Monday, April 1, 2013

01042013


Hello April.

pejam celik pejam celik dah bulan april. rasa macam baru aje sambut new year semalam - by sambut new year i mean main the sims the whole night dan bergumbira melayani runningman sehingga ke dini hari. haaaaa tak mungkin ya, time tu adalah time final exam. hehe.

so april menyambut kedatangan kita dengan kurang baik nampak gayanya. selesema, tiada deria bau dan rasa serta sesak nafas, kadang-kadang batuk manja tetapi selalunya memang sakit tekak rasa tekak perit-perit. tak, ini bukan hiperbola. ini memang sungguh! hasilnya, suara i sekarang sexy okay. boleh lah buat part time jadi call girl ke macam mana kahkahkah. tapi tak kelakar lah, suara sexy dah best dah tetiba lepas cakap rasa macam tekak kena bakar. terpaksa jadi pendiam. eh bukan, memang pendiam sejak azali pon. lalala.

oh ya, pernah dengar tak teka-teki "benda apa yang kalau naik tak turun-turun?"

aku selalu dengar time kecik-kecik dulu. jawapan dia hujan ke apa tah. tapi sekarang aku dah tau jawapan sebenarnya apa. ini bukan teka-teki lawak ya, makanya jawapannya harus lah serius.

jawapannya, berat aku.

rabu lepas teman ayah aku pergi shah alam, memandangkan ayah aku punya kelas adalah 4 jam, takkan lah kita nak duduk diam-diam dalam kereta tak buat apa kan? kemon lah. uitm shah alam tu kan tempat kita main guli, harus lah melawat tengok-tengok masih ada guli yang tertinggal ke macam mana ke. makanya, lepas hantar ayah kita, kita pun bercadanglah nak ke library.

ya betul lah tu, tak payah gosok mata, kita memang cakap LIBRARY. amboi, time belajar kemain lah library tu kalau melawat pun semata-mata sebab nak cari buku untuk tambah-tambah kat reference tak pun sebab esok nak paper, arinie baru terkial-kial nak fokus belajar. kakaka. tiba-tiba sangat lepas dah abis belajar datang semangat ulat buku nak masuk library baca novel. kau dah kenapa kannn. sebenarnya sebab panas, pukul 10 skang kat shah alam kemain rasa macam pukul 12 tepat matahari tegak di atas kepala di cochrane ok! terpaksa tumpang aircond kat library. tapi sedih ya aircond library tak rasa ya. makanya, bertahanlah selama 20 minit dalam library buat-buat baca novel romance si jodi picoult.

fed up ya kepanasan terlampau rasa macam segala dosa terpampang di depan mata, terus keluar library dan jalan-jalan tengok ekspo kat dataran menara tu. rupanya ekspo kat situ menarik ya. tak macam kat dataran cendekia ya. apatah lagi ekspo kat fac kita! time-time ada 5 hengget aje dalam purse lah tetiba ada kek red velvet bertoppingkan cheese cream, moist chocolate cake dan segala cake yang sedap ada di depan mata. bukan itu saja, malahan ada dijual juga segala fresh juice yang memanggil-manggil untuk dibeli. rasa nak menitik air mata ini time cuba sabarkan hati. perut lapar, tekak dahaga tehruk.

memandangkan ada 5 hengget aje, makanya kena lah berbelanja dengan bijak beli air soya bean kat vending machine aje. tutup mata buat muka macam euww apa tu fresh juice euww kiteeww minum fresh milk ajeww okeywww! sebelum sampai ke vending machine terjumpa satu meja yang luas yang ada segerombolan air milo, air 100 plus dan roti. amboi, time-time haus ni air 100 plus pun nampak sedap, padahal selalunya 100 plus tu buat air cuci kaki depan pintu rumah aje. takleh jadi ni.

dipendekkan cerita, kita pun isi lah borang. borang derma darah. sebab haus dan harus bijak berbelanja ingat tak kita cakap dalam purse ada berapa hengget aje tadi? iya, kalau nak nampak macam niat suci murni, anggap jela kita memang suka derma darah. memang suka pun sebenarnya sebab rasa macam ehhhh boleh kurang berat badan ni bila darah dalam badan dah hilang. lagi pun kita ada masa 4 jam untuk dihabiskan di sekitar ekspo - dengan tiada duit 4 jam rasa seperti 4 hari ya.

biasalah procedure derma darah - isi borang, timbang berat, check jenis darah, check tekanan darah bla bla bla TIMBANG BERAT. takde perempuan yang suka beratnya ditimbang sedangkan song ji hyo yang badan dah perfect pun tak suka apatah lagi kita yang badannya ahem ehem perfect juga ehemm!

haaaa ingat tak pasal kuiz kita kat atas tadi? haaa inilah dia sebenarnya kesinambungannya. nampak tak huraian cerita dia macam mana nampak tak? btw, berat kita.....

NAIK 4 KG. 

tak tau lah mungkin salah kasut ke baju kurung ke atau rambut dah semakin panjang ke atau sebenarnya penimbang tu memang saja memberatkan sebanyak 17 kg ke atau macam mana tapi berat sekarang adalah yang paling menakutkan dan paling berat sekali dalam history hidup kita!

rasa macam instead of dermakan darah sahaja, boleh tak saya nak dermakan lemak saya atau paling kurang pun berat badan saya?

dan kakak nurse itu tak tau lah seakan memahami atau pun mau menjaga hati atau pun pekak atau pun cubaan menaikkan keyakinan diri aku, dia tulis berat aku.....

69 KG.

gila. 69 kg tu berat time form 3. kahkahkah.

kalau sekarang ni berat aku 69, selambek jalan-jalan pergi klcc pakai kebaya belah sampai pusat lah! kemonnn. 

 malas nak kawan dengan kakak nurse tu. agak-agak lah nak jaga hati ponnnnnnn. lain kali tulis 49. baru nasha aziz.




No comments: