido mimpi iphone sampai terpaksa beli! So kalau mak tak sampai tahap mimpi lagi, tak payah beli.

*toh puan sri gelak tanda betapa ridiculousnya aku punya cadangan*

Toh Puan Sri: so tak payah beli lah ni?

*toh puan sri cakap kuat-kuat kat salesgirl "HMMM TAK JADI BELI LAH ANAK MAKCIK TAK KASI BELI TAKPE LAH MAKCIK DATANG LAIN KALI"

Permainan mak iols nak macam sedih-sedih tu bukan iols tak tauuuu tapi kesian pulak lalu..

Me: apa brand vacuum mak nak tu? Berapa harga dia?

Toh Puan Sri: Electrolux. RM350 tapi budak ni kata dia boleh bagi RM300.

Me: eiii mahalllll! Carik lah vacuum harga rm79.90 jeeeeeeee!

Toh Puan Sri: KEPALA HOTAK KAU MAHAL 79 HENGGET TU BELI VACUUM UNTUK VACUUM PANTAT KAU BOLEH LAH!

Kahkahkah.

Pelucah.

Ok end of story. Lepas aku dah gelak bagai nak gila kat opis aku pon mintak izin untuk sambung kerja semula. Balik je rumah tengok-tengok tiada kelihatan vacuum baru di mana-mana di segenap rumah.

Alhamdulillah.

Tercapai jua objektif untuk suruh mak iols berjimat dan mungkin apabila malam ni aku tak mampu tidur terbayangkan offer beli jam pakai duit dia dulu, kita boleh buat installment esok lusa. Bahahaha.



Sent from my iPhone

No comments: