Wednesday, September 26, 2012

randomness


aku ada beberapa good news nak share. happy sangat sampai terpaksa update belog pada pukul 2.15 pagi di keheningan subuh (subuh palehotak!) dengan mata super hidup segan mati tak mau. gittew~ padahal class pukul 8.30 pagi nie. padahal class sampai pukul 10 malam nie. selambek! macam lah tak biasa chu olzzz. sleeping beauty memang camtuh. tak sleeping pun tetap beauty! *tiberwww*

ok good news dia adalah:

1) dah dapat hostel. yabedabeduuuuuuu! minggu ketiga persekolahan akhirnya dapat jua hostel. alhamdulillah. ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada tasha untuk bantuan ahem ehem yang terhebat di abad ini. bukan itu sajaaa yang baiknya, malahan dapat pula bilik 2 orang how cool is that chu olzzz you tell me! dah lama kite tak dapat bilik 2 orang, rasa penuh privasi sangat skang. lepas tu teka lah siapa roommate kiteee haa tak boleh teka kan tak tau siapa kannnn haa rupa-rupanya xeera ya! jodoh kuat ya takotttt yaaaaa kesian yaaa lepas nie xeera bakal selalu ditinggal-tinggalkan yaaaa.

btw, kite dapat kolej mawar (lagi!) tingkat 5 no bilik rahsia (haa motip lah siap nak berahsia!) dan good news sekali lagi, ada lif yaaaa rasa nak nangis sangat terharu! terpaksa menari keriangan di dalam bilik terkinja-kinja bagai disogok cilipadi di celahan punggung (opkos ketika xeera turun bawah loading barangan dia, tak boleh lah tunjuk kecacatan secara terang-terangan. ehem) tak perlu lah membina muscle mengangkat baju kotor turun naik tiap-tiap hujung minggu! auw.

ini gambar pengenalan kalau-kalau awak semua tak kenal siapa xeera

haaa takot yaaa gelang di leher kita sama seperti belang-belangnya baju xeera!

bilik 2 orang is good. sebab dia takkan jadi bilik 2 orang. dia akan jadi bilik 5 orang. hewhewhew. bilik siapa lagi chu olz kalau bukan bilik mereka-mereka ini;


yang penting xeera yang comel (motip memuji adalah kerana stok mi segera dia banyak yaaa) telah pun duplicate kunci untuk semua makanya semua tidak perlu lagi gundah gulana kerana bilik kita, bilik kita-kita jua. ;D (eh adakah kite tidak patut membongkarkan rahsia ini kepada semua? tapi takpe kan, makcik-makcik mawar tak reti membaca kan? huahuahuaa) ish biadap tehruk lah kite ni. T.T

2) good news kedua adalah.. kelas kita yang hari jumaat telah pun dianjakkan kepada hari rabu. yabedabeduuuu makanya tiada lah kelas pada hari khamis dan jumaat amagadddd kelas kite sem ni cuma 3 hari sahajaaa 4 hari lagi adalah cutiiiii *gelekperot*

3) dah boleh fokus pada membina kecantikan rohani dan jasmani serta minda sebab dah duduk kolej. jasmani = aerobik, gym, swimming. hewhewhew. minda = lambakan assignments. hehe. rohani = ahem solat lah ape lagi ehem. baby steps self, baby steps.

4) ehhh tau tak kompleks renang uitm ada aqua aerobic? comel gila pelissss. comel sebab instructor dia friendly dan warm sesangat. lepas tu lagu-lagu dia pon comel jugak. contoh lagu adalah SELAMAT PAGI SAYANG - NOORKUMALASARI. kau dah kenapaaaaa lagu tu berhantu tehruk ya sampaikan nak tido pon asek terkumat kamit ternyanyi lagu tu. kemain. dah macam baca yassin time tido pula rasanya. cakap pasal aqua aerobic, AQUA, tiada siapa yang lebih dirindui melainkan swimming buddy, in my case BUDDIES kite yakni Nab, Keilen dan Xeera sendiri. najighah katanya lupa bawak swimmingsuit kemain sejak dah jadi hana tajimot ni dah tak pandang dah swimmingsuit nyamuk dia, ditinggalkannya di kampung halaman. jangan esok tengok-tengok dia dah soping swimmingsuit baru yaaa, yang muslimah punya siap ada tudung sekali tuh! MAMPUUU?

5) pagi tadi sempat lah kitorang pergi menjenguk H&M malaysia yang baru tewww. tasha katanya nak sopinggg, dah siap survey kat website dah. siap plan cun-cun lagi sebab katanya pukul 2 petang ada class chu olzzz. siap berpesan sesama kami, tak boleh pandang kiri kanan, h&m aje yang kita boleh masuk kedai-kedai lain jangan pandang langsung. siap timing pulak tu. kitorang sampai pukul 10.30 pagi, pukul 12 tengah hari semuaaa mesti dah settle or at least dah beratur bayar barang.

teka lahhhh abis soping pukul berapaaaa?!

iya, pukul 12.10 minit. sumpah terel.

gambar ehsan dari instagram tasha

seperti yang anda sekelian dapat lihat, rupanya yours truly tak soping. kan kite penah cakap kite tak suka reti soping? tengok-tengok boleh lah.

sebenarnya ada lah jugak try seluar. terujaaa lah kannn finally jumpa seluar yang ada sizeeee kite! dah lah warna warni ada biru, merah, pink, mustard, hijau lepas tu ada size kiteeeeee! malangnya, lepas try rasa macam pilu pulak sebab rupanya nampak balakkk sangat peha kite. takot yaaa tengok badan sendiri kat fitting room. rasa macam nak cakar aje cermin fitting room itu kasi tercalar sebagaimana cermin itu telah mencalarkan perasaan kite. sobs.

ramai gileee eh orang time lunch hour. tapi memang patut pun ramai, barang dia memang murah-murahhhh sangat. serius. mampu milik lah senang cite. macam takde lah bila tengok tag harga tu dalam hati berbisik 'nevermind'.

cuma bak kata tyra, yang tak seronoknya shopping tempat-tempat ceni nanti bila jenjalan semua pakai baju samaaaa aje. macam COTTON ON yang juga boleh dipanggil COMMON ON. gitchewww~

eh dah pukul 3.12am. kite nak tido! bai!

1 comment:

Anonymous said...

Wonderful blog! I found it while searching on Yahoo News.

Do you have any tips on how to get listed in Yahoo News? I've been trying for a while but I never seem to get there! Cheers

my web page: Apple stem cell serum review